The Exposure of Media Frames Among Malaysian Bloggers Pre and Post 13th General Election (original) (raw)

THE EXPOSURE OF MEDIA FRAMES AMONG MALAYSIAN BLOGGERS PRE AND POST 13 TH GENERAL ELECTION PENDEDAHAN BINGKAI MEDIA DALAM KALANGAN BLOGGER DI MALAYSIA SEBELUM DAN SELEPAS PRU KE-13

Blog began to attract people in Malaysia in 1998 when bloggers actively wrote about political matters and current issues. Blogs have then become an influential medium of news reporting after the mass community rejects mainstream media which often shows favoritism to the government party. This paper examines how a generic frames used by the bloggers in Malaysia pre and post 13 th General Election (GE). A comparison on two groups of blog is made which involved Pro-Barisan Nasional (BN) and Pro-Pakatan Rakyat (PR) to see the differences in the use of frames by the bloggers. Five generic frames with 20 attributes statement by Semetko & Valkenburg has been adapted in this study. Quantitative content analysis approach was used and the results showed that conflict frame and responsibility frame are at a relatively high level use while the human interest frame, morality frame and economic consequences frame are at the low level of use. However, there are some differences in terms of the use of frames by both groups of blogger even at different political views. The results of the study clearly show that both groups of bloggers have emphasized more conflict frames in all the issues debated. Abstrak: Blog mula menarik minat rakyat di Malaysia pada tahun 1998 yang pada ketika itu para penulis blog rancak menulis berkenaan perihal politik dan isu semasa. Blog juga telah menjadi medium yang berpengaruh dalam melaporkan sesuatu berita selepas rata-rata masyarakat menolak media arus perdana yang dilihat sering berpihak kepada kerajaan. Kertas ini mengkaji bagaimana bingkai generik digunakan oleh para blogger di Malaysia sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Satu perbandingan dibuat ke atas dua kumpulan blog iaitu blog Pro-Barisan Nasional dan blog Pro-Pakatan Rakyat untuk melihat perbezaan dalam penggunaan bingkai oleh para blogger. Lima bingkai generik dengan 20 kenyataan sifat oleh Semetko & Valkenburg telah diadaptasi dalam kajian ini. Pendekatan analisis kandungan secara kuantitatif digunakan dan hasil kajian menunjukkan bahawa bingkai konflik dan bingkai tanggungjawab berada pada tahap tinggi penggunaannya manakala bingkai kepentingan manusia, bingkai moral dan bingkai kesan ekonomi berada pada tahap rendah penggunaannya. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan dari segi penggunaan semua bingkai oleh kedua-dua kumpulan blogger walaupun berada pada

PEMBINGKAIAN MEDIA: PENDEDAHAN BINGKAI ANTARA BLOGGER SEBELUM DAN SELEPAS PRU KE-13

Proceeding paper for MENTION2015 UKM, 2015

Abstrak Blog mula menarik minat rakyat di Malaysia pada tahun 1998 yang pada ketika itu para penulis blog rancak menulis berkenaan perihal politik dan isu semasa (Chamil Wariya, 2008). Blog juga telah menjadi medium yang berpengaruh dalam melaporkan sesuatu berita selepas rata-rata masyarakat menolak media arus perdana yang dilihat sering berpihak kepada kerajaan. Kertas ini mengkaji bagaimana bingkai generik digunakan oleh para blogger di Malaysia sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Satu perbandingan dibuat ke atas dua kumpulan blog iaitu blog Pro-Barisan Nasional dan blog Pro-Pakatan Rakyat untuk melihat perbezaan dalam penggunaan bingkai oleh para blogger. Lima bingkai generik dengan 20 kenyataan sifat oleh Semetko & Valkenburg (2000) telah diadaptasi dalam kajian ini. Pendekatan analisis kandungan secara kuantitatif digunakan dan hasil kajian menunjukkan bahawa bingkai konflik dan bingkai tanggungjawab berada pada tahap tinggi penggunaannya manakala bingkai kepentingan manusia, bingkai moral dan bingkai kesan ekonomi berada pada tahap rendah penggunaannya. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan dari segi penggunaan semua bingkai oleh kedua-dua kumpulan blogger walaupun berada pada pandangan politik yang berbeza. Tetapi, hasil kajian jelas menunjukkan bahawa kedua-dua kumpulan blogger lebih banyak menekankan sifat bingkai konflik dalam semua isu yang diperbahaskan. Kata Kunci: Blog, pembingkaian media, pilihan raya, berita politik. Pengenalan Dalam kajian komunikasi politik, pembingkaian kerap digunakan untuk menggambarkan fenomena di mana mesej disampaikan oleh media untuk membentuk penilaian seseorang individu dalam memikirkan tentang sesuatu isu. Pembingkaian merujuk kepada pengaturan idea (Severin & Tankard, 1997) atau pengaturan tema (Gamson, 1992), dan ia menentukan permasalahan (Entman,1993). Di mana kajian dalam bingkai berita menyatakan bahawa bingkai sebagai corak dalam sesuatu persembahan, pemilihan, penekanan dan pengecualian (Gitlin, 1980). Bingkai juga merujuk kepada pelbagai aspek mesej yang

