Hubungan antara faktor peramal dan kecenderungan kerjaya keusahawanan dalam kalangan ahli Program Tunas Niaga (original) (raw)

2018

Abstract

Program Tunas Niaga (PROTUNe) adalah pendekatan pembudayaan keusahawanan untuk pelajar sekolah menengah. Program ini dilihat berpotensi memenuhi agenda Kerajaan bagi menggalakkan generasi muda cenderung memilih keusahawanan sebagai pekerjaan mereka dan memantapkan ekonomi negara pada masa hadapan. Justeru, pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Terengganumenjadi agen pelaksana PROTUNe peringkat negeri dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkanpelajar sekolah menengah yang mempunyai kecenderungan ke arah kerjaya keusahawanan. Maka tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji hubungan antara faktor peramal dan kecenderungan kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar yang menjadi ahli PROTUNe. Pada tahun 2014, terdapat seramai 593 pelajar yang menjadi ahli PROTUNe dari 21 buah sekolah menengah di sekitar pesisir pantai Negeri Terengganu. Namun begitu, kajian ini hanya melibatkan seramai 197 pelajar dalam kalangan ahli PROTUNe dan...

Hayati Sa'at hasn't uploaded this paper.

Let Hayati know you want this paper to be uploaded.

Ask for this paper to be uploaded.