Dr. Adam Zulkarnain Saleng - Academia.edu (original) (raw)
Papers by Dr. Adam Zulkarnain Saleng
Kajian ini membincangkan berkaitan pendekatan santai dan rekreasi sebagai salah satu pendekatan d... more Kajian ini membincangkan berkaitan pendekatan santai dan rekreasi sebagai salah satu pendekatan dalam proses peremajaan perkhidmatan perpustakaan terutama kepada Perpustakaan Khusus Guna Sama. Objetif kajian ini ialah untuk menilai tahap kesedaran dan pemahaman pustakawan dan pengguna perpustakaan terhadap konsep pendekatan santai dan rekreasi dalam perkhidmatan perpustakaan, mengenal pasti perkhidmatan santai serta rekreasi yang disediakan bersesuaian kepada pengguna dan merumus cadangan penambahbaikan yang relevan dan praktikal bagi meningkatkan pendekatan perkhidmatan santai dan rekreasi di perpustakaan. Pendekatan kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini dengan menggunakan borang soal selidik secara dalam talian yang diedar kepada Perpustakaan Khusus Guna Sama seluruh Malaysia. Terdapat sebanyak 536 Perpustakaan Khusus Guna Sama di seluruh Malaysia yang memberi perkhidmatan rujukan dan bacaan kepada warga organisasi dan dianggarkan seramai 2.08 juta pengunjung Perpustakaan Khusus Guna Sama yang menggunakan perkhidmatan perpustakaan. Justeru, sebagai strategi untuk meningkatkan daya tarikan dan relevansi perpustakaan dalam masyarakat moden, perpustakaan perlu sentiasa mengalami transformasi dari sekadar tempat penyimpanan, rujukan dan peminjaman buku yang konvensional kepada hub komuniti yang dinamik dan inklusif. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan, 86.5% responden memahami maksud perkhidmatan santai dan rekreasi dan 60.4% perpustakaan ada menyediakan perkhidmatan santai dan rekreasi di perpustakaan mereka. Perkhidmatan santai dan rekreasi yang disediakan oleh Perpustakaan Khusus Guna Sama adalah Sudut Bacaan Ringan dan Ruang Rehat masing-masing 80.4% iaitu hampir kesemua perpustakaan ada menyediakan ruang rehat, Sudut Indoor Games (46.1%), Sudut Multimedia (32.4%), Coffee Corner (15.7%) dan Ruang Seni (8.8%), Sudut Biblioterapi (3.9%) dan lain-lain (20.6%) seperti Bilik Karaoke, Sudut Book Garden, Sudut Refleksologi, Ruang R&R Corner, Sudut Self-reflection, Sudut Train Your Brain, Sudut Quran dan Ruang TV/Muvie. Pendekatan ini mengubah persekitaran tradisional perpustakaan kepada suasana yang lebih mesra dan menarik secara tidak langsung perpustakaan akan menjadi pusat pembelajaran sepanjang hayat yang menyokong kesejahteraan mental dan sosial penggunanya. Penerapan konsep santai dan kreatif dapat memberi evolusi penjenamaan semula perpustakaan dalam meremajakan perkhidmatan sedia ada.
Abstrak: Kertas ini bertujuan untuk menjelaskan kepentingan transformasi sesebuah perpustakaan, k... more Abstrak: Kertas ini bertujuan untuk menjelaskan kepentingan transformasi sesebuah perpustakaan, khususnya Perpustakaan Khusus Guna Sama di Kementerian/Jabatan/Agensi kerajaan, dalam usaha melestari masyarakat madani digital. Fungsi dan peranan perpustakaan khusus sering terlepas pandang terutama dalam membantu penyediaan maklumat kepada pengguna kerana perpustakaan khusus lebih memberi fokus kepada pengguna dalaman. Namun, peranan perpustakaan khusus adalah signifikan dalam menyokong pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan sosial serta ekonomi, yang seterusnya meningkatkan kualiti hidup dan kualiti kerja pengguna. Dalam usaha ini, transformasi digital perlu dilaksanakan dengan mengambil kira cabaran memperkasa perkhidmatan digital agar perpustakaan dapat berfungsi sebagai pusat intelektual yang dinamik dan kaya dengan aktiviti keilmuan. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti transformasi digital yang dilaksanakan oleh Perpustakaan Khusus Guna Sama dan mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh Perpustakaan Khusus Guna Sama dalam melaksanakan transformasi digital. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kuantitatif dengan melibatkan sebanyak 143 Perpustakaan Khusus Guna Sama yang ditadbir urus oleh Pustakawan. Secara keseluruhannya, Perpustakaan Khusus Guna Sama telah mula menyediakan perkhidmatan perpustakaan digital melalui kemudahan seperti pangkalan data digital, pendigitalan bahan, dan penambahbaikan ICT. Perpustakaan ini juga sedang membentuk perpustakaan digital secara kreatif dan inovatif, seiring dengan perkembangan teknologi. Antara cabaran-cabaran Perpustakaan Khusus Guna Sama hadapi adalah kekangan peruntukan, kemahiran dan kompetensi yang kurang mengenai ICT. Namun, cabaran-cabaran ini boleh diatasi dengan membuat kerjasama dan peningkatan kompetensi pustakawan bagi memastikan masyarakat Madani digital mesti terbentuk dengan keupayaan dan literasi maklumat yang mantap serta sentiasa diperkasakan dengan perkhidmatan dan pengemaskinian teknologi.
Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tabiat membaca masyarakat luar bandar yang mem... more Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tabiat membaca masyarakat luar bandar yang mempunyai akses perkhidmatan Perpustakaan Desa bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti trend tabiat membaca masyarakat luar bandar yang mempunyai kemudahan Perpustakaan Desa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan untuk mengenal pasti Perpustakaan Desa PNM memberi impak kepada tabiat membaca masyarakat luar bandar. Pendekatan kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini dengan menggunakan borang soal selidik secara dalam talian yang diedar kepada komuniti setempat. Populasi kajian meliputi pengguna yang menggunakan perkhidmatan Perpustakaan Desa PNM dan dengan jumlah responden yang terlibat adalah seramai 567 orang. Hasil kajian mendapati secara keseluruhannya menunjukkan bahawa daripada 567 responden sebanyak 94.4% responden mengatakan mereka suka membaca berbanding hanya 5.6% mengatakan mereka tidak suka membaca. Masyarakat luar bandar sedar iaitu 81.3% mengetahui kepentingan membaca dapat menambah ilmu pengetahuan dan responden membaca adalah disebabkan oleh tabiat membaca sudah menjadi amalan (37.4%) dan ingin mengetahui isi semasa yang berlaku (29.1%) di sekeliling. Kajian ini juga mendapati jumlah buku yang dibaca oleh masyarakat luar bandar adalah dalam lingkungan 6-10 buah buku setahun dan memperuntukkan kurang dari 3 jam untuk membaca seminggu sama ada bahan bercetak atau digital. Responden membaca buku dalam setahun adalah sebanyak 6-10 buah buku kerana responden memilih jenis bahan bacaan media sosial (57.5%), majalah (49.7%) dan novel/fiksyen (48.8%), maklumat dalam talian (44.5%) dan buku ilmiah (43.7%). Secara keseluruhannya, tabiat membaca masyarakat luar bandar adalah dalam kelompok sederhana walaupun terdapatnya Perpustakaan Desa PNM yang menyediakam bahan bacaa buku dan digital. Sehubungan itu, PNM selaku Jabatan yang bertanggungjawab terhadap Perpustakaan Desa harus cakna dan berusaha mempertingkatkan lagi tabiat membaca masyarakat luar bandar dengan melihat pelbagai inisiatif berguna seperti memperkasa perkhidmatan Perpustakaan Digital u-Pustaka, pelbagai Program Galakan Membaca yang menarik dan berkolaborasi dengan pihak sekolah, JKK, NGO dan orang perseorangan yang boleh membantu merealiasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia sama ada di bandar dan luar bandar mendapat akses sama rata serta menyokong SDG 4 iaitu “Pendidikan Berkualiti.
Proceeding Conference 8TH International Conference of Asian Special Libraries, 22-24 February 2023, Cebu City, Philippines, 2023
Abstract: The importance of library advisory and consultation services can improve library servic... more Abstract: The importance of library advisory and consultation services can improve library services and development. The digital information environment and global information provider are necessary factors of today's library. The goal of this article is to assess the effectiveness of advisory and consultation services for special libraries. The quantitative methods were used to 90 libraries that received advisory and consulting services from BKNP, PNM. The library's development today is mainly focused on digitalisation. How traditional library services are being transformed into digital services. The most difficult part for libraries to figure out is how to provide digital services to users. Through various online services, the digital age has made it easier to obtain information. Libraries must also adapt from being printed basis institutions to multimedia and digital electronic information centres. Libraries can drive the goal towards digital use in its services by providing advisory and consultation services.
International Journal of Modern Trends in Social Sciences (IJMTSS), 2022
Abstrak: Kajian ini bertujuan mengenal pasti peranan sekolah dalam memupuk budaya membaca dalam ... more Abstrak: Kajian ini bertujuan mengenal pasti peranan sekolah dalam memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Secara khusus objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti peranan sekolah dalam memupuk budaya membaca pelajar sekolah rendah dan mengenal pasti faktor yang menghalang pemupukan budaya membaca pelajar sekolah rendah. Pendekatan kualitatif telah dipilih dengan menggunakan kajian kes sebagai metodologi kajian. Kaedah pemerhatian telah digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan peranan sekolah dalam memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar masih boleh diperbaiki untuk menjadikan budya membaca sebagai salah satu budaya sekolah. Ini kerana kurangnya perhatian terhdap aspek minat membaca akan menyebabkan institusi sekolah tidak dapat membentuk pelajar sekolah menjadi pelajar yang berbudaya membaca. Pihak sekolah perlu melihat dari pelbagai sudut dalam membentuk budaya membaca di sekolah. Implikasi adalah tabiat membaca pelajar memerlukan perubahan melalui pelbagai pendekatan termasuk program galakan membaca sepanjang tahun, penyediaan koleksi bahan bacaan, usaha guru dan kemudahan capaian maklumat yang lebih baik.