Kajian Perbandingan Bingkai Media dalam Liputan Media Blog di Malaysia A Comparative Study of Media Framing on Blog Coverage in Malaysia

Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication (JKMJC), 2019

ABSTRAK Kajian ini menguji bagaimana blogger terpilih di Malaysia menggunakan bingkai media dalam liputan media blog ketika Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 yang lalu. Perbandingan terhadap pendedahan bingkai media dibuat ke atas dua kumpulan blog yang dikenalpasti. Kumpulan yang dinyatakan telah dikategorikan sebagai blog Pro-Barisan Nasional dan blog Pro-Pakatan Rakyat. Sejumlah 836 artikel telah dikumpul daripada lapan buah blog untuk dijadikan sampel kajian. Jumlah artikel meliputi artikel yang telah dipaparkan oleh para blogger bagi tempoh dua bulan sebelum dan selepas PRU ke-13. Lima bingkai generik dengan 20 kenyataan sifat yang dibangunkan dan digunapakai oleh Semetko dan Valkenburg diadaptasi dan digunakan sebagai asas perbandingan. Pendekatan analisis kandungan secara kuantitatif digunakan dan hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat keselarasan dalam penekanan sifat tanggungjawab, konflik, moral dan kepentingan manusia menerusi perbandingan penggunaan bingkai dengan isu serta perbandingan bingkai dengan sumber. Walau bagaimanapun, sifat ekonomi dilihat tidak terlalu diberikan penekanan dalam penulisan artikel blog ketika tempoh kajian dijalankan. Memandangkan bidang ekonomi memerlukan mereka yang pakar maka tidak semua blogger yang dikaji boleh membincangkan berkenaan isu ekonomi dalam penulisan mereka. Hasil kajian juga mencatatkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam penggunaan bingkai konflik dan bingkai moral melalui pembolehubah isu dengan sumber berita. Ini jelas menunjukkan para blogger lebih gemar membincangkan dan mengaitkan sesuatu isu atau masalah yang timbul dengan pihak tertentu dengan harapan untuk menarik minat orang ramai terhadap apa yang sedang diperbahaskan. ABSTRACT This study examines how selected bloggers in Malaysia use media frames in blogging during the 13th General Election (GE). A comparison of media frames used by the bloggers has been made based on two identified blogged-groups. The specified groups have been categorised as the Pro-Barisan Nasional blog and Pro-Pakatan Rakyat blog. The sample of the study consists of a total number of 836 articles collected from eight (8) blogs. The articles had been posted by the bloggers a period of two months before and a period of two months after the 13th GE. Five generic frames with 20 attributtions statements developed and used by Semetko and Valkenburg are adapted and used as a basis of comparison. Quantitative content analysis approach is used and the results show that there is a congruency in the emphasis of the following attributes: responsibility, conflict, morality and human interest through the comparative use of frames with issues and comparisons of frames with resources. However, economy attribute has a limited emphasise in the writing blog of the article during the reviewed period due to the limit expertise of the bloggers concerning econimic issues. The findings also noted that there was a significant differences in the use of conflict frame and morality frame through issues with the news sources. This clearly shows that bloggers prefer to

Analisis Konteks Fotografi Media Sosial Dalam Politik Semasa Malaysia

National Art Gallery, 2018

Kajian yang masih di peringkat cadangan ini akan menyentuh berkenaan pengaruh imejan dalam politik semasa Malaysia melalui penggunaan Media Sosial popular iaitu Facebook. Ianya akan menjalankan analisis terhadap „Konteks Fotografi‟ seperti dicadangkan seorang pengkritik seni Amerika, Terry Barrett (2000) yang melibatkan Internal Context, Original Context, dan External Context. Konteks Fotografi oleh Barrett ini dicadangkan untuk menjadi subjek utama kajian dilihat amat penting kerana ianya akan melibatkan penelitian terhadap pengaruh imejan yang ditularkan di media sosial dalam memberi impak kepada masyarakat menerusi perbincangan politik persepsi di media sosial khususnya di Malaysia. Oleh yang demikian, cadangan kajian ini akan melihat adakah pendapat Barret berkenaan Konteks Fotografi mempunyai hubungkait yang kuat ke atas isu kontemporari dalam penggunaan imejan yang dikongsi dan ditularkan di media sosial pada masa kini. Pengumpulan sumber literatur akan diketengahkan untuk menunjukkan kepentingan gambar dalam memberi impak kepada aspek sejarah, politik, dan sosial. Kajian ini juga mencadangkan kaedah pengumpulan data iaitu dengan menemuramah 5 pakar- pakar visual bagi membina model teori. Pembinaan soal selidik akan dibuat berdasarkan model teori yang dicadangkan. Ianya akan dijawab oleh 150 orang responden di mana 50 responden adalah daripada kajian rintis di mana sebuah pameran seni fotografi akan dilaksanakan dan dikurasikan. Manakala selebihnya seramai 150 responden akan disoal selidik di kalangan pengguna Facebook. Ini untuk melihat hubungkait diantara Konteks Imejan dengan Isu Kontemporari Politik Malaysia. Hasil soal selidik yang menggunakan skala likert ini akan dianalisa menggunakan Structural Equation Model sebagai alatan kajian di mana software AMOS akan digunakan untuk mengukur model teori ini secara quantitatif. Jangkaan akhir kajian ini akan memberi manafaat kepada individu, organisasi dan Negara dalam mendepani kuasa imejan di Media Sosial. Kata kunci: Konteks Imejan ; Journalisme Visual; Media Sosial ; Facebook; Politik Semasa Malaysia

