Penerimaan Penduduk Sekitar Terhadap Pembangunan Borneo Samariang Resort Water Theme Park (original) (raw)
Taman Tema Air Borneo Samariang merupakan taman tema air yang pertama diwujudkan di kepulauan Borneo yang terletak di Sarawak. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui penerimaan penduduk Samariang terhadap penubuhan taman tema Borneo Samariang serta reaksi kedatangan penduduk Samariang terhadap taman tema tersebut. Seterusnya, menganalisis kesan penubuhan taman tema ini terhadap persekitaran Bandar Samariang. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dalam mendapatkan data dan maklumat sepanjang menjalankan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa penduduk Samariang menerima pembaharuan yang telah dibawa ke kawasan kediaman mereka.