Kawalan kepercayaan pembelajaran dalam kalangan pelajar kursus Bahasa Arab sebagai bahasa ketiga (original) (raw)

Tahap Kepercayaan Pelajar Sekolah Menengah terhadap Pembelajaran Bahasa Arab

Issues in Language Studies, 2018

Kepercayaan terhadap pembelajaran bahasa dapat mempengaruhi tindakan pelajar dalam pembelajaran bahasa. Selain itu, faktor kepercayaan ini juga dapat mempengaruhi pencapaian bahasa pelajar secara tidak langsung. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti jenis dan tahap kepercayaan pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab secara keseluruhan dan berdasarkan konstruk kepercayaan utama. Seramai 350 orang pelajar tingkatan empat dari 12 buah sekolah menengah agama sekitar Kedah dipilih untuk menjawab satu set soal selidik. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden kajian ini mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap pembelajaran bahasa secara keseluruhan serta mengikut konstruk kepercayaan utama. Responden kajian ini didapati mempunyai kepercayaan yang tinggi dalam konstruk motivasi dan harapan. Kepercayaan terendah pula diwakili oleh konstruk kebolehan semula jadi dalam pembelajaran bahasa. Kesimpulann...

Keresahan Pelajar Ketika Mempelajari Bahasa Arab

2015

Keresahan adalah merupakan fenomena emosi yang berlaku pada hampir setiap orang. Keresahan berlaku pada situasi dan keadaan tertentu. Mempelajari bahasa asing merupakan salah satu keadaan yang dapat menyebabkan keresahan. Mereka yang mengalami keresahan dalam pembelajaran bahasa akan menangguh-nangguhkan kerja rumah yang diberikan, menghindari aktiviti bertutur di dalam kelas, atau duduk diam di belakang. Justeru itu, artikel ini ditulis untuk membincangkan mengenai takrif keresahan secara umum dan takrif keresahan bahasa (language anxiety) secara khususnya. Artikel ini juga membincangkan tentang faktor yang menyumbang kepada keresahan dan juga kaedah yang digunakan bagi mengurangkan tahap keresahan yang dialami semasa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa berlangsung. Hasil kajian mendapati bahawa antara faktor utama bagi keresahan bahasa ini adalah berkaitan dengan tahap keyakinan diri pelajar yang rendah. Di samping itu, faktor kaedah pengajaran, peperiksaan, dan aktiviti-a...

Tahap kepercayaan pelajar sekolah menengah terhadap pembelajaran bahasa Arab (Nadhilah Abdul Pisal, & Kamarul Shukri Mat Teh, 2018)

Issues in Language Studies, 2018

ABSTRAK Kepercayaan terhadap pembelajaran bahasa dapat mempengaruhi tindakan pelajar dalam pembelajaran bahasa. Selain itu, faktor kepercayaan ini juga dapat mempengaruhi pencapaian bahasa pelajar secara tidak langsung. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti jenis dan tahap kepercayaan pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab secara keseluruhan dan berdasarkan konstruk kepercayaan utama. Seramai 350 orang pelajar tingkatan empat dari 12 buah sekolah menengah agama sekitar Kedah dipilih untuk menjawab satu set soal selidik. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden kajian ini mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap pembelajaran bahasa secara keseluruhan serta mengikut konstruk kepercayaan utama. Responden kajian ini didapati mempunyai kepercayaan yang tinggi dalam konstruk motivasi dan harapan. Kepercayaan terendah pula diwakili oleh konstruk kebolehan semula jadi dalam pembelajaran bahasa. Kesimpulannya, pelajar mempunyai kepercayaan tersendiri terhadap pembelajaran bahasa Arab yang dibentuk berdasarkan pengalaman pembelajaran lalu. Di samping itu, kajian ini juga memberi gambaran awal tahap kepercayaan pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab di peringkat menengah.

Cabaran Dan Keyakinan Pelajar Melayu Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Di Sekolah Menengah

Ulum Islamiyyah

The purpose of this study was to evaluate the obstacle and confidence level among malay secondary students towards teaching and learning Arabic language. This study also tried to find out the co-relation between the confidence level among malay secondary students and frequency of their communication. This study was carried out involving 1400 students of standard 1, 2 and 4 all over the Malaysia west schools which offer the Arabic of Communication. Then, the data has been analysed using descriptive method into frequency, percentage and mean. The results has shown that Malay students faced an obstacle in learning Arabic language with mean score = 3.1340 and standard deviation. = 0.6470. The result has also shown the confidence level of them towards Arabic language was average with mean score = 2.768 and sd. = 0.313. The result also shown that there are nine factors of obstacles and eight factors of confidence level that influence of learning Arabic language. Test of χ2 is used to e...