Abstrak: Kajian ini bertujuan mengenal pasti impak pelaksanaan Rancangan Klinik Jawi melalui Rad... more Abstrak: Kajian ini bertujuan mengenal pasti impak pelaksanaan Rancangan Klinik Jawi melalui Radio dan Facebook IKIM. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti trend pendengar dalam kalangan masyarakat terhadap penyiaran Rancangan Klinik Jawi di Radio dan Facebook IKIM; mengenal pasti kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadap penyiaran Rancangan Klinik Jawi di Radio IKIM.fm dan Facebook IKIM; mengenal pasti tahap keberkesanan penyiaran Rancangan Klinik Jawi kepada masyarakat; dan mengenal pasti cadangan dan pandangan masyarakat terhadap Rancangan Klinik Jawi di Radio dan Facebook IKIM. Pendekatan kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini dengan menggunakan borang soal selidik secara dalam talian untuk mendapatkan data kajian. Populasi kajian meliputi pendengar yang mengikuti Rancangan Klinik Jawi melalui Radio IKIM.fm dan Facebook IKIM dengan jumlah responden seramai 414 orang. Hasil kajian mendapati secara keseluruhannya menunjukkan bahawa daripada 414 responden sebanyak 404 (97.6%) berminat dan hanya 2.4% tidak berminat mengikuti Rancangan Klinik Jawi. Kesemua 404 responden bersetuju bahawa Rancangan Klinik Jawi masih relevan dan tulisan Jawi perlu dilestari agar kekal relevan. Penambahbaikan perlu diambil perhatian dengan mengambil kira pendapat dan maklum balas yang diterima iaitu meluaskan iklan dan promosi di tv dan media sosial supaya lebih ramai yang mengetahui dan berminat dengan Rancangan Klinik Jawi, menyiarkan program di kaca televisyen, tulisan jawi dipersembahkan dalam bentuk video/animasi agar lebih mudah digambarkan dan difahami, penyiaran yang lebih baik mencakupi isu semasa, meningkatkan kekerapan penyiaran (sersiaran pada hari Sabtu @ Ahad), mengadakan latihan interaktif untuk pendengar yang mengikuti Rancangan Klinik Jawi kursus bersemuka, mengadakan roadshow di sekolah dan masjid utama negeri, mengadakan pertandingan, kuiz dan menyediakan sijil penyertaan. Rancangan Klinik Jawi ini perlu diteruskan agar generasi akan datang dapat mempelajarinya dengan memberi fokus kepada golongan pelajar dan generasi muda. Pihak penganjur perlu mengambil perhatian dan langkah penambahbaikan bagi memastikan tahap kesedaran serta minat tulisan Jawi meningkat dengan lebih baik pada masa hadapan. Rancangan Klinik Jawi wajar diteruskan dalam pelbagai platform untuk menggalakkan minat rakyat Malaysia terhadap penulisan Jawi dan dapat memupuk budaya Jawi dalam kalangan generasi muda
International Journal of Education, Psychology and Counseling, 2020
This study aimed to identify the role of teachers in the development of reading culture in primar... more This study aimed to identify the role of teachers in the development of reading culture in primary school children. Four teachers were selected as study informants in a primary school. The informants who are directly involved in the school's reading incentive program which is the School Resource Center Teacher and NILAM teacher. Qualitative methods are conducted using case studies. The interview process is implemented as a data collection technique. As a teacher, responsible for fostering a culture of reading is very important and should be considered as one of the tasks in the learning process. The informants agreed that the role of teachers in fostering a reading culture is important to educate primary school pupils to read more, implemented a variety of reading activities, the role of school resource center teachers to attract more students, and the collaboration between teachers in fostering a reading culture. All informants stated that the culture of reading exists among th...
International Journal of Modern Trends in Social Sciences, 2020
The purpose of the study is to identify the understanding of reading culture and practice among p... more The purpose of the study is to identify the understanding of reading culture and practice among primary school pupils. A number of pupils are 15 are chosen as the informant of the study. Qualitative methods with case studies were used. The data is gathered used observation and interviews as data collection techniques. The result of the study shown, primary school pupils do not practice reading culture at school or at home. Most of the free time they spend playing with friends. Primary school pupils also understood the meaning of the reading culture however they did not practice it. They read books just for entertainment, leisure and for exams (education). In conclusion, the study has shown reading culture is not yet practiced by primary school pupils as a habit, practice, and culture in their daily life as a student.
Sekitar Perpustakaan, 2022
Abstrak: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) merupakan pusat repositori terbesar bagi khazanah war... more Abstrak: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) merupakan pusat repositori terbesar bagi khazanah warisan intelektual negara. Penubuhan PNM adalah sebagai salah sebuah entiti yang terpenting dalam menjayakan transformasi negara serta peranannya tidak boleh dinafikan lagi dari sudut pemeliharaan khazanah negara yang bernilai tinggi terutama bagi Koleksi Malaysiana. Antara Koleksi Malaysiana yang terdapat di PNM adalah Koleksi Peribadi yang merupakan salah satu koleksi yang terdapat di bawah Unit Koleksi Khas, Pusat Rujukan Malaysiana. Koleksi Khas adalah di antara koleksi yang amat berguna kepada para penyelidik yang ingin membuat kajian terhadap sesuatu bidang perkara atau tokoh-tokoh terkenal. Koleksi Peribadi ini selalunya menggambarkan tentang karakter dan pemikiran tokoh tersebut dan bagaimana sesebuah bahan penulisan atau bahan simpanan mencorakkan pelbagai cabang ilmu yang dapat dijadikan rujukan di zamannya. Warisan ilmu yang dirakam sama ada secara tersurat atau tersirat dalam pelbagai bidang perkara telah diabadikan dalam setiap karya tokoh-tokoh dan inilah yang menjadikan Koleksi Peribadi menjadi unik dan sangat bernilai. Langkah-langkah yang diambil oleh PNM bagi memperkasakan Koleksi Peribadi harus diutamakan kerana koleksi ini merupakan khazanah warisan intelektual yang wajar dipelihara dan dikongsi bersama, bukan sahaja untuk masyarakat tempatan bahkan juga kepada masyarakat global. Pemantapan perkhidmatan Koleksi Peribadi dari segi proses pengesanan, perolehan, pemuliharaan, pendigitalan dan promosi yang memenuhi keperluan trend semasa dan perubahan permintaan pengguna yang lebih mencabar perlu dikenal pasti bagi memastikan Koleksi Peribadi dapat terus dipelihara untuk rujukan generasi akan datang.
