Nabilah Huda Zaim | Universiti Teknologi Mara (original) (raw)

Uploads

Papers by Nabilah Huda Zaim

Research paper thumbnail of PRINSIP PENCEGAHAN ISLAM BAGI MENANGANI PENDERAAN SEKSUAL KANAK-KANAK PRINCIPLES OF ISLAMIC PREVENTION FOR DEALING WITH CHILD SEXUAL ABUSE

Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 2024

Kanak-kanak merupakan pewaris pembangunan agama, bangsa dan negara pada masa hadapan. Walau bagai... more Kanak-kanak merupakan pewaris pembangunan agama, bangsa dan negara pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, kes penderaan seksual kanak-kanak dan sumbang mahram dalam kalangan keluarga yang semakin meningkat dari semasa ke semasa amat membimbangkan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka prinsip pencegahan dalam Islam bagi menangani penderaan seksual kanak-kanak di rumah. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi analisis kandungan terhadap kitab-kitab turath dan kontemporari serta kajian-kajian lalu untuk mengenalpasti prinsip pencegahan di dalam Islam bagi mencegah berlakunya penderaan seksual di rumah. Kajian mendapati terdapat empat prinsip pencegahan di dalam Islam yang bersesuaian untuk mengelakkan penderaan seksual kanak-kanak iaitu prinsip saddu al-dhara'i, al-dharar yuzal serta prinsip dalam maqasid syariah yang merangkumi hifz al-din dan hifz al-nasb wa al-'arad. Keempat-empat prinsip yang bersumberkan syarak ini mampu menjadi panduan bagi mencegah penderaan seksual kanak-kanak pada zaman madani ini seterusnya memelihara hak kanak-kanak sebagaimana yang dituntut di dalam Islam.

Research paper thumbnail of Elemen Kesejahteraan Keluarga Islam dalam Menangani Penderaan Seksual Kanak-Kanak

Jurnal Pengajian Islam, Nov 30, 2020

Research paper thumbnail of Risiko Gangguan Seksual di dalam Rumah kepada Remaja: The Risk of Sexual Harassment in House to Teenagers

Research paper thumbnail of FAKTOR PENDERAAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA: SATU ANALISIS

PASAK4-KUIS, 2019

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor berlakunya kes penderaan kanak-kana... more ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor berlakunya kes penderaan kanak-kanak di Malaysia. Penderaan kanak-kanak merupakan suatu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka. Penderaan kanak-kanak merangkumi penderaan dari aspek fizikal, emosi, seksual dan pengabaian. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan analisis dokumen terhadap laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) dalam tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2013 hingga 2017. Dapatan kajian menunjukkan kes penderaan di Malaysia semakin meningkat pada setiap tahun, terutamanya pada tahun 2017 yang mencatatkan sebanyak 5537 kes. Kajian juga mendapati faktor tertinggi penderaan kanak-kanak adalah berpunca daripada perbalahan keluarga, ibu mengikut teman lelaki, masalah kewangan serta kecuaian ibu bapa. Dalam konteks di Negeri Selangor, jumlah penderaan kanak-kanak dilihat meningkat pada setiap tahun. Jumlah kanak-kanak didera pada tahun 2017 adalah sebanyak 1686 kes berbanding 1557 kes pada tahun 2016 di Selangor. Kajian ini diharapkan dapat membuka mata masyarakat serta pihak berautoriti untuk diambil tindakan dan perhatian serius terhadap kes penderaan kanak-kanak di Malaysia khususnya di Selangor. Kata kunci: Faktor, penderaan, kanak-kanak, JKM, Selangor PENGENALAN Penderaan kanak-kanak didefinisikan sebagai satu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka menurut Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara. Terdapat empat jenis penderaan kanak-kanak yang dapat diklasifikasikan

Research paper thumbnail of STATISTIK KES PENDERAAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA : SATU ANALISIS

