Ilmu Hakikat Wahdatul Wujud Ibnu Arabi Research Papers (original) (raw)
Saya bukan penulis asal / I not the original writer. Penulis asal adalah /The original writer is Dr. Khalif Muammar, Ph.D., Associate Professor at Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (CASIS), Technology... more
Saya bukan penulis asal / I not the original writer. Penulis asal adalah /The original writer is Dr. Khalif Muammar, Ph.D., Associate Professor at Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (CASIS), Technology University of Malaysia, Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Di ambil dari / Original from : TAFHIM: IKIM Journal of Islam and the Contemporary World 8 (2015): 97–131.
Fail asal di : http://tafhim.ikim.gov.my/index.php/tafhim/article/view/80
-------------------
Abstract (English)
Sayr al-Sālikīn ilā ʿIbādat Rabb al-ʿᾹlamīn, a work by Shaykh ʿAbd al-Ṣamad al-Falimbānī (1704–1789), is a Malay masterpiece which has had considerable influence and lasting impact on the expansion of Islam in the Malay world. The Muslim community’s wide acceptance of this work is due to its contents which deliberate on the essence of Taṣawwuf as expounded by authoritative Sufi scholars, the most significant of whom is Imām al-Ghazzālī with his Iḥyāʾ ʿUlūm al-Dīn. Like many other Sufi scholars, al-Falimbānī also approves of both the waḥdat al-wujūd (The Transcendent Unity of Existence) and Martabat Tujuh (the Seven Degrees of Existence) formulations, which today are often accused as deviant by the pseudo-Salafī group—better known as Wahhābī. This article attempts to examine the truth of the group’s allegations by presenting waḥdat al-wujūd and Martabat Tujuh as the Sufis themselves expound as well as scrutinising the various arguments put forth by the aforementioned group in equating the two formulations with pantheism and monism. This study thus finds that both are ijtihāds of the Sufi scholars in interpreting and understanding some of the Qurʾanic verses and Prophetic ḥadīths related to creation which are not easily understood by the public, and as such, are not meant for public discussions. In fact, such matters form the abstruse and intricate part of the science of Tawḥīd which, as such, ought to be learnt only by al-muntahī, referring to those Sufis who have successfully reached the end of their spiritual journey, not by the spiritual novices, let alone the general public. With findings gathered in this study, it is hoped that public discussion of both formulations by the untrained minds, which eventually gives rise to confusion and accusations of heresy and polytheism, could be put to an end and misunderstandings regarding them could be halted and redressed.
---------------
Saya kepilkan Kesimpulan dari tulisan tersebut (Malay):
Kesimpulan:
Dengan demikian, jelaslah sudah bahawa beberapa tuduhan
yang dilontarkan terhadap Shaykh ʿAbd al-Ṣamad al-Falimbānī
dan para ulama Sufi Alam Melayu lainnya—bahawa mereka
mengajar faham waḥdat al-wujūd dan Martabat Tujuh yang
sesat lagi syirik; bahawa mereka berfahaman al-ittiḥād
wa al-ḥulūl ; dan bahawa mereka mengajarkan panteisme
dan monisme, kebersatuan manusia dengan Tuhan, dan
yang seumpamanya—bukan sahaja tidak berasas tetapi
juga menunjukkan kejahilan pihak yang menuduh itu peri
hakikat ajaran Tasawwuf, penilaian mereka yang berasaskan
pembacaan yang sedikit, serta kegopohan mereka dalam
membuat kesimpulan tanpa kajian yang mendalam dan tanpa
merujuk karya-karya besar ulama Sufi itu sendiri.
Martabat Tujuh bukanlah perkara asasi dalam akidah,
dan bukan pula perkara yang wajib dipelajari, tetapi hanyalah
huraian para ulama Sufi dalam menerangkan hadith-hadith
dan ayat-ayat yang secara tidak langsung membahas persoalan
hakikat kejadian alam. Seseorang itu tidak menjadi kafir atau
sesat jika menolak atau tidak mempercayai Martabat Tujuh.
Namun dengan adanya tuduhan bahawa para ulama Sufi telah sesat kerana berpegang kepada waḥdat al-wujūd dan Martabat
Tujuh, maka timbul keperluan untuk menilai kesahihan
dakwaan tersebut. Justeru, bertolak dari keperluan tersebut,
kajian ini membuktikan bahawa faham waḥdat al-wujūd dan
Martabat Tujuh, sejauh yang dinyatakan oleh al-Falimbānī
dalam kitabnya Sayr al-Sālikīn , tiada mengandungi perkara-
perkara yang bercanggah dengan Shariʿah dan unsur-unsur
penyekutuan Allah kerana kedua-duanya bersandarkan ayat-
ayat al-Qurʾan dan hadith-hadith Nabi yang sememangnya
sukar difahami oleh orang awam tetapi menjadi kemestian
bagi orang yang mencapai martabat ilmu dan pengalaman
yang lebih tinggi.
Perbincangan di atas tidak menafikan wujudnya penyele-
wengan dan kekeliruan sesetengah tariqat Tasawwuf dalam
memahami dan menerangkan faham waḥdat al-wujūd dan
Martabat Tujuh kerana yang dibahaskan dalam perbincangan
ini terhad pada penerangan yang diberikan oleh para ulama
Sufi muktabar, terutama sekali yang disebutkan oleh al-
Falimbānī dalam karyanya Sayr al-Sālikīn . Adapun mengenai
penyelewengan yang berlaku pada sesetengah tariqat Sufi yang
wujud pada hari ini, maka suatu kajian khas perlu dilakukan
secara teliti dan terperinci tentang sejauhmana tariqat-tariqat
itu bertepatan dengan apa yang telah digariskan oleh para
ulama Sufi muktabar.