Brunei Darussalam Research Papers - Academia.edu (original) (raw)

Brunei Darussalam merupakan sebuah negara kecil yang terletak di Benua Asia atau lebih tepat lagi di bahagian Asia Tenggara. Brunei mempunyai populasi penduduk seramai lebih kurang 400,000 ribu. Negara ini mengamalkan sistem beraja... more

Brunei Darussalam merupakan sebuah negara kecil yang terletak di Benua Asia atau lebih tepat lagi di bahagian Asia Tenggara. Brunei mempunyai populasi penduduk seramai lebih kurang 400,000 ribu. Negara ini mengamalkan sistem beraja monarki yang di perintah oleh Sultan Hassanal Bolkiah. Sultan berperanan sebagai ketua negara, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan (US-ASEAN Business Council). Brunei merupakan negara kecil yang kelilingi oleh negara bersaiz besar seperti Malaysia, Indonesia dan Filipina. Brunei mempunyai pelbagai etnik dengan etnik Melayu sebagai etnik majoriti iaitu merangkumi 66.3 peratus populasi dan cina seramai 11 peratus dan selebihnya adalah india dan etnik-etnik peribumi Brunei. Walaupun Brunei merupakan sebuah negara kecil namun ia merupakan sebuah negara yang kaya. Brunei bergantung pada industri minyak dan gas asli. Brunei merupakan antara pengeksport minyak dan gas terpenting kepada beberapa negara seperti jepun dan negara-negara ASEAN. Sejak menganggotai ASEAN, Brunei telah memainkan peranan yang aktif dalam pertubuhan tersebut. Malah Brunei juga mempunyai hubungan yang erat dengan negara-negara di luar rantau. Kini pada 2013, Brunei telah diberi mandat untuk menjadi pengerusi ASEAN. Justeru itu, kertas kerja ini akan mengkaji strategi dasar-dasar luar Brunei terhadap kuasa-kuasa besar sebagai kelangsungan sebuah negara kecil di Asia Tenggara. Kertas kerja ini akan memfokuskan kepada hubungan Brunei dengan tiga kuasa besar iaitu Amerika Syarikat, China dan Britain. Hubungan antara Brunei dengan ketiga-tiga negara ini akan dikaji dari aspek ekonomi dan keselamatan. Di akhir kertas kerja ini satu analisis akan dibuat untuk membincangkan strategi Brunei menggunakan hubungannya dengan kuasa besar untuk kelangsungannya di Asia Tenggara. Perbincangan akan melibatkan aspek ekonomi dan keselamatan. Kertas kerja ini juga akan menggunakan teori Realisme untuk menerangkan tindakan Brunei dalam dasar luarnya terhadap negara-negara kuasa besar. 2 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam 2.0 Hubungan Brunei-Negara Jiran Tunku Abdul Rahman pernah dalam satu ucapan beliau pada 27 Mei 1961,menyatakan hasrat beliau untuk menubuhkan gagasan negara Malaya yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Hasrat ini dicadangkan dengan tujuan untuk menyekat pengaruh komunis, mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi setempat, dan mempercepatkan proses kemerdekaan Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Walaupun mendapat tentangan keras daripada Sukarno yang mencetuskan Konfrontasi Indonesia-Malaysia, cadangan ini disambut baik oleh Singapura, namun Brunei enggan menyertainya disebabkan oleh kepentingan tersendiri. Sarawak dan Sabah pada mulanya menolak cadangan tersebut, tetapi akhirnya bersetuju setelah diberikan jaminan pemerintahan sendiri. Brunei memperoleh kemerdekaan pada tahun 1984 daripada Kerajaan British, lantas meletakkan negara Brunei sebagai salah satu daripada ahli Negara-Negara Komanwel, seiring dengan Malaysia dan Singapura yang mengundurkan diri daripada pemerintahan Malaysia. Dikurniakan dengan limpahan hasil asli bumi, Brunei mengekalkan pemerintahan monarki, berteraskan undang-undang Inggeris dengan pelaksanaan undang-undang syariah, berteraskan agama Islam. Sebagai anggota ke-49 negara-negara Komanwel, sejurus selepas memperoleh kemerdekaan pada 1 Januari 1984, Brunei menyertai ASEAN pada 7 Januari 1984 untuk meningkatkan hubungan antara Negara sekitar Asia Tenggara khususnya, sebagai ahli rasmi yang ke-6. Keanggotaan Negara Brunei sejak kemerdekaan di dalam Pertubuhan Negara-Negara Bersatu (UN), Organisasi Kerjasama Islam (OIC), Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) dan sebagainya membolehkan Brunei dikenali di seluruh dunia. 3 SKSS 3033 Dasar Luar Brunei Darussalam Kementerian Luar Negara Brunei Darussalam ditubuhkan sebaik sahaja Brunei memperoleh kemerdekaan. Penubuhan Kementerian Luar bertitik tolak daripada Jabatan Diplomatik yang ditubuhkan pada awal tahun 1979. Kementerian Luar ini berfungsi sebagai satu jabatan untuk mengendali urusan luar Negara Brunei. . Namun begitu, pada 1 Ogos 2005, Kementerian Luar digabungkan dengan Jabatan Hubungan Antarabangsa dan Perdagangan dan kekal sehingga kini dan dikenali sebagai Kementerian Luar dan Perdagangan (MOFAT). Dasar luar Negara Brunei yang ditunjangi oleh MOFAT memfokuskan pada keselamatan Negara yang boleh dicapai melalui legitimasi antarabangsa. Sebagai Negara jiran yang paling hampir dan berkongsi persempadanan dan wilayah di Kepulauan Borneo, hubungan di antara Brunei dan Malaysia boleh dikatakan tidak mempunyai banyak masalah memandangkan kedua-dua Negara bertoleransi. Selain persamaan bangsa Melayu sebagai bangsa majoriti dan Islam sebagai agama rasmi, tidak banyak pertelagahan yang dapat dilihat, melainkan isu Limbang dan perebutan telaga-telaga minyak di lautan. Limbang pada mulanya merupakan satu daerah di bawah pentadbiran Sarawak pada tahun 1890. Menurut rekod, sebanyak lima perjanjian berkenaan hak Limbang telah ditandatangan sejak tahun 1920 dan isu Limbang dikatakan selesai pada tahun 2009. Kedudukan geografi Limbang membahagikan Brunei kepada dua bahagian, dan Limbang menjadi salah satu jalan keluar masuk antara Brunei-Sarawak. Ekonomi daerah Limbang memfokuskan kepada pembalakan di samping sektor pertanian dan pelancongan. Dilaporkan isu Limbang telah selesai pada tahun 2009 dengan kedua-dua Negara bersepakat menandatangan perjanjian dimana kawasan Limbang kekal di bawah pentadbiran Sarawak. Hal ini membuktikan bahawa toleransi di antara kedua-dua negara boleh mengelakkan perebutan kawasan jajahan.