Abstrak: Pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah memberikan pelbagai kesan kepada seluruh masy... more Abstrak: Pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah memberikan pelbagai kesan kepada seluruh masyarakat dunia khususnya perubahan kepada pengoperasian dan pentadbiran jabatan-jabatan kerajaan mahupun agensi swasta. Peraturan baharu yang dilaksanakan seperti pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) dan langkah keselamatan sedikit sebanyak telah mempengaruhi persekitaran masyarakat kerana perlu mematuhi pemakaian pelitup muka, pengimbasan aplikasi MySejahtera dan mengamalkan penjarakan sosial. Keadaan ini menyebabkan peraturan-peraturan baharu dirangka oleh setiap premis dan tidak terkecuali perkhidmatan perpustakaan. Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan secara berfasa sejak tahun 2020 hingga penghujung tahun 2021 telah memberi kesan kepada perpustakaan terutamanya penutupan perkhidmatan yang tidak membenarkan individu hadir ke premis sama ada untuk bekerja atau mendapatkan perkhidmatan perpustakaan. PNM telah mengambil langkah tertentu untuk memastikan pengoperasian PNM tidak terhenti. Antara pendekatan yang telah diambil bagi memastikan pengoperasian sepanjang tempoh PKP berjalan dengan lancar seperti pelaksanaan sistem penggiliran bekerja, meningkatkan perkhidmatan dalam talian, perlaksanaan kursus/latihan dan program/aktiviti dalam talian, serta pematuhan SOP dan langkah keselamatan. Hasil daripada pendekatan tersebut dilihat memberi impak kepada perkhidmatan PNM sama ada dari sudut pengurusan dan perkhidmatan seperti pelaksanaan urus tadbir perpustakaan dijalankan secara hibrid serta pemerkasaan perkhidmatan perpustakaan digital. Perkhidmatan PNM dijangka akan lebih berkembang dalam fasa endemik hasil daripada peningkatan perkhidmatan digital yang berlaku sepanjang tempoh pandemik dan penambahbaikan perkhidmatan fizikal sedia ada mengikut SOP yang dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut arahan kerajaan.
Abstrak: Penubuhan Perpustakaan Desa (PD) adalah satu inisiatif kerajaan bagi merapatkan jurang l... more Abstrak: Penubuhan Perpustakaan Desa (PD) adalah satu inisiatif kerajaan bagi merapatkan jurang literasi maklumat antara komuniti bandar dan luar bandar. Perkhidmatan PD sebagai pusat penyampaian perkhidmatan maklumat dan pusat maklumat setempat dapat menjadi pusat kecemerlangan sumber ilmu luar bandar. Artikel ini bertujuan untuk melihat perkhidmatan yang disediakan kepada masyarakat luar bandar dalam menyokong pembelajaran sepanjang hayat masyarakat. Antara perkara yang dibincangkan adalah peranan PD sebagai penyedia bahan bacaan, menyokong pembelajaran sepanjang hayat komuniti, PD sebagai titik sentuh komuniti luar bandar. Perkhidmatan PD yang baik dapat memenuhi keperluan komuniti dan secara tidak langsung menjadi tonggak kecemerlangan masyarakat. Bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat, banyak inisiatif telah dilaksanakan oleh PD iaitu program galakan membaca dan literasi media dan maklumat dengan melibatkan komuniti setempat merangkumi golongan kanak-kanak, belia dan dewasa. Perkhidmatan PD memainkan peranan penting dalam memberi manfaat dan peluang kepada masyarakat luar bandar untuk menikmati kemudahan bahan bacaan mudah, percuma dan terkini. Perkhidmatan PD yang baik adalah perkhidmatan yang boleh memenuhi keperluan setempat dan secara tidak langsung menjadi tonggak kecemerlangan masyarakat dengan mengadakan pelbagai aktiviti bersama mereka. Peranan PD tidak terhad kepada perkhidmatan peminjaman dan pemulangan buku tetapi juga membantu meningkatkan taraf komuniti yang celik kepada ilmu dan pengetahuan. Selain daripada itu jalinan kerjasama bersama masyarakat amat penting bagi meningkatkan kesedaran terhadap peranan PD di kawasan luar bandar.