Persepsi Pelajar Bukan Muslim Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab

2017

Pembelajaran bahasa Arab di Malaysia melibatkan pelbagai peringkat pengajian seperti di sekolah, institusi pengajian tinggi dan juga orang awam. Para penuntut bahasa Arab mempunyai tujuan tertentu apabila berusaha mempelajari dan mendalami bahasa yang amat sinonim dengan Islam. Dewasa ini, pembelajaran bahasa Arab turut melibatkan golongan bukan Muslim di pelbagai peringkat pengajian, termasuk di institusi pengajian tinggi. Justeru, makalah ini membincangkan persepsi golongan bukan Muslim terhadap pembelajaran bahasa Arab. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka persepsi mereka terhadap pembelajaran bahasa Arab dalam usaha untuk memastikan kandungan pembelajaran bahasa Arab selari dengan tujuan pembelajaran bahasa ini. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif yang melibatkan temu bual tujuh pelajar bukan Muslim yang mempelajari bahasa Arab di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Dapatan kajian menunjukkan semua responden memberikan respons yang positif terhadap pembelajaran bahasa Arab. Respons yang diberikan melibatkan metode pembelajaran yang dipraktikkan dalam usaha untuk menguasai bahasa Arab serta memperoleh motivasi dalam mempelajari bahasa ini. Semua respons ini memberi petunjuk bahawa persepsi bukan Muslim terhadap pembelajaran bahasa Arab amat positif sekiranya proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Beberapa cadangan berkaitan pembelajaran bahasa Arab untuk pelajar bukan Muslim turut dibincangkan dalam makalah ini sebagai satu input yang boleh dimanfaatkan oleh para pengajar bahasa Arab.

Pengajaran Guru dan Kepercayaan Motivasi Pelajar dalam Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah

Malaysian Journal of Social Science and Humanities, 2018

Arabic learning among religious-oriented students is a must and should be studied as it is included in public examination such as PT3, SPM and STPM. To learn it effectively, students need to have high level of motivational beliefs because Arabic language is a rather difficult and challenging subject for students who are non-speakers. Previous studies recorded a low level of motivation for Arabic language because it was difficult to master it. Hence, this study will explain the possibility of teachers' teaching influence students' motivational beliefs in Arabic language. A quantitative approach used in this research and conducted using the Student's Evaluation of Teaching Effectiveness Rating Scale (SETERS) and Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) questionnaire as an instrument that was responded to by 542 form 4 religious-oriented students. The data was processed

Kecemasan Berbahasa untuk Ketrampilan Berbicara Bahasa Arab pada Tingkatan Perguruan Tinggi

Arabia

Speaking anxiety is a common phenomenon in foreign language teaching, but if this anxiety and fear continue to include students, the goal of learning to speak, namely to improve oral competence in Arabic, will be difficult to achieve. Therefore, this study aims to describe: (1) the level of language anxiety in Arabic speaking skills, (2) the factors that cause language anxiety in students' speaking skills, and (3) strategies that can be pursued to overcome language anxiety in students. student speaking skills. This research uses qualitative and quantitative methods (mixed methods) using questionnaires and interviews in collecting data. The results showed that: (1) that the students' anxiety was at the high level with a score of 2.69. (2) The factors that cause anxiety are quite diverse, including students' perceptions of speaking skills; the complexity of the Arabic language; lack of mastery of Arabic; do not master the topic of conversation; worried about getting bad ra...

Kertas Konsep: Hubungan antara Kepercayaan Motivasi dan Pembelajaran Regulasi Kendiri dengan Pencapaian Bahasa Arab di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Sabah

Proceeding International Conference on Education and Psychology 2016, 2016

Kepercayaan motivasi dan pembelajaran regulasi kendiri dijangkakan sebagai faktor yang menentukan tahap pencapaian akademik seseorang pelajar. Setiap pelajar ingin berjaya dalam pelajaran namun dalam masa yang sama kurang motivasi dan strategi yang berkesan dalam pembelajaran mereka. Justeru, pembelajaran bahasa asing yang sukar seperti Bahasa Arab akan lebih efektif sekiranya pelajar mempunyai kepercayaan motivasi dan strategi pembelajaran yang sesuai kerana kemampuan akademik pelajar yang berbeza-beza. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Bahasa Arab sekolah menengah di Sabah. Di samping itu, kajian ini akan menentukan perbezaan kepercayaan motivasi dan pembelajaran regulasi kendiri pelajar mengikut jenis sekolah menengah yang terdapat di Sabah. Kajian ini menjadikan Teori Kognitif Sosial sebagai landasan yang memandu hala tuju kajian. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif secara tinjauan dan pengumpulan data akan menggunakan dua set soal selidik iaitu Motivation Scale (31 item) untuk mengukur Kepercayaan Motivasi dan Learning Strategies Scale (50 item) bagi mengukur Pembelajaran Regulasi Kendiri. Kedua-dua soal selidik ini mempunyai konstruk-konstruk yang berbeza namun kedua-duanya adalah komponen utama dalam instrumen yang sama iaitu Motivated Strategies for Leaning Questionnaire (MSLQ). Gred peperiksaan Bahasa Arab Komunikasi PT3 akan dijadikan data untuk mengukur pencapaian Bahasa Arab di kalangan pelajar. Teknik analisis akan menggunakan SPSS V.16 dengan analisis deskriptif (min, peratus dan sisihan piawai) dan inferens iaitu korelasi pearson, regresi berganda dan ANOVA sehala. Teknik pensampelan kluster akan mengumpul jumlah sampel yang sama rata daripada populasi pelajar tingkatan 4 daripada tiga jenis sekolah (SMK, SMKA dan SMAN). Kajian rintis akan dijalankan bagi mengenal pasti kebolehpercayaan dan kesahan instrumen melalui analisis alpha Cronbach dan faktor analisis bagi memastikannya sesuai digunakan ke atas responden kajian.