UTS TEORI DAN TEKNIK DEBATING 7B YUSUF YOGI ANTORO MAKFUD (original) (raw)
Related papers
TOPIK-TOPIK TEOLOGI DAN TASAWUF
Islam adalah agama yang diwarnai dengan khazanah dalam berbagai bidang, baik ilmu pengetahuan, pemikiran, politik, ekonomi dan lain sebagainya. Islam mengatur segala sisi kehidupan tanpa terkecuali, sampai kepada hal yang kecil sekalipun. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan kehidupan yang dinamis dan menghindari dari segala tindakan yang bisa merugikan. Salah satu khazanah dalam islam adalah aliran pemikiran atau pemahaman teologis yang menitik beratkan kepada pembahasan tentang aqidah atau keyakinan. Bahagian ini memiliki ruang tersendiri dalam khazanah keilmuan islam dan terus tumbuh dan berkembang dari masa ke masa. Aliran ini muncul, dengan ditandai oleh lahirlah firqah-firqah dalam islam, masing-masing firqah ini memiliki pemahaman dan cara pandang tersendiri dalam masalah teologi. Karena itu perbedaan dan perdebatan antar aliran rentan terjadi dan sulit untuk dipersatukan. Perbedaan ini tidak hanya terjadi dalam bidang teologi, tetapi dalam bidang yang lain seperti fiqh, tasawuf juga terjadi perbedaan pendapat. Walaupun secara umum memiliki pandangan yang sama, namun pada topik-topik tertentu mereka berselisih. Topik-topik yang mereka perselisihkan ini menarik dikaji untuk mengetahui bagaimana pandangan dari setiap aliran dalam masalah tersebut. Untuk itu penulis dalam makalah ini ingin menguraikan beberapa topik yang diperselisihkan dalam bidang teologi dan tasawuf.
Abstrak Kedudukan mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) dalam sistem pendidikan negara sangat penting. Murid-murid pekak yang bersekolah terpaksa juga menguasai BM jika ingin maju dalam akademik walaupun mereka terpaksa berdepan dengan berbagai-bagai rintangan untuk menguasainya. Kertas kerja ini adalah telahan penulis berdasarkan sorotan linguistik tentang penguasaan dan kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid pekak dalam menguasai BM. Hal ini berguna kepada mereka yang terlibat dengan pendidikan murid-murid pekak kerana BM adalah mata pelajaran penting bagi mendapat sijil dalam peperiksaan awam dan kelayakan untuk memohon pekerjaan dengan kerajaan. Oleh itu, kegagalan untuk lulus dalam mata pelajaran BM dalam kalangan murid-murid pekak membawa impak besar kepada mereka. Kertas kerja ini juga cuba mengenalpasti beberapa keadaan yang membawa kepada kesukaran murid-murid pekak menguasai BM secara teori dan praktis. Dari segi teori, BM mempunyai ciri-ciri yang sukar dikuasai oleh kebanyakan murid pekak. Kebanyakan murid pekak juga tidak memperoleh BM sepertimana diperoleh oleh kanak-kanak berpendengaran biasa. Manakala dari segi praktis, kebanyakan mereka tidak mendapat pendedahan seawal dan secukupnya tentang BM. Di samping itu, kertas kerja ini juga akan membuktikan bahawa 'pekak' bukan faktor utama yang menghalang mereka dalam menguasai BM. Cadangan-cadangan juga dikemukakan bagi membantu murid-murid pekak mempertingkatkan penguasaan BM. Apabila memahami situasi dan kesukaran yang dialami oleh murid-murid pekak dalam menguasai BM diharapkan guru-guru dapat: (1) mengenalpasti bagaimana murid-murid pekak memperoleh dan mempelajari BM, (2) mengenalpasti kesukaran mereka dalam menguasai BM (mendengar dan bertutur, membaca dan menulis), (3) mengenalpasti hubungan antara memperoleh dan mempelajari BM dengan kesukaran yang dialami dan, (4) merancang strategi untuk membantu mereka menguasai BM. _______________ * Kertas kerja ini belum diedit. Penulis memohon maaf di atas kesilapan bahasa. **Abdullah Yusoff mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam pendidikan murid-murid pekak. Berkecimpung dalam bidang ini mulai 1983 dan juga telah menghasilkan beberapa kajian dan kertas konsep berkaiatan dengan pendidikan bahasa murid-murid pekak yang di siarkan dalam Jurnal Dewan Bahasa. Pernah menjadi guru dan penyelaras di kelas percantuman dan juga bertugas sebagai Penolong Pengarah di Jabatan Pendidikan Khas, KPM. Kini bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Ilmu Pendidikan di Maktab Perguruan Kota Bharu Kelantan. Di samping itu beliau juga bergiat aktif dalam Persatuan Orang Pekak Kelantan sebagai penasihat persatuan. Sekarang ini beliau juga dalam peringkat akhir menyiapkan tesis Ph.D yang telah dipertahankannya, yang diajukan kepada Universiti Birmingham, United Kingdom. 1.1 Pengenalan Bahasa Melayu adalah bahasa pengantar persekolahan yang memperlihatkan kepentingan dan statusnya dalam sistem pendidikan negara. Kepentingan BM ini dapat dilihat dalam peperiksaan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kelayakan untuk menjawat jawatan awam dalam perkhidmatan negara, yang mana murid-murid dikehendaki lulus dalam BM untuk mendapat sijil SPM, yang merupakan tiket atau syarat bagi memohon sebarang jawatan awam dalam Kumpulan Pekerjaan C ke atas (B dan A). Hal ini memperlihatkan bahawa setiap murid yang gagal dalam BM tidak layak untuk menerima sijil SPM dan tidak memenuhi syarat untuk memohon pekerjaan dalam kumpulan tersebut (Kumpulan C dan ke atas). Kegagalan ramai calon dalam kalangan murid-murid pekak dalam BM membawa implikasi besar ke atas kelangsungan masa depan mereka. 1.2 Definisi Konsep Konsep yang memperlihatkan makna khusus dalam kertas kerja ini seperti berikut: (i) Bahasa: 'the systematic, conventional use of sounds, signs, or written symbols in a human society for communication and self-expression' (Harris& Hodges, 1995:132-133). (Alat komunikasi yang sistematik, yang dipersetujui dan digunakan oleh sesuatu komuniti bagi tujuan komunikasi dan pernyataan fikiran sama ada dalam bentuk lisan, isyarat atau tulisan). (ii) Pemerolehan bahasa: Situasi yang mana kanak-kanak memperolehi bahasa yang digunakan oleh masyarakat persekitaran secara menyerap, tanpa dipelajari atau dipaksa. Manusia juga dikatakan mempunyai/dibekalkan dengan 'alat pemprosesan bahasa' (language acquisation devices atau LAD) semenjak lahir yang membolehkan mereka memperoleh dan menguasai bahasa dengan mudah dan cepat. Proses ini sangat aktif berlaku sebelum kanak-kanak berumur 12 tahun (Kreshan & Terrell,1983). Hal ini juga dikatakan kanak-kanak mampu menguasai lebih daripada satu bahasa di usia muda jika didedahkan kepada mereka. Pemerolehan bahasa ini berlaku samada secara dinuranikan, peniruan atau interaksi dengan individu lain. (iii) Pembelajaran Bahasa: Situasi yang mana seseorang mempelajari sesuatu bahasa, lazimnya bahasa lain setelah menguasai bahasa pertama atau bahasa ibunda. Keadaan ini dikatakan sangat sukar kerana seseorang terpaksa mempelajari unsur