International Journal for Studies on Children, Women, Elderly And Disabled, 2018

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menganalisis statistik kes penderaan kanak-kanak di Malaysia. ... more ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menganalisis statistik kes penderaan kanak-kanak di Malaysia. Penderaan kanak-kanak merupakan suatu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka. Penderaan ini dapat diklasifikasikan kepada empat jenis penderaan yang utama iaitu penderaan fizikal, emosi, seksual serta pengabaian. Pengabaian ini terbahagi kepada pengabaian pengawasan, pengabaian hak asasi serta lain-lain pengabaian. Sejak kebelakangan ini, banyak kes berkaitan penderaan kanak-kanak telah dilaporkan. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan analisis dokumen terhadap laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) dalam tempoh lima (5) tahun iaitu dari tahun 2013 hingga 2017. Kajian menunjukkan kes penderaan di Malaysia semakin meningkat pada setiap tahun, terutamanya pada tahun 2017 yang mencatatkan sebanyak 5537 kes. Kajian juga mendapati kategori pengabaian hak asasi, penderaan fizikal serta penderaan seksual direkodkan sebagai kes penderaan tertinggi. Manakala kanak-kanak perempuan yang mengalami penderaan seksual mencatatkan golongan tertinggi didera iaitu sebanyak 1279 kes pada tahun 2017. Kajian juga mendapati kebanyakan penderaan kanak-kanak adalah berpunca daripada institusi keluarga yang bermasalah, masalah kewangan, tekanan di tempat kerja dan kurangnya pengetahuan terhadap agama. Kajian ini diharapkan dapat membuka mata masyarakat serta pihak berautoriti untuk diambil perhatian serius terhadap kes penderaan kanak-kanak. Kajian ini juga mencadangkan agar pihak berautoriti seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dapat mewujudkan Garis Panduan Keluarga Sejahtera di samping latihan dan kursus keibubapaan dipertingkatkan di seluruh negara. PENGENALAN Kanak-kanak merupakan seseorang yang di bawah umur 18 tahun menurut definisi yang termaktub di dalam Akta Kanak-Kanak 2001. Kanak-kanak merupakan anugerah istimewa dalam sesebuah institusi keluarga. Malah, setiap kanak-kanak ini merupakan aset penting buat negara dan masyarakat dalam menentukan corak pembangunan negara pada masa hadapan. Mereka ini wajar diberikan perlindungan dan penjagaan di samping kasih sayang dan perhatian yang menjadi tunjang utama dalam sesebuah institusi keluarga. Walau bagaimanapun, berita tentang kes penderaan terhadap kanak-kanak oleh ibu bapa dan keluarga sendiri

Research paper thumbnail of SOKONGAN TERHADAP HAK SAUDARA BARU MENURUT SYARAK

Abstrak Turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w menyebabkan Islam diterima oleh masyarakat pada... more Abstrak Turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w menyebabkan Islam diterima oleh masyarakat pada zaman tersebut berdasarkan kepada pemelukan Islam para sahabat. Golongan muallafatun qulubuhum sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran ini adalah golongan yang perlu diberi sokongan bagi memastikan hak mereka sebagai saudara baru terjamin. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti bentuk-bentuk sokongan hak saudara baru yang dilaksanakan pada zaman Rasulullah s.a.w. Metodologi kajian mengaplikasikan pendekatan analisis kandungan dengan merujuk kepada kitab-kitab sirah bagi mendapatkan data dan maklumat berkenaan sokongan dan jaminan terhadap mualaf di zaman Rasulullah s.a.w. Hasil kajian mendapati bahawa sokongan dan jaminan terhadap hak saudara baru yang dilaksanakan pada zaman Rasulullah s.a.w dapat diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu hak mendapatkan sokongan spiritual dan hak mendapatkan sokongan fizikal. Sokongan dari aspek spiritual adalah pembinaan dan pengukuhan akidah, pembelajaran al-Quran dan al-Sunnah, pengetahuan hukum hakam dalam ibadat dan muamalat, pembentukan akhlak dan adab-adab di dalam Islam serta sokongan moral. Manakala dari aspek fizikal pula, sokongan terhadap saudara baru dilaksanakan melalui pemberian zakat, sedekah, hadiah atau ganjaran serta sumber perlindungan. Kata kunci: saudara baru, sokongan, zaman Rasulullah s.a.w, spiritual, fizikal Pendahuluan Islam merupakan agama yang membawa rahmat ke seluruh alam. Penyebaran dakwah Islam yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w selepas penurunan wahyu di Makkah diterima dengan baik berdasarkan pemelukan Islam para sahabat dari hari ke hari. Mereka yang baru memeluk Islam dikenali sebagai mualaf atau saudara baru. Jika dilihat dari aspek sejarah dakwah Rasulullah s.a.w suatu ketika dahulu, golongan mualaf atau saudara baru yang memeluk Islam telah mendapat sokongan dan jaminan daripada pemerintah dan masyarakat tidak kira dalam bentuk spiritual atau pun fizikal. Hal ini tidak dapat tidak menyumbang kepada pengukuhan dan pemeliharaan akidah Islam yang baru berputik dalam jiwa saudara baru. Kertas kerja ini melaporkan sebahagian daripada kajian yang dilakukan berkenaan dengan Sokongan Terhadap Hak Saudara Baru menurut syara' dan perundangan di Negeri Sembilan. Kertas kerja ini menfokuskan kepada bentuk-bentuk sokongan hak saudara baru yang dilaksanakan pada zaman Rasulullah s.a.w. Bentuk-bentuk sokongan ini penting untuk diketahui dan difahami oleh masyarakat khususnya pihak berkuasa di institusi yang terlibat, agar menjadi panduan dalam menambahbaik sokongan sedia ada terhadap saudara baru.