Tahap Kepercayaan Pelajar Sekolah Menengah terhadap Pembelajaran Bahasa Arab (original) (raw)

Tahap kepercayaan pelajar sekolah menengah terhadap pembelajaran bahasa Arab (Nadhilah Abdul Pisal, & Kamarul Shukri Mat Teh, 2018)

Issues in Language Studies, 2018

ABSTRAK Kepercayaan terhadap pembelajaran bahasa dapat mempengaruhi tindakan pelajar dalam pembelajaran bahasa. Selain itu, faktor kepercayaan ini juga dapat mempengaruhi pencapaian bahasa pelajar secara tidak langsung. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti jenis dan tahap kepercayaan pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab secara keseluruhan dan berdasarkan konstruk kepercayaan utama. Seramai 350 orang pelajar tingkatan empat dari 12 buah sekolah menengah agama sekitar Kedah dipilih untuk menjawab satu set soal selidik. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden kajian ini mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap pembelajaran bahasa secara keseluruhan serta mengikut konstruk kepercayaan utama. Responden kajian ini didapati mempunyai kepercayaan yang tinggi dalam konstruk motivasi dan harapan. Kepercayaan terendah pula diwakili oleh konstruk kebolehan semula jadi dalam pembelajaran bahasa. Kesimpulannya, pelajar mempunyai kepercayaan tersendiri terhadap pembelajaran bahasa Arab yang dibentuk berdasarkan pengalaman pembelajaran lalu. Di samping itu, kajian ini juga memberi gambaran awal tahap kepercayaan pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab di peringkat menengah.

Cabaran Dan Keyakinan Pelajar Melayu Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Di Sekolah Menengah

Ulum Islamiyyah

The purpose of this study was to evaluate the obstacle and confidence level among malay secondary students towards teaching and learning Arabic language. This study also tried to find out the co-relation between the confidence level among malay secondary students and frequency of their communication. This study was carried out involving 1400 students of standard 1, 2 and 4 all over the Malaysia west schools which offer the Arabic of Communication. Then, the data has been analysed using descriptive method into frequency, percentage and mean. The results has shown that Malay students faced an obstacle in learning Arabic language with mean score = 3.1340 and standard deviation. = 0.6470. The result has also shown the confidence level of them towards Arabic language was average with mean score = 2.768 and sd. = 0.313. The result also shown that there are nine factors of obstacles and eight factors of confidence level that influence of learning Arabic language. Test of χ2 is used to e...

Analisis Minat Belajar Siswa Sekolah Menengah Pertama Terhadap Pelajaran Bahasa Arab

Al-Tadris : Jurnal Pendidikan Bahasa Arab/Al-Tadris, 2023

2023 students' interest in Arabic lessons, student involvement in learning Arabic, and students' attention in learning Arabic. This research is descriptive qualitative research. Primaries data got by distributing questionnaires to students. Sampling used a random sampling technique involving 30 grade 8 students. The results of this study showed that the percentage of students' enjoyment of learning Arabic was 68%. The percentage of student involvement in learning Arabic reaches was 75%. The percentage of students' interest in learning Arabic gains was 64%. The percentage of student attention in learning Arabic was 72%. The average student's interest in learning Arabic obtains 70% in the "medium" category. Based on these results, teachers should strive to maintain and increase students' interest in Arabic learning to achieve more effective learning outcomes.

Tahap Kemahiran Kefahaman Mendengar Bahasa Arab di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri

Jurnal Teknologi, 2006

Abstrak. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kemahiran kefahaman mendengar bahasa Arab di kalangan pelajar sekolah menengah agama negeri. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah tinjauan semasa. Sebanyak lima aspek kefahaman mendengar bahasa Arab yang dinilai dalam kajian ini. Lima aspek kefahaman mendengar tersebut ialah; (i) kefahaman mendengar bunyi bahasa Arab; (ii) kefahaman mendengar makna perkataan secara leksikal; (iii) kefahaman mendengar makna perkataan secara kontekstual; (iv) kefahaman mendengar teks secara literal; dan (v) kemahiran mendengar teks secara inferential. Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah menengah agama negeri di Kelantan. Keputusan menunjukkan subkemahiran pertama berada pada tahap tinggi; subkemahiran kedua dan ketiga berada pada tahap sederhana; dan subkemahiran keempat dan kelima berada pada tahap lemah.

Pengajaran Guru dan Kepercayaan Motivasi Pelajar dalam Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah

Malaysian Journal of Social Science and Humanities, 2018

Arabic learning among religious-oriented students is a must and should be studied as it is included in public examination such as PT3, SPM and STPM. To learn it effectively, students need to have high level of motivational beliefs because Arabic language is a rather difficult and challenging subject for students who are non-speakers. Previous studies recorded a low level of motivation for Arabic language because it was difficult to master it. Hence, this study will explain the possibility of teachers' teaching influence students' motivational beliefs in Arabic language. A quantitative approach used in this research and conducted using the Student's Evaluation of Teaching Effectiveness Rating Scale (SETERS) and Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) questionnaire as an instrument that was responded to by 542 form 4 religious-oriented students. The data was processed