Abstrak: Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap keberkesanan penggunaan portal VShare dalam pe... more Abstrak: Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap keberkesanan penggunaan portal VShare dalam pengurusan pengetahuan dalam kalangan warga kerja PNM. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti trend penggunaan Portal VShare dalam kalangan warga PNM, mengenal pasti tahap keberkesanan penggunaan Portal VShare dalam kalangan warga PNM serta mengenal pasti tahap kepuasan pengguna PNM berdasarkan sumber yang terdapat di Portal VShare. Pendekatan kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini dengan menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan data kajian. Populasi kajian meliputi warga kerja PNM yang berkhidmat di PNM dengan jumlah responden seramai 271 orang. Hasil kajian mendapati secara keseluruhannya menunjukkan bahawa kewujudan portal VShare ini menepati keperluan sebenar KM dalam usaha melahirkan pekerja berpengetahuan atau knowledge worker. Hal yang demikian dibuktikan dengan kesedaran yang tinggi dalam kalangan kakitangan mengenai nilai maklumat dan pengetahuan. Maklumat yang diperoleh daripada sistem tersebut digunakan untuk melaksanakan tugas dan memenuhi tujuan organisasi sebagai satu proses pembelajaran. Dapatan menunjukkan kemampuan VShare dilihat dapat menghasilkan ilmu baharu melalui oral history, knowledge sharing session, knowledge capture dan Community of Practice (CoP), mengurus dokumen dalam konteks virtual office di mana VShare mempunyai kapasiti (storage) yang berkemampuan untuk menampung dokumen yang dimuat naik, muat turun, sharing dan versioning, menyebarkan ilmu tasit dan eksplisit yang terdapat dalam portal VShare, mengaplikasi ilmu yang diperoleh menerusi portal, membudayakan perkongsian ilmu secara berterusan, menyediakan pekerja berpengetahuan (knowledge worker). Implikasi daripada kajian ini memerlukan pihak pengurusan jabatan untuk mengambil langkah penambahbaikan bagi memastikan tahap pengurusan pengetahuan warga PNM meningkat dengan lebih baik pada masa hadapan
Sekitar Perpustakaan, 2022
Abstrak: Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kepuasan bekerja dalam kalangan warga Perpusta... more Abstrak: Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kepuasan bekerja dalam kalangan warga Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Objektif kajian ini ialah mengenal pasti perkaitan antara faktor-faktor kepuasan kerjaya iaitu kepuasan kerjaya, hubungan di tempat kerja, hubungan dengan pengurusan atasan, hubungan dengan penyelia/ketua, kemudahan, dan ganjaran dan pengiktirafan dengan kepuasan kerjaya warga PNM. Selain itu, kajian ini juga ingin melihat kepuasan kerja melalui faktor demografi. Pendekatan kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini dengan menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan data kajian. Populasi kajian meliputi warga PNM yang berkhidmat di PNM dan PPAN Perlis dengan jumlah responden seramai 458 orang. Hasil kajian mendapati secara keseluruhannya, warga PNM mempunyai kepuasan kerja pada tahap tinggi (M=3.94). Dapatan menunjukkan faktor tertinggi adalah hubungan di tempat kerja dengan skor 4.13 (83.4%) diikuti dengan kepuasan kerjaya 4.08 (84.5%) dan hubungan dengan penyelia/ketua 4.05 (79.0%). Faktor terendah adalah kemudahan dengan skor 3.69 (62.5%), hubungan dengan pengurusan atasan 3.84 (68.9%), dan ganjaran dan pengiktirafan 3.88 (71.4%). Faktor demografi menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dengan kepuasan bekerja warga PNM. Implikasi daripada kajian ini memerlukan pihak pengurusan jabatan untuk mengambil langkah penambahbaikan bagi memastikan kepuasan bekerja warga PNM meningkat dengan lebih baik pada masa hadapan.
Sekitar Perpustakaan, 2022
Abstrak: Kajian ini bertujuan mengkaji penggunaan sumber dan perkhidmatan perpustakaan dalam kala... more Abstrak: Kajian ini bertujuan mengkaji penggunaan sumber dan perkhidmatan perpustakaan dalam kalangan pengguna PNM. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti trend semasa penggunaan sumber perpustakaan dalam kalangan pengguna PNM, mengenal pasti tahap keberkesanan dan kualiti perkhidmatan PNM dalam kalangan pengguna PNM dan mengenal pasti tahap kepuasan pengguna PNM berdasarkan sumber yang terdapat di PNM. Pendekatan kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini dengan mengedarkan borang soal selidik Google form melalui e-mel responden. Kajian ini melibatkan sebanyak 370 responden dalam kalangan pengguna perkhidmatan PNM. Hasil kajian mendapati sebanyak 63.2% (234) responden pernah/kerap menggunakan sumber dan perkhidmatan PNM secara fizikal di PNM, 40.5% (150) secara dalam talian di rumah, 25.1% (93) secara dalam talian di tempat kerja/organisasi, manakala 17.3% (64) secara dalam talian di sekolah/pusat pengajian dan selebihnya 7.3% (27) secara dalam talian di tempat awam. Tujuan utama responden menggunakan sumber dan perkhidmatan PNM adalah untuk membuat rujukan/penyelidikan/menyiapkan tugasan 55.7% (206), membaca buku rujukan 53.5% (198) dan membuat pinjaman, pembaharuan pinjaman dan/atau pemulangan bahan bacaan 43.5% (161). Tahap kesedaran responden terhadap sumber dan perkhidmatan PNM adalah pada tahap amat memuaskan dengan nilai skor min antara 3.67 hingga 4.11. Tahap kepuasan responden juga amat memuaskan dengan nilai skor min 4.01. Bagi meningkatkan sumber dan perkhidmatan, responden berharap agar PNM menyediakan bahan yang terkini 73%, perkhidmatan digital perlu ditingkatkan 70.8% dan mempelbagaikan sumber bacaan yang disediakan kepada pengguna 70.5%. Oleh itu, PNM perlu berusaha untuk melihat dan menilai sumber-sumber bacaan perlu mempunyai banyak pilihan, terkini dan memperbanyakkan lagi kandungan digital agar boleh dicapai dengan mudah dalam talian. Antara cadangan yang disarankan adalah penambahan bahan koleksi yang lebih terkini dan pelbagai, meningkatkan perkhidmatan dan prasarana ICT dan digital, memperluaskan promosi sumber dan perkhidmatan, pembangunan insfrastruktur dan penstrukturan bangunan dan menawarkan pinjaman berkelompok kepada perpustakaan keluarga. Sumber dan perkhidmatan yang disediakan mestilah relevan dan mempunyai impak tinggi dalam memupuk budaya ilmu dan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Perkembangan dan ledakan teknologi yang terkini harus ditangani oleh PNM dengan sebaik yang mungkin. Cabaran ini sewajarnya dijadikan satu peluang keemasan untuk PNM untuk terus unggul menerajui bidang kepustakawanan di Malaysia. Melalui hasil dapatan kajian ini juga diharapkan dapat meningkatkan lagi minat pengguna PNM untuk terus menjadikan PNM sebagai hub ilmu dan secara tidak langsung akan dapat meningkatkan minat cintakan ilmu dalam kehidupan seharian.
