AisyahMs Humaira - Academia.edu (original) (raw)
Uploads
Papers by AisyahMs Humaira
BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences (e-ISSN: 2600-9080), Feb 4, 2021
Kesepaduan sosial merupakan suatu fenomena sosial yang berlaku dalam masyarakat Malaysia yang ber... more Kesepaduan sosial merupakan suatu fenomena sosial yang berlaku dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Kesepaduan sosial berlaku dan telah diterapkan dalam pendidikan di Malaysia pada hari ini melalui falsafah pendidikan negara, penerapan nilai murni, dan dasar-dasar kerajaan yang terangkum dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Kesepaduan sosial juga telah termaktub dalam objektif DSKP mata pelajaran Sejarah yang telah digunakan oleh guru-guru sejarah pada hari ini melalui KSSR dan KSSM. Kajian ini akan menjelaskan tentang kesepaduan sosial dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah dan melihat kesediaan guru serta sokongan sekolah. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dan menggunakan reka bentuk kajian kes. Pengkaji menggunakan temu bual mendalam bagi pengumpulan data kajian ini. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa kesediaan guru terhadap kesepaduan sosial dalam mata pelajaran Sejarah adalah di tahap sederhana melalui pengetahuan yang sedikit tentang penerapan kesepaduan sosial secara tidak langsung dan secara langsung. Sokongan sekolah terhadap kesepaduan sosial juga dapat dilihat melalui penganjuran program, kerja kursus yang disediakan untuk pelajar dan pelbagai lagi aktiviti yang dirancang bagi mengeratkan silaturrahim antara warga sekolah serta komuniti setempat. Namun begitu, hasil kajian ini mendapati bahawa program dan aktiviti yang dijalankan adalah bermusim dan tidak berterusan serta serius dalam menekankan kesepaduan sosial dalam kalangan pelajar.
[
PIBG berperanan memberikan sokongan kepada pihak sekolah dalam pelbagai aspek. Ini termasuk sumba... more PIBG berperanan memberikan sokongan kepada pihak sekolah dalam pelbagai aspek. Ini termasuk sumbangan sukarelawan mahupun material bagi keselesaan anak mereka di sekolah. dalam konteks kajian ini PIBG tidak ketinggalan dalam memberikan sokongan terhadap kesepaduan sosial di sekolah melalui bantuan material, menghadiri program, memberikan sumbangan nasihat dan tenaga di sekolah. Kajian ini diharapkan dapat menjelaskan peranan PIBG terhadap kesepaduan sosial di sekolah melalui beberapa kaedah. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian, dan dokumentasi. Sebanyak tiga belas orang guru dan sembilan buah sekolah terlibat dalam kajian ini. Hakikatnya PIBG sangat diperlukan dalam menyokong institusi pendidikan dalam mencapai kesepaduan sosial di sekolah.