Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010 (original) (raw)

Keperluan Maklumat Pelajar Diploma Kejuruteraan Politeknik Kuching Sarawak

2015

Keperluan maklumat bagi setiap individu berbeza antara satu sama lain. Sebagai seorang pelajar, maklumat yang diperlukan boleh dianggap bersifat lebih akademik yang dapat membantu mereka menyelesaikan pelbagai persoalan. Artikel ini membincangkan secara ringkas berkaitan penemuan terhadap keperluan maklumat pelajar diploma kejuruteraan di Politeknik Kuching Sarawak (PKS). Antara objektif tinjauan ini ialah bagi mengenalpasti keperluan maklumat, faktor yang mempengaruhi keperluan maklumat dan mengenalpasti sumber maklumat bagi memenuhi keperluan maklumat para pelajar yang mengikuti program kejuruteraan. Persampelan yang dipilih meliputi semua pelajar-pelajar semester lima dan enam yang melibatkan seramai 430 orang pelajar berbanding jumlah keseluruhan pelajar PKS semasa seramai 2,738 orang. Antara penemuan yang telah diperolehi ialah peranan Bahasa Melayu yang menjadi medium utama sama ada dari aspek komunikasi dan pemilihan bahan pembacaan. Selain itu, penggunaan internet di kalangan pelajar yang mana mereka sudah mempunyai pengetahuan tentang internet sejak alam persekolahan lagi. Tinjauan ini juga mendapati majoriti responden mengakses media-media sosial sebagai pilihan utama berbanding dengan aksesakses yang lain bersifat akademik. Rumusan tinjauan juga mendapati pengaruh bahasa memainkan peranan dalam aspek komunikasi dan pemilihan bahan bacaan.

Cadangan Rekabentuk Persimpangan Utama Politeknik Kota Kinabalu, sabah

Persimpangan jalan raya adalah kawasan yang paling banyak mempunyai titik konflik iaitu kawasan yang berkemungkinan berlakunya sesuatu kemalangan. Rekabentuk persimpangan yang tidak betul akan menambahkan lagi risiko ini. Kertas kerja ini mempersembahkan hasil kajian yang bertajuk “Cadangan Rekabentuk Persimpangan Utama Politeknik Kota Kinabalu”. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui adakah persimpangan jenis keutamaan yang ada sekarang masih lagi sesuai dengan pertambahan isipadu kenderaan yang menggunakannya. Jika ia telah tidak sesuai, apakah jenis persimpangan yang dicadangkan dan apakah ciri – ciri persimpangan yang perlu ada padanya. Untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini, data isipadu, laju, kadar kemalangan dan jarak penglihatan serta geometri persimpangan dicerap. Selain itu, tinjauan menggunakan kaedah soal selidik juga digunakan terhadap 100 responden untuk mengetahui masalah pelajar meletak kenderaan di tepi Jalan Politeknik berhampiran pintu masuk politeknik....

Biblio1-Full Paper - LICER - Faktor Pencapaian Akademik PMR di Sabah

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan akademik dan masalah yang dihadapi untuk mencapai kecemerlangan akademik dalam kalangan pelajar Penilaian Menengah Rendah (PMR). Sampel kajian ini melibatkan 200 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 di SMK Lohan Ranau Sabah (SMKL) dan SMK Tun Fuad Tamparuli Sabah (SMKTF) sebagai responden. Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan soal selidik mengikut skala likert 5 point. Penyelidik telah menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Satu soal selidik yang mengandungi dua bahagian soalan telah diedarkan kepada responden secara rawak. Manakala data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan "Statistical Packages For Social Sciences"(SPSS) versi 17.0. Hasil dari penganalisisan data ini diterangkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa domain kendiri, guru, ibubapa, dan rakan banyak mempengaruhi strategi dan gaya pembelajaran pelajar yang mendorong kepada pencapaian PMR.

AKRAB Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam merupakan cabang dalam Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. AKRAB berkonsepkan ' Rakan Tolong Rakan '. Pengaruh rakan sekerja boleh menjadi pemangkin perubahan peribadi, sikap mahupun budaya dalam organisasi melalui hubungan erat yang terjalin.

Penulis merakamkan penghargaan kepada Universiti Malaya dan Kementerian Pendidikan atas bantuan menyediakan dana bagi penyelidikan yang dilakukan. (FRGS -FP024-2013B

Makalah ini membincangkan pembelajaran bahasa Melayu yang menggunakan Kit Asas Membaca bagi kanak-kanak lembam pada peringkat asas membaca. Kit ini dibangunkan berasaskan Model Membaca Searclight yang memfokus kepada empat elemen utama, iaitu pengecaman huruf dan pengetahuan grafik, fonik, pengetahuan tentang konteks, dan pengetahuan tentang tatabahasa. Kemahiran membaca merupakan lanjutan daripada kemahiran psikolinguistik lain seperti mendengar, bertutur, dan menulis. Namun, masih ramai kanak-kanak menghadapi masalah dalam bacaan, terutamanya kanak-kanak lembam, iaitu individu yang mempunyai kemahiran menerima pembelajaran yang lemah berbanding dengan rakan sebayanya. Keupayaan mengenal huruf, membatangkan suku kata, mengeja, dan sebagainya semasa membaca adalah lemah.Dalam makalah ini, perbincangan akan ditumpukan kepada pengecaman huruf dan pengetahuan grafik sahaja. Modul pengajaran ini dibahagikan kepada empat objektif pembelajaran. Setiap objektif yang ingin dicapai pula adalah berdasarkan Taksonomi Bloom (1956) yang meliputi tiga domain, iaitu kognitif, psikomotor, dan afektif. Kandungan Kit Asas Membaca ini pula melibatkan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM), aktiviti pengayaan, dan Ujian Penilaian Kemahiran Membaca berdasarkan modul yang telah diajar.

Makalah Ahmad Rizal 11160782 7LMSDM UAS

Penilaian prestasi kerja adalah sebagai penyedia informasi yang sangat membantu dalam membuat dan menerapkan keputusan-keputusan seperti promosi jabatan, peningkatan gaji, pemutusan hubungan kerja dan transfer (Flippo, 1996:84). Sedangkan menurut T. Hani Handoko (1995:135) penilaian prestasi adalah proses melalui mana organisasi-organisasi mengevaluasi atau menilai prestasi kerja karyawan. Dimana kegiatan ini dapat memperbaiki keputusan-keputusan personalia dan memberikan umpan balik kepada karyawan tentang pelaksanaak kerja mereka.

KEMENTRIAN PENDIDIKAN NASIONAL UNIVERSITAS SYIAH KUALA

Karbon merupakan salah satu unsur dari unsur-unsur yang terdapat dalam golongan IV A dan merupakan salah unsur terpenting dalam kehidupan sehari-hari karena terdapat lebih banyak senyawaan yang terbentuk dari unsur karbon.