Sekitar Perpustakaan, 2022
Abstrak: Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan perkhidmatan Perpustakaan Khusus Gunasama di ... more Abstrak: Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan perkhidmatan Perpustakaan Khusus Gunasama di jabatan kerajaan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti trend penggunaan perkhidmatan Perpustakaan Khusus Gunasama di Jabatan Kerajaan, mengenal pasti tahap kepuasan perkhidmatan Perpustakaan Khusus Gunasama di Jabatan Kerajaan dan mengenal pasti keberkesanan perkhidmatan Meja ke Meja yang dilaksanakan oleh Perpustakaan Khusus Gunasama di jabatan kerajaan. Pendekatan kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini dengan mengedarkan borang soal selidik melalui Google form kepada responden. Kajian ini melibatkan sebanyak 1,458 responden dalam kalangan kakitangan jabatan kerajaan. Hasil kajian mendapati trend penggunaan Perpustakaan Khusus Gunasama adalah baik kerana 61.3% mengatakan mereka pernah ke perpustakaan lebih 4 kali dalam setahun walaupun kekerapan mengunjungi perpustakaan melebihi 10 kali hanya 38.6%. Tahap kepuasan perkhidmatan perpustakaan pula dari segi kualiti petugas adalah 84.4% berada dalam tahap baik. Manakala, kualiti perkhidmatan iaitu koleksi pada tahap hanya sederhana sahaja iaitu purata 54.7% dan kemudahan ICT juga dilihat masih berada pada tahap rendah iaitu purata hanya mendapat 48.7%. Dari segi persekitaran majoriti responden memberikan maklum balas bahawa persekitaran perpustakaan berada pada tahap yang baik iaitu purata 72.9%. Perkhidmatan Meja ke Meja juga rendah penggunaannya iaitu hanya 39.8% sahaja. Secara kesimpulannya, Pustakawan Perpustakaan Khusus Gunasama perlu proaktif dalam mengimarahkan penggunaan perpustakaan pada tahap maksimum dengan merancang pelbagai program yang sesuai dengan jabatan masing-masing. Perancangan yang bijak akan dapat memberi impak yang positif daripada kakitangan jabatan itu sendiri dan secara tidak langsung peranan perpustakaan itu dapat dirasai oleh jabatan.
Sekitar Perpustakaan, 2022
Abstrak: Kajian ini bertujuan mengkaji keperluan perkhidmatan perpustakaan kepada generasi belia ... more Abstrak: Kajian ini bertujuan mengkaji keperluan perkhidmatan perpustakaan kepada generasi belia terutama di kawasan Lembah Klang. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti trend penggunaan perkhidmatan perpustakaan dalam kalangan belia, mengenal pasti keperluan perkhidmatan perpustakaan kepada golongan belia dan mengenal pasti tahap kepuasan golongan belia terhadap perkhidmatan perpustakaan. Pendekatan kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini dengan mengedarkan borang soal selidik melalui Google form kepada responden. Kajian ini melibatkan sebanyak 409 responden dalam kalangan belia. Hasil kajian mendapati trend penggunaan perpustakaan dalam kalangan belia menunjukkan masih kurang di mana 258 responden (63%) masih belum lagi berdaftar sebagai ahli perpustakaan. Kekerapan mengunjungi perpustakaan dalam tempoh sebulan dapat dilihat agak rendah iaitu sebanyak 213 responden (52.1%) mengunjungi perpustakaan hanya 1 hingga 3 kali sahaja. Waktu pilihan responden mengunjungi perpustakaan pada siang hari bermula dari waktu pagi hingga petang dan memperuntukkan selama 30 minit hingga 3 jam 59 minit dalam sehari. Keperluan perkhidmatan perpustakaan golongan belia adalah seperti kemudahan berasaskan ICT yang terkini, bahan bacaan seperti buku fiksyen, buku bukan fiksyen, koleksi tesis, surat khabar, e-Buku dan e-Jurnal serta kemudahan dan persekitaran seperti ruang bacaan, bilik karel, bilik perbincangan dan juga ruang santai bagi memenuhi tujuan mereka berkunjung ke perpustakaan manakala bilik pandang dengar dan bilik tayangan kurang menjadi pilhan. Selain daripada itu, perkhidmatan kafe, surau, tandas, perkhidmatan fotokopi dan mesin air minuman juga diperlukan oleh responden. Bagi keperluan aktiviti yang dijalankan oleh perpustakaan, Program Galakan Membaca, Bengkel Literasi Media dan Maklumat serta Program Komuniti amat diperlukan. Majoriti responden (87.3%) berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan. Responden turut menunjukkan minat untuk perkhidmatan baharu yang diperlukan seperti Kelas Bahasa dan Kelas Persediaan Kerjaya. Dengan adanya perkhidmatan tambahan sebegini, mungkin ia boleh menarik minat lebih ramai belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti sedemikian.