KREDIBILITI MEDIA DAN PENYERTAAN DALAM PERSEKITARAN PENGDEMOKRASIAN MAKLUMAT DI MALAYSIA

Abstrak Perkembangan teknologi telah mengubah landskap industri media dengan mewujudkan persaingan antara media tradisional dan media baru. Seiring itu, takrifan konstruk kredibiliti media juga turut berubah bersesuaian dengan perubahan landskap media ini. Kajian ini bertujuan membentuk dan menguji ukuran baharu kredibiliti media. Turut menjadi fokus kajian ini, ialah bagaimana pendidikan dan persepsi mempengaruhi penggunaan media dan bagaimana penggunaan media serta kredibiliti media mempengaruhi penyertaan khalayak dalam menyuarakan pendapat. Untuk mendapatkan data, 210 responden ditemubual dengan kaedah survei. Responden terdiri daripada mereka yang berumur antara 20 hingga 70 tahun dan tinggal di Mukim Kajang, Selangor. Hasil kajian menunjukkan responden meletakkan kredibiliti berita sebagai dimensi kredibiliti media yang lebih utama berbanding dengan dimensi kredibiliti medium. Selain itu penggunaan media tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan kredibiliti media secara keseluruhan, tetapi mempunyai hubungan yang signifikan dengan dimensi kredibiliti medium. Kredibiliti media juga tidak mempunyai hubungan signifikan dengan penyertaan tetapi sebaliknya, penggunaan media menunjukkan hubungan yang signifikan dengan penyertaan. Kata Kunci: kredibiliti media; kredibiliti berita; pendemokrasian maklumat; penyertaan

Persepsi khalayak terhadap kredibiliti media di Malaysia

2010

This article analyses the credibility component of news in newspapers, television and online. This study intends to seek public’s perception on news credibility in newspaper, television and Internet. Survey method on 100 respondents in Klang Valley were carried out in 2009 to assess newspaper news credibility, television and online by using news credibility scale as proposed by Gaziano and McGrath (1986) namely trust, currency, bias, fair, complete, objective, honest, latest, believe/confident, balanced, accuracy and on time. The finding shows that news credibility in newspaper and television have similarity but not for news credibility on Internet

Penggunaan Media Sosial untuk Sokongan Politik di Malaysia

Journal of Nusantara Studies, 2018

Kemunculan media baharu hasil daripada perkembangan rangkaian internet telah menjadikan media tersebut sebagai agen demokrasi maklumat. Bertepatan dengan peralihan budaya politik semasa, masyarakat kini lebih selesa menggunakan media sosial sebagai sumber perolehan maklumat politik terkini. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti impak penggunaan media sosial terhadap politik di Malaysia serta menganalisis tahap penggunaan media sosial dalam menentukan pola sokongan rakyat ke atas parti politik dan calon politik di Malaysia. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dimana kaedah tinjauan (survey) jadi pilihan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sebanyak 993 responden yang terdiri daripada lelaki (46.2%) dan perempuan (53.8%) telah dipilih secara random responden di negeri-negeri semenanjung Malaysia untuk mengambil bahagian dalam kajian ini. Antara hasil kajian adalah hampir dua pertiga daripada responden menggunakan akhbar (65.5%), diikuti media sosial (63.5%) dan televisyen (59.5%) untuk mencari dan membaca maklumat berkaitan dengan politik semasa di Malaysia. Hasil Kajian juga menunjukkan responden bersetuju bahawa media sosial berperanan dan mempunyai kelebihan dalam menyalurkan maklumat politik (min=3.57) berbanding dengan media konvensional. Kajian ini mendapati responden menyatakan persetujuan secara sederhana tentang partisipasi politik melalui media sosial. Responden bersetuju bahawa media sosial membantu mempertingkatkan imej calon dan parti politik (min= 3.17) dengan mempamerkan aktiviti calon dalam memberi khidmat kepada rakyat (min=3.25). Ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa masyarakat pada hari ini sangat prihatin dengan apa yang dipaparkan di media sosial berkenaan perkara-perkara yang melibatkan politik semasa. Oleh itu, pemantauan terhadap maklumat politik yang dikongsikan di media sosial perlu dilakukan bagi memastikan maklumat tersebut bebas dari unsur hasutan yang boleh memecah-belahkan perpaduan.