Kawalan kepercayaan pembelajaran dalam kalangan pelajar kursus Bahasa Arab sebagai bahasa ketiga

… : ASEAN Journal of …, 2011

Objektif kajian ini adalah untuk melihat tahap kawalan kepercayaan pembelajaran (control of learning beliefs) dalam kalangan pelajar kursus bahasa Arab sebagai bahasa ketiga dalam konteks kemahiran lisan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Kajian campuran antara kuantitatif dan kualitatif ini menggunakan satu instrumen soal selidik yang diubah suai daripada skala The Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) serta temu bual. Bagi data kuantitatif, seramai 297 orang sampel dipilih dengan menggunakan teknik persampelan rawak berstrata (stratified random sampling). Manakala bagi data kualitatif pula, ia melibatkan 21 siri temu bual bersama pelajar dan pensyarah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan, kawalan kepercayaan pembelajaran pelajar berada pada tahap yang tinggi. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar dalam pembelajaran kemahiran lisan bahasa Arab, aktiviti dan amalan pembelajaran yang boleh menggalakkan autonomi pelajar dapat digunakan secara intensif bagi membina tahap kawalan kepercayaan pembelajaran pelajar.

Keresahan Pelajar Ketika Mempelajari Bahasa Arab

2015

Keresahan adalah merupakan fenomena emosi yang berlaku pada hampir setiap orang. Keresahan berlaku pada situasi dan keadaan tertentu. Mempelajari bahasa asing merupakan salah satu keadaan yang dapat menyebabkan keresahan. Mereka yang mengalami keresahan dalam pembelajaran bahasa akan menangguh-nangguhkan kerja rumah yang diberikan, menghindari aktiviti bertutur di dalam kelas, atau duduk diam di belakang. Justeru itu, artikel ini ditulis untuk membincangkan mengenai takrif keresahan secara umum dan takrif keresahan bahasa (language anxiety) secara khususnya. Artikel ini juga membincangkan tentang faktor yang menyumbang kepada keresahan dan juga kaedah yang digunakan bagi mengurangkan tahap keresahan yang dialami semasa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa berlangsung. Hasil kajian mendapati bahawa antara faktor utama bagi keresahan bahasa ini adalah berkaitan dengan tahap keyakinan diri pelajar yang rendah. Di samping itu, faktor kaedah pengajaran, peperiksaan, dan aktiviti-a...

Tahap Penguasaan Penulisan Karangan Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Agama Menengah

2016

ABSTRAK Bahasa merupakan alat perhubungan yang digunakan oleh manusia untuk memudahkan urusan kehidupan mereka. Tanpa bahasa, manusia tidak dapat menyampaikan maklumat dengan mudah dan cepat. Pemerolehan bahasa pertama amat mudah bagi manusia kerana bahasa tersebut diperolehi secara langsung daripada ibu dan bapa mereka. Namun begitu, bagi penguasaan bahasa kedua, seseorang manusia perlu mempelajarinya melalui kemahiran-kemahiran yang tertentu dan tersusun seperti kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Penulisan karangan merupakan satu aktiviti yang terdapat dalam aspek kemahiran menulis dan ia dianggap rumit. Dalam konteks pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar di sekolah agama menengah di Malaysia, mereka dikehendaki untuk menguasai kemahiran penulisan ini kerana kebanyakan latihan dan kerja rumah bagi subjek bahasa Arab memerlukan mereka menulis menggunakan bahasa kedua yang dipelajari. Sehubungan dengan itu...

Persepsi Pelajar Bukan Muslim Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab

2017

Pembelajaran bahasa Arab di Malaysia melibatkan pelbagai peringkat pengajian seperti di sekolah, institusi pengajian tinggi dan juga orang awam. Para penuntut bahasa Arab mempunyai tujuan tertentu apabila berusaha mempelajari dan mendalami bahasa yang amat sinonim dengan Islam. Dewasa ini, pembelajaran bahasa Arab turut melibatkan golongan bukan Muslim di pelbagai peringkat pengajian, termasuk di institusi pengajian tinggi. Justeru, makalah ini membincangkan persepsi golongan bukan Muslim terhadap pembelajaran bahasa Arab. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka persepsi mereka terhadap pembelajaran bahasa Arab dalam usaha untuk memastikan kandungan pembelajaran bahasa Arab selari dengan tujuan pembelajaran bahasa ini. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif yang melibatkan temu bual tujuh pelajar bukan Muslim yang mempelajari bahasa Arab di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Dapatan kajian menunjukkan semua responden memberikan respons yang positif terhadap pembelajaran bahasa Arab. Respons yang diberikan melibatkan metode pembelajaran yang dipraktikkan dalam usaha untuk menguasai bahasa Arab serta memperoleh motivasi dalam mempelajari bahasa ini. Semua respons ini memberi petunjuk bahawa persepsi bukan Muslim terhadap pembelajaran bahasa Arab amat positif sekiranya proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Beberapa cadangan berkaitan pembelajaran bahasa Arab untuk pelajar bukan Muslim turut dibincangkan dalam makalah ini sebagai satu input yang boleh dimanfaatkan oleh para pengajar bahasa Arab.