International Journal of Modern Trends in Social Sciences (IJMTSS), 2021
Abstrak: Pendidikan dan ilmu kemahiran penting bagi semua individu termasuklah golongan juvana di... more Abstrak: Pendidikan dan ilmu kemahiran penting bagi semua individu termasuklah golongan juvana di institusi pemulihan. Oleh itu pemberian ilmu pendidikan dan latihan vokasional adalah langkah yang sewajarnya kepada juvana ini. Artikel ini bertujuan untuk meneroka aspek pemerolehan ilmu dan kemahiran vokasional dalam kalangan juvana di dua buah institusi pemulihan juvana. Kajian kes telah digunakan bagi meneroka isu ini. Responden kajian adalah seramai 8 orang guru dan 15 orang juvana yang dipilih melalui pensampelan bertujuan. Data kajian pula diperolehi secara temu bual dan pemerhatian. Dapatan menunjukan para juvana dalam kajian ini telah menguasai kemahiran vokasional dan ilmu pendidikan yang dipelajari hasil penyertaan mereka di kelas dan bengkel. Sesungguhnya melalui pemberian peluang mempelajari ilmu pengetahuan dan kemahiran vokasional membawa kebaikan kepada juvana.
Sekitar Perpustakaan, 2021
Abstrak: Pandemik COVID-19 masih menjadi krisis global sejak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) m... more Abstrak: Pandemik COVID-19 masih menjadi krisis global sejak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menamakan sebagai pandemik yang berisiko tinggi sehingga kini. Pandemik COVID-19 telah mengubah norma kehidupan manusia secara total. Masyarakat perlu mengamalkan norma baharu bagi membendung wabak seperti penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka, dan kuarantin agar tidak terdedah kepada wabak. Bagi mencegahnya, kerajaan telah memperkenalkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk membentuk imunisasi kelompok sebanyak 80% daripada populasi penduduk Malaysia. Justeru pemahaman mengenai program imunisasi perlu bagi mengelakkan terdapatnya golongan yang tidak mahu mengambil vaksin. Kajian ini menjurus kepada maklum balas warga PNM terhadap program ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran warga PNM terhadap program imunisasi COVID-19; menilai keberkesanan penyampaian maklumat program imunisasi COVID-19 dan mengenal pasti faktor penyebab tidak mendaftar program imunisasi COVID-19. Metodologi yang dipilih ialah kajian kuantitatif dengan mengedarkan borang soal-selidik dalam talian. Sebanyak 219 responden berjaya menjawab dengan baik. Kaedah persampelan mudah telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan majoriti responden mereka telah mendaftar sebagai penerima vaksin (90%) yang kebanyakannya menggunakan aplikasi MySejahtera (91.4%) sebagai platform pendaftaran vaksin. Daripada jumlah tersebut, hanya 9.1% yang telah menerima vaksin dan 90.9% masih belum menerima vaksin walupun sudah mendaftar dan 74.5% masih tidak mengetahui jenis vaksin yang mereka akan terima. Secara keseluruhan tahap kesedaran warga PNM mengenai maklumat am vaksin COVID-19 mendapat skor min 4.13 iaitu kategori tinggi. 3 platform tertinggi dalam penyebaran maklumat am COVID-19 adalah melalui TV diikuti dengan laman web KKM, MKN dan KKMM serta melalui khidmat perasan ringkas (SMS). Didapati sebanyak 22 responden yang masih tidak mendaftar dan faktor tertiggi yang dikenal pasti menyebabkan masih belum mendaftar adalah disebabkan oleh kesukaran mendaftar vaksin dalam aplikasi MySejahtera (31.8%) dan responden sedang mengandung atau menyusukan anak (27.3%). Kajian ini memberikan implikasi bahawa warga PNM perlu cakna terhadap permasalahan kesihan global bagi melindungi seluruh masyarakat sekeliling. Peranan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) juga perlu berusaha lebih banyak dan kerap memberi informasi sahih berkaitan program imunisasi COVID-19 kepada seluruh warga PNM khasnya dan juga masyarakat melalui saluran internet dan media sosial dalam membantu kerajaan membentuk imuniti kelompok.
