Main Page - Perbadanan Labuan (original) (raw)

PELUANG TERAKHIR β€” TERHAD KEPADA 30 PESERTA SAHAJA!

BENGKEL PENGACARAAN MAJLIS PROFESIONAL 2026

Bersama Tuan Haji Shahril Sarapudin

πŸ—“οΈ 16 & 17 Mei 2026 (Sabtu & Ahad)
πŸ‘₯ Terhad kepada 30 peserta sahaja
πŸ’³ Yuran penyertaan: RM250.00 sahaja
(Pembayaran kepada Kelab Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan Perbadanan Labuan melalui EFT / Pesanan Tempatan)

πŸ“Œ Tarikh tutup penyertaan:
13 Mei 2026 (Rabu)

πŸ“² Pengesahan kehadiran boleh dibuat melalui pautan berikut:

docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScfrWs_k6J2WmlG0H-4Zpz799M-mY5LVNIOsQe9CTSj4b_15Q/viewform

☎️ Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor yang tertera.

Jabatan Hal Ehwal Korporat
Perbadanan Labuan

... Baca LagiSee Less

Perbadanan Labuan

Kebersihan Tandas Awam Tanggungjawab Bersama

Kemudahan tandas awam baharu di Dataran Labuan telah dibuka untuk kegunaan
warga Labuan yang menjalankan aktiviti riadah dan senaman di kawasan tersebut.
Namun demikian, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengganggu
sistem perpaipan tandas, merosakkan aset tandas, tidak mengepam selepas
menggunakan tandas, membiarkan sampah di atas sinki dan mencuri paip bidet
yang telah disediakan.

Menjaga kemudahan tandas awam adalah tanggungjawab bersama. Ia bukan hanya
tugas pihak berkuasa atau pekerja pembersihan, tetapi tanggungjawab setiap
individu yang menggunakan kemudahan. Apabila kita bekerjasama untuk menjaga
kemudahan ini, ia akan kekal berfungsi dan selesa untuk manfaat warga Labuan.
Ingat! Selepas kita menggunakan tandas, ada pengguna lain yang seterusnya.
Gunakan dengan berhemah.

Etika penggunaan tandas awam:
βœ… Jimatkan penggunaan air
βœ… Letak hos di tempat yang disediakan
βœ… Sila pam selepas guna
βœ… Buang sampah ke dalam tong sampah
βœ… Guna secara berhemah

❌ Jangan merokok dan menghisap vape
❌Jangan buang sisa makanan ke dalam sinki
❌ Dilarang memijak mangkuk tandas
❌ Dilarang membuang sampah ke dalam mangkuk tandas
❌ Jangan rosakkan kemudahan yang disediakan
❌ Jangan mengotorkan persekitaran tandas
❌ Jangan menconteng dinding tandas

... Baca LagiSee Less

Perbadanan Labuan

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA JALAN

Dimaklumkan bahawa Jalan Bunga Tanjung akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja pelupusan pokok ameniti berisiko di kawasan berkenaan.
Butiran penutupan adalah seperti berikut:

Tarikh : 09 Mei 2026 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang hingga 12.00 tengah malam
Lokasi : Jalan Bunga Tanjung, WP Labuan
Tujuan : Pelaksanaan kerja-kerja pelupusan pokok ameniti berisiko bagi
memastikan tahap keselamatan pengguna jalan raya serta orang awam di kawasan tersebut sentiasa terjamin

Untuk makluman, kerja-kerja ini akan dilaksanakan oleh kontraktor lantikan Perbadanan Labuan dengan pemantauan pihak berkaitan bagi memastikan pelaksanaan kerja berjalan dengan teratur dan selamat.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan penutupan jalan ini adalah tertakluk kepada keadaan cuaca semasa bagi memastikan kerja-kerja dapat dijalankan dengan selamat dan lancar.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif serta mematuhi arahan papan tanda keselamatan dan petugas yang bertugas di lokasi sepanjang tempoh kerja dijalankan.
Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali dan kerjasama serta perhatian semua pihak amat dihargai.
Sekian, terima kasih.

... Baca LagiSee Less