Duta River of Life: Analisis Kandungan Twitter Selebriti Maya Karin (original) (raw)

Keberkesanan penggunaan media massa seperti Twitter dapat mewujudkan kesedaran penjagaan sungai dalam kalangan pengikut selebriti mahupun duta sesuatu kempen mengenainya. Kajian ini dijalankan secara analisis kandungan terhadap kicau serta kicau semula yang dibuat oleh Maya Karin di Twitter dari Januari hingga 31 Julau 2019 mengenai kesedaran penjagaan sungai. Faktor-faktor kajian ini dijalankan untuk menganalisis pendekatan Maya Karin menggunakan Twitter bagi menyampaikan kesedaran penjagaan sungai, mengkaji corak kicau semula (retweet) oleh Maya Karin dan menganalisis frekuensi komen, kicau semula serta kesukaan pengikut Maya Karin tentang penjagaan sungai. Kajian ini telah membuktikan bahawa penggunaan Twitter yang efektif mampu memberi kesan dan kesedaran terhadap isu penjagaan sungai khususnya dalam kalangan pengikut. Selain itu, penggunaan Teori Komunikasi Dialogik telah membuktikan penggunaan Twitter adalah medium komunikasi interpersonal yang berkesan serta mendatangkan keun...