Analisis Liberalisme Agama Di Malaysia Menurut Perspektif Akidah Islam (original) (raw)

Pengaruh Islam Liberal Terhadap Masyarakat Islam di Malaysia

Fahaman Islam Liberal merupakan salah satu bentuk serangan pemikiran yang disasarkan kepada umat Islam pada hari ini termasuk Malaysia. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh Islam Liberal dalam masyarakat Islam di negara ini. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian ini menggunakan kaedah keperpustakaan iaitu dengan merujuk kepada sumber-sumber ilmiah seperti buku, jurnal, artikel, kertas kerja prosiding dan seminar serta sumber-sumber lain seperti laman web yang berkaitan dengan tajuk kajian. Berdasarkan kajian ini, fahaman Islam Liberal di negara ini dipelopori oleh individu profesional yang bergerak aktif melalui badan-badan bukan kerajaan. Fahaman ini juga mendapat sokongan daripada beberapa individu yang berpengaruh dalam politik negara. Manakala isu-isu utama yang diperjuangkan oleh golongan ini ialah hak kebebasan beragama, penentangan terhadap Undang-undang Syariah dan isu persamaan hak lelaki, wanita dan kaum sejenis. Implikasinya semua pihak perlu menggembelingkan tenaga memperluaskan dakwah dan memperkasakan pendidikan Islam di semua peringkat lapisan masyarakat. Di samping itu, penguatkuasaan undang-undang perlu perkasakan lagi supaya Islam tidak dipandang hina dalam masyarakatnya sendiri.

Liberalisme dan Pemikiran Pemimpin Muslim di Malaysia

2020

Pemikiran liberal adalah aliran pemikiran yang berjuang untuk hak kebebasan bersuara dan hak kebebasan beragama. Pemikiran ini dilihat memberi ancaman kepada keharmonian beragama kerana pentafsiran yang dibuat dalam hal berkaitan agama bergantung kepada perspektif rasional dan kontekstual. Tulisan ini memberi fokus kepada perbahasan epistemologi pemikiran liberal dan hubungannya dengan aliran pemikiran pemimpin Muslim di Malaysia. Menggunakan kaedah kualitatif, kajian ini turut melibatkan kaedah temu bual kepada seramai enam belas orang informan daripada kalangan pemimpin negara, pemimpin masyarakat dan pemimpin Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk melihat realiti pemikiran ini dalam konteks Malaysia. Informan telah disampelkan menggunakan strategi persampelan bertujuan yang memfokuskan kepada keperluan untuk memperolehi maklumat dengan lebih fokus dan terbuka. Hasil kajian menunjukkan pemikiran liberal ini mempunyai analogi ilmu yang sangat panjang. Ia dipengaruhi oleh kepelbagaia...

Menganalisis Isu Liberalisme dalam Kontek Islam

Penulisan ini bertujuan untuk menganalisis isu liberalisme terhadap konteks islam. Liberalisme memiliki pengaruh yang sangat besar terhadap perkembangan pemikiran keagamaan di dunia Islam. Di Indonesia hampir, tidak ada komunitas-komunitas yang benar-benar steril dari pengaruh pemikiran leberalis ini. NU (Nahdatul Ulama) sebagai ormas terbesar di Indonesia adalah salah satu contohnya. Dari organisasi ini telah mampu melahirkan pemikiran-pemikiran yang positif dan fenomena baru bagi perkembangan khasanah dalam konteks Islam. Dampak dari fenomena ini dapat menjadikan perkembangan pemikiran masyarakat yang dinamis. Kata Kunci : Liberalisme,Islam. Abstract Writing this aims to analize the isue of liberalisme against the contexs of Islam. Liberalism have the influence of a very large against the development of thinking Islam religius in the world Islam. In the Indonesia almost, no communities who really sterile of the influence of thinking liberalis this. NU (Nahdatul Ulama) as ormas biggest Indonesia is one example. From the Organization had been able to give birth thingkings the positive a new phenomenon for the developmen of khasanah in konteks Islam.

Mengkanunkan Agama: Islam, Hak-hak Liberal, dan Kenegraan Malaysia

2020

Kebanyakan negara majori Muslim memiliki sistem perundangan yang meliputi peruntukan Islam dan hak-hak liberal. Meskipun kedua-dua elemen tersebut tidak semestinya bercanggahan, komitmen terhadap kedua-duanya menjadi asas, dari segi undang-undang serta simbolik, untuk para aktivis mengajukan visi masing-masing tentang negara dan masyarakat. Dengan menggunakan Malaysia sebagai kajian kes, buku Mengkanunkan Agama ini meneliti bagaimana susun atur perundangan sedemikian telah mencetuskan litigasi-litigasi dan membantu pembinaan konstruk “binari hak-lawan-ibadat” di ruang undang-undang, politik, serta imaginasi popular massa. Dengan merujuk kepada sumber-sumber primer yang ekstensif dan menjejak kembali kes-kes kontroversial dari kamar mahkamah undang-undang sehinggalah ke mahkamah pendapat awam, kajian ini berusaha untuk menteorikan proses “pemahkamahan agama” dan kesan-kesan terbitan daripada tindakan mahkamah ke atas kesedaran perundangan serta keagamaan popular masyarakat. Buku ini mendokumentasikan bagaimana institusi perundangan menggalakkan pertembungan ideologi, yang seterusnya mentakrifhan negara ini berserta politiknya. Dengan meninjau hubung kait antara pluralisme undang-undang, gerakan sosial, sekularisme, dan Islamisme politik, buku Mengkanunkan Agama membuka ufuk perbincangan baru tentang kesalinghubungan antara undang-undang, agama, politik dan masyarakat. Terjemahan oleh Hazman Baharom.

