ummu hazradtul | UPM - Universiti Putra Malaysia (original) (raw)
Related Authors
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail
Uploads
Papers by ummu hazradtul
Abstrak: Kajian ini cuba mengenengahkan salah satu permasalahan berkaitan dengan kandungan pembel... more Abstrak: Kajian ini cuba mengenengahkan salah satu permasalahan berkaitan dengan kandungan pembelajaran subjek morfologi Arab, dalam buku teks Bahasa Arab Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) kegunaan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Malaysia. Buku teks merupakan faktor penting bagi menentukan keberkesanan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dan seterusnya memastikan kejayaan sesuatu matlamat pendidikan. Dalam kajian ini penulis akan menganalisis kandungan ilmu morfologi yang ditulis di dalam buku teks bahasa Arab pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama bermula dari buku teks kegunaan pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima bagi Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Penilaian akan dibuat berdasarkan tiga kriteria sahaja iaitu kandungan persembahan dan latihan. Pengumpulan data-data tersebut dilakukan bagi mengetahui dan menilai kesesuaian isi kandungan ilmu morfologi yang ditulis untuk kegunaan pelajar. Adalah diharapkan agar dapatan kajian ini akan memberikan gambaran yang menyeluruh bagaimana ilmu morfologi ini didedahkan kepada pelajar dan berdasarkan analisis yang akan dibuat, penulis berhasrat untuk mencadangkan pendekatan yang sesuai berdasarkan ciri-ciri bahasa Arab yang berbeza daripada bahasa Melayu, dan mengikut tahap umur serta keperluan pembelajaran itu sendiri. Dapatan ini akan membantu pihak yang berkepentingan iaitu Kementerian Pelajaran, penulis buku teks, guru-guru dan para pelajar sendiri dalam usaha meningkatkan pencapaian penguasaan dalam bahasa Arab di Malaysia secara amnya.