Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm (original) (raw)
Related papers
Bimbingan Guru Pembimbing Terhadap Guru Pelatih Dalam Latihan Mengajar
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru pelatih terhadap bimbingan guru pembimbing semasa sesi latihan mengajar. Lapan puluh orang responden yang dipilih adalah terdiri daripada pelajar yang sedang mengikuti kursus tahun empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Awam, Elektrik, Jentera dan Kemahiran Hidup), Fakulti Pendidikan, Univesiti Teknologi Malaysia. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan keseluruhan guru pelatih telah mendapat bimbingan daripada guru pembimbing mereka daripada aspek persediaan mengajar, penyampaian serta penilaian isi pelajaran. Walau bagaimanapun, mereka kurang mendapat bimbingan untuk meningkatkan profesionalisme mereka sebagai seorang guru kelak. Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa guru-guru pembimbing yang dilantik telah memainkan peranan mereka sebagai pembimbing kepada guru pelatih. Sungguhpun begitu masih terdapat kelemahan bimbingan dari aspek peningkatan profesionalisme. PENGENALAN Latihan mengajar telah diterima sejagat sebagai salah satu rancangan yang penting dan perlu dalam program perguruan. Ia merupakan satu siri pengalaman praktik yang sistematik berasaskan sekolah dengan tujuan membantu guru pelatih menjadi guru yang profesional dan bersepadu. Semasa latihan mengajar guru pelatih ditempatkan di sekolah untuk mempraktikkan teori-teori dan kemahiran mengajar yang diperolehi sepanjang kursus di universiti. Perubahan yang ketara dari segi personaliti guru pelatih berlaku semasa latihan mengajar. Perubahan dan perkembangan yang berlaku pula adalah dalam suasana yang sebenar iaitu di sekolah dan bukan di dalam karnpus. Segala pengalaman dan pengetahuan yang brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk
Keberkesanan Bimbingan Guru Pembimbing Terhadap Latihan Mengajar Guru Pelatih Upsi
2010
Kajian deskriptif ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan bimbingan guru pembimbing terhadap latihan mengajar guru pelatih semasa mengikuti sesi latihan mengajar di sekolah.Guru pembimbing adalah guru-guru terlatih yang berkhidmat di sekolah-sekolah menengah yang telah dikenal pasti untuk membantu guru pelatih UPSI menjalani latihan mengajar di sekolah mereka. Guru pelatih adalah pelajar-pelajar tahun akhir jurusan pendidikan UPSI yang menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah menengah terpilih di lapan buah negeri dalam Semenanjung Malaysia. Kajian ini mengenai bimbingan dan penyeliaan guru pembimbing terhadap guru pelatih dalam membuat persediaan mengajar, penyampaian isi pelajaran, penilaian pengajaran dan bimbingan dalam meningkatkan profesionalisme keguruan guru pelatih sebagai guru kelak. Seramai 112 orang responden yang dipilih adalah terdiri daripada pelajar semester akhir Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah, Pendidikan Ekonomi RumahTangga, Fakulti Seni Dan Muzik...
Kesediaan Guru Pelatih Fakulti Pendidikan Utm Berkhidmat di Kawasan Pedalaman
2010
(SPT). Responden kajian ini terdiri daripada 55 orang perempuan dan 7 orang lelaki. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik yang dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian A (5 item latarbelakang responden), bahagian B dan C (33 item objektif) dan bahagian D (satu soalan terbuka). Datadata kuantitatif bahagian A, B dan C yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) 12.0 for Windows untuk mendapatkan bentuk peratusan, kekerapan dan min. Data kualitatif bagi item bahagian D dikategorikan mengikut tema dan dikuantitikan dalam bentuk kekerapan. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach instrumen adalah 0.96. Dapatan kajian mendapati tahap kesediaan sikap dan minat, dan kemahiran mengajar guru pelatih berada pada tahap sederhana. Berdasarkan perbandingan antara faktor jantina, guru pelatih lelaki lebih bersedia daripada kedua-dua aspek berbanding guru pelatih perempuan. Dapatan kajian juga mendapati beberapa masalah yang dijangkakan berlaku oleh guru pelatih. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan tahap kesediaan guru pelatih masih berada pada tahap sederhana. Beberapa cadangan kajian turut dibincangkan.