Fenomena Islam Liberal dan Implikasinya kepada Umat Islam

Pada abad 20 yang lalu, gagasan pemikiran modenisme Islam telah digerakkan oleh beberapa tokoh ilmuan dan cendikiawan Muslim ternama seperti as-Syaikh Jamaluddin al-Afghani, as-Syaikh Muhammad ' Abduh, Sayyid Ameer Ali, Syed Ahmad Khan, dan lain-lain. Meskipun niat para reformis itu untuk menjadikan umat Islam maju dalam bidang sains dan teknologi, namun kesan-kesan modenisme yang berakar dari filsafat Barat telah menyebabkan timbulnya kesan-kesan negatif dalam pemikiran Islam. Saat ini kita sedang berhadapan dengan gejala pemikiran Islam liberal. Pada hakikatnya ia adalah kesinambungan dari pemikiran modenisme. Bagaimanapun, wajah pemikiran Islam liberal yang sedang dikembangkan pada masa kini nampaknya lebih radikal dari pemikiran modenisme Islam. Justeru, ideaidea kontroversi dalam perkara-perkara asas Islam sengaja dilontarkan ke khalayak masyarakat Islam. Kertas ini adalah paparan sepintas lalu kerangka-kerangka pemikiran Islam liberal. Kemudian, kita akan membuat fokus terhadap implikasi pemikiran Islam terhadap kedudukan Islam dan para penganutnya di Malaysia.

Kritik Makna Islam Perspektif Orientalis dan Liberal

Islam is a name religion with clear explanation based on the arguments that are normative and historically, the Qur'an, Hadith and history of preaching Prophet Muhammad when spread this religion. Of course this naming is permanent so it will not be changed until the end of time later. But for Wilfreid Cantwell Smith and Muhammad Shahrur which are the thinkers of the West and the Muslim Orientalist Liberals are trying to recontruction naming them. For Smith, Islam is only submission to God to be obedient and submissive to the shari'ah religion are shared by humans, as judging that the word Islam is derived from the word aslama means surrender or submission. Meanwhile, according Shahrur, Islam is taught by the shari'ah of the Prophet Muhammad who was also taught by the previous Prophets such as Abraham, Moses, Jesus and others. So according Shahrur Muslim person can be said without having to follow and believe in the Shari'ah as taught by the Prophet Muhammad. From this a second thought leaders cause various problems, such as Islamic religious truth is relative or inclusive or decontructed concept and the Shari'ah of Islam. So in this paper the authors will describe how Smith and Shahrur view of the meaning of Islam, the background of their thinking and their implications for the Islamic religion, and a refutation of their thinking.

Cabaran Islam Liberal Kepada Umat Islam

Masyarakat Islam, termasuk di Malaysia sedang berhadapan dengan berbagai ancaman yang boleh mengelincirkan mereka kepada kesesatan dan kerosakan akidah yang terpaksa diharungi atas nama kemajuan pada era globalisasi ini.

MENGANALISIS ISU LIBERALISME DALAM KONTEKS ISLAM

Abstrak Penulisan ini bertujuan untuk menganalisis isu liberalisme terhadap konteks islam. Liberalisme memiliki pengaruh yang sangat besar terhadap perkembangan pemikiran keagamaan di dunia Islam. Di Indonesia hampir, tidak ada komunitas-komunitas yang benar-benar steril dari pengaruh pemikiran leberalis ini. NU (Nahdatul Ulama) sebagai ormas terbesar di Indonesia adalah salah satu contohnya. Dari organisasi ini telah mampu melahirkan pemikiran-pemikiran yang positif dan fenomena baru bagi perkembangan khasanah dalam konteks Islam. Dampak dari fenomena ini dapat menjadikan perkembangan pemikiran masyarakat yang dinamis. Kata Kunci : Liberalisme,Islam. Abstract Writing this aims to analize the isue of liberalisme against the contexs of Islam. Liberalism have the influence of a very large against the development of thinking Islam religius in the world Islam. In the Indonesia almost, no communities who really sterile of the influence of thinking liberalis this. NU (Nahdatul Ulama) as ormas biggest Indonesia is one example. From the Organization had been able to give birth thingkings the positive a new phenomenon for the developmen of khasanah in konteks Islam. The impact of this phenomenon can make the developmen of the idea of dynamic.