Fasa Peralihan Nelayan Laut Dalam serta Kesan ke atas Ekonomi, Sosiobudaya dan Persekitaran (Transitional Phase of Deep-Sea Fishermen and Impact on Economic, Sociocultural and Environment) (original) (raw)
Akademika, 2019
Abstract
Globalisasi dalam industri perikanan telah memberi kesan kepada pendapatan negara, pendapatan nelayan dan interaksi sosial di Malaysia khususnya di Wilayah ECER. Makalah ini mempunyai dua tujuan, pertama membincangkan perkembangan industri perikanan di wilayah ECER; kedua, meneliti kesan perkembangan industri perikanan dan kaitannya dengan titik peralihan nelayan laut dalam. Kajian menggabungkan data primer dan data sekunder untuk mendapatkan hasil kajian. Kajian dilakukan menerusi pendekatan kualitatif dengan menemu bual 17 orang informan yang terdiri daripada juragan laut dalam. Informan dipilih menerusi pensampelan bertujuan dan pensampelan bola salji. Kajian dilakukan di wilayah ECER (East Coast Economic Region) yang melibatkan empat buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur. Hasil temu bual ditranskripsikan dalam bentuk data verbatim iaitu sedutan kata daripada informan. Data verbatim dianalisis menggunakan analisis tematik yang melibatkan proses pengekodan...
Hayati Sa'at hasn't uploaded this paper.
Let Hayati know you want this paper to be uploaded.
Ask for this paper to be uploaded.