Peranan Guru Pembimbing Dalam Penyeliaan Latihan Mengajar
2002
The involvement of schools in teacher education programs have been going on for years because the schools are seen as the most appropriate place to educate teachers. The school community has the teaching experience, background knowledge of the school, and understands the school atmosphere
Kompetensi Guru Menurut Zamroni (2001: 60), guru adalah orang yang memegang peran penting dalam merancang strategi pembelajaran yang akan dilakukan. Keberhasilan proses pembelajaran sangat tergantung pada penampilan guru dalam mengajar dan kegiatan mengajar dapat dilakukan dengan baik dan benar oleh seseorang yang telah melewati pendidikan tertentu yang memang dirancang untuk mempersiapkan sebagai seorang guru. Pernyataan tersebut mengantarkan kepada pengertian bahwa mengajar adalah suatu profesi, dan pekerjaan guru adalah pekerjaan profesional. Setiap pekerjaan professional dipersyaratkan memiliki kemampuan atau kompetensi tertentu agar yang bersangkutan dapat melaksanakan tugas-tugas profesionalnnya. Menurut Lefrancois dalam Asmani (2009) kompetensi merupakan kapasitas untuk melakukan sesuatu yang dihasilkan dari proses belajar. Selama proses belajar, stimulus akan bergabung dengan isi memori dan menyebabkan terjadinya perubahan kapasitas untuk melakukan sesuatu. Apabila individu sukses mempelajari cara melakukan sesuatu pekerjaan yang kompleks dari sebelumnya maka pada diri individu tersebut pasti sudah terjadi perubahan kompetensi. Dengan demikian, bisa diartikan kompetensi proses yang berlangsung lama yang menyebabkan individu mampu melakukan kinerja tertentu. Kompetensi diartikan Cowell dalam Asmani (2009) sebagai suatu keterampilan atau kemahiran yang bersifat aktif. Berdasarkan uraian di atas, maka dapat disimpulkan bahwa kompotensi merupakan suatu kesatuan yang utuh yang menggambarkan potensi, pengetahuan, keterampilan, dan sikap yang dinilai yang terkait dengan profesi tertentu berkenaan dengan bagian yang dapat diaktualisasikan dan diwujudkan dalam bentuk tindakan atau kinerja untuk menjalankan profesi tertentu. Dalam Undang-Undang Republik Indonesia Nomor 14 tahun 2005 tentang Guru dan Dosen, "Kompetensi adalah seperangkat pengetahuan, ketrampilan dan perilaku yang harus dimiliki, dihayati dan dikuasai oleh guru atau dosen dalam melaksanakan tugas keprofesionalan". Dalam hubungannya dengan tenaga kependidikan, kompetensi merujuk pada perbuatan yang bersifat rasional dan memenuhi sertifikasi tertentu dalam melaksanakan tugas kependidikan. Tenaga kependidikan dalam hal ini adalah guru. Guru harus memilki kompetensi yang memadai agar dapat menjalankan tugas dengan baik. Menurut Piet Sahertian (1994: 73), "Kompetensi guru adalah kemampuan melakukan tugas mengajar dan mendidik yang diperoleh melalui pendidikan dan latihan". Suparlan (2006: 85) berpendapat bahwa "Kompetensi guru melakukan kombinasi kompleks dari pengetahuan, sikap, ketrampilan dan nilai-nilai yang ditujukkan guru dalam konteks kinerja yang diberikan kepadanya".
Tahap Kesediaan Guru Pelatih Utm Berkhidmat di Sabah Dan Sarawak
2010
Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan bagi mengkaji tahap kesediaan guru pelatih UTM berkhidmat di Sabah dan Sarawak. Responden kajian adalah terdiri daripada 164 orang guru pelatih JPTK Fakulti Pendidikan UTM. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik yang mengandungi maklumat berkenaan latar belakang responden, tahap kesediaan sikap serta kemahiran mengajar guru pelatih untuk berkhidmat di Sabah dan Sarawak. Soalan terbuka pada bahagian c berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh guru pelatih JPTK Fakulti Pendidikan UTM. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian statistik sosial sains (SPSS version 11.5 for window). Hasil analisis dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach kajian ini adalah 0.97. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan sikap dan kemahiran mengajar guru pelatih JPTK Fakulti Pendidikan UTM berada pada tahap tinggi iaitu 3.81 dan 3.91. Walaubagaimanapun, kesediaan guru pelatih dalam menghadapi cabaran dan melakukan tugas-tugas tambahan perlu dipertingkatkan. Selain itu didapati juga bahawa guru pelatih ini hanya tahu menggunakan kaedah mengajar biasa sahaja dan kurang bersedia untuk menggunakan kaedah pengajaran pengayaan serta masteri learning. Keadaan guru pelatih ini harus diberi perhatian supaya guru pelatih mempunyai tahap kesediaan yang tinggi daripada segi sikap dan kemahiran mengajar apabila ditempatkan mengajar. Sebagai kesimpulannya, beberapa cadangan dikemukakan kepada pihak yang berkenaan untuk mempertingkatkan lagi tahap kesediaan guru pelatih.