Moss (Bryophyta) Flora of Mount Tebu Forest Reserve and Surrounding Areas, Terengganu (original) (raw)

2014

Abstract

Flora lumut jati di Hutan Simpan Gunung Tebu dan kawasan sekitarnya terdiri daripada 100 spesies, 7 subspesies dan 20 varieti dalam 46 genus dan 18 famili. Bilangan ini mewakili 22.8% daripada 558 takson pada peringkat spesies dan ke bawah, 29.1% daripada 158 genus dan 39.1% daripada 46 famili yang telah dilaporkan bagi Semenanjung Malaysia sehingga kini. Bilangan ini juga mewakili 61.1% daripada 208 takson pada peringakat spesies dan ke bawah yang dilaporkan terdapat di negeri Terengganu. Daripada 127 takson yang ditemui, 16 spesies, dua subspesies dan satu varieti dilaporkan buat pertama kali bagi negeri Terengganu. Calymperaceae merupakan famili terbesar dengan 38 takson atau mewakili 29.9% daripada jumlah keseluruhan takson yang telah direkodkan bagi kawasan ini. Sematophyllaceae yang diwakili oleh 34 takson atau 26.8% adalah famili kedua terbesar. Genus yang besar dicatatkan di kawasan ini pula adalah Calymperes dengan 12 takson dan diikuti rapat oleh Syrrhopodon dengan 11 taks...

Nur Aqidah hasn't uploaded this paper.

Let Nur know you want this paper to be uploaded.

Ask for this paper to be uploaded.