Sekitar Perpustakaan, 2022
Abstrak: Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan Program Galakan Membaca terhadap masyarakat b... more Abstrak: Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan Program Galakan Membaca terhadap masyarakat bagi meningkatkan amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Secara khususnya objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran masyarakat terhadap Program Galakan Membaca, mengenal pasti saluran promosi Program Galakan Membaca yang memberi impak kepada masyarakat, menilai impak pelaksanaan Program Galakan Membaca yang telah dijalankan oleh sektor perpustakaan kepada masyarakat dan mengenal pasti pandangan dan cadangan masyarakat terhadap Program Galakan Membaca untuk meningkatkan amalan membaca. Pendekatan kuantitatif telah dipilih dan melibatkan sebanyak 2,053 responden. Penyelidikan ini tertumpu kepada Program Galakan Membaca yang telah dilaksanakan oleh semua perpustakaan di Malaysia seperti Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Perpustakaan Khusus Gunasama, Perpustakaan Awam Negeri, Perpustakaan Desa, Perpustakaan Akademik dan Perpustakaan Khusus Swasta. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kesedaran masyarakat terhadap Program Galakan Membaca yang telah dilaksanakan adalah amat tinggi iaitu sebanyak 80.6% yang mewakili sebanyak 1,654 responden yang mengetahui akan kewujudan Program Galakan Membaca. Manakala impak Program Galakan Membaca terhadap masyarakat pada tahap sederhana iaitu 69 peratus dan ini adalah satu impak yang positif. Oleh itu, kajian merumuskan Program Galakan Membaca yang dilaksanakan oleh perpustakaan-perpustakaan di Malaysia telah mencapai objektif yang disasarkan, namun demikian masih terdapat keperluan untuk menambah baik lagi program yang dilaksanakan dan perlu mencari pendekatan yang lebih proaktif bagi meningkatkan lagi keberkesanan dan kualiti program.

Penulisan kreatif adalah apa saja penulisan yang menggambarkan daya kreativiti seseorang untuk be... more Penulisan kreatif adalah apa saja penulisan yang menggambarkan daya kreativiti seseorang untuk berkarya. Kebebasan untuk setiap insan yang menulis. Penulisan tidak formal tetapi masih tertakluk dengan format tertentu. Contoh; novel, cerpen, puisi, sajak, pantun dll. Penulis menggambarkan buah fikiran, gejolak perasaan, daya imaginasi dan kreativiti untuk menceritakan dari pengalamannya yang tersendiri atau imaginasi semata-mata.
Kursus yang dilaksanakan oleh Perpustakaan Universiti Teknologi Petronas (UTP) berkaitan dengan L... more Kursus yang dilaksanakan oleh Perpustakaan Universiti Teknologi Petronas (UTP) berkaitan dengan Literasi Media dan Maklumat (LMM).
Persidangan Tahunan Pustakawan Malaysia (PTPM 2022), Kuala Lumpur, 25-27 Mei 2022, 2022

The 6th International Conference on Teacher Education, Bandung, 25-26 June 2014, 2014
Budaya membaca merupakan salah satu budaya yang amat penting dan perlu disemai dan diamal dalam k... more Budaya membaca merupakan salah satu budaya yang amat penting dan perlu disemai dan diamal dalam kelompok masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak. Budaya ini dapat mewujudkan generasi baru ke arah masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan. Dalam bidang pendidikan, budaya membaca seharusnya dipandang serius agar menjadi sebahagian daripada persekitaran budaya sekolah supaya pelajar dapat meningkatkan diri menjadi individu yang berpengetahuan dan berinovasi tinggi. Institusi sekolah yang dianggap sebagai gedung ilmu perlu mengutamakan budaya membaca, budaya mencatat, budaya berdiskusi, budaya penerokaan dan budaya berfikir dalam diri setiap pelajar secara optimum. Institusi pendidikan sentiasa dilihat sebagai agen proses pembudayaan dan sebagai sebuah sistem sekolah, sekolah mempunyai budayanya sendiri. Kajian mendapati budaya membaca masih lagi kurang diamalkan oleh murid di sekolah kerana beberapa perkara yang dikenal pasti iaitu masa rehat yang singkat, kurangnya galakan daripada guru, kurangnya aktiviti/program membaca dan kurang sokongan daripada pihak pentadbiran dari segi pembangunan pusat sumber. Pengkaji mencadangkan agar permasalahan yang dikenal pasti perlu diambil perhatian oleh pihak berkenaan supaya murid-murid mendapat faedah pendidikan.
IFLA World Library and Information Congress 84th IFLA General Conference and Assembly, PICC Kuala Lumpur, 24-30 August 2018, 2018
Andragogy education is also known as Adult Education. The concept is focused on education for you... more Andragogy education is also known as Adult Education. The concept is focused on education for young adults or informal adult education. The concept was introduced by Malcolm Knowles and the theory explains furthers the concepts and the importance for adults to learn something meaningful for them. Andragogy education is needed by the rural community and the concepts support the development of rural communities. It is important to take into account a good and concise concept in adult learning. This is because to make sure the concepts are not burdening those who are not well in education. The suitable approached for adult education is hands-on approached. The approach help adults to understand better the education. A learning model was proposed by incorporating Knowles's adult learning principles with existing learning theories. The combination of ICT usage, information literacy, practicality and lightness help adults to learn better. This model is known as the BFP Model (learning, understanding, and practice). The model proposed will help academician, educator and librarian to transform a rural community. Moreover, the model also will be useful for those in lower income categories in rural communities to be more knowledgeable. Rural Library throughout the country can adopt the proposed model and promote it among rural community. This will transform Rural Library as one-stop platform and center in support of lifelong learning for young adult. For this reason, the roles and functions of the Rural Library will be expanded with the existence of adult education. Additionally, the Rural Library is not only providing books but also as a place where the rural community is able to be center for informal education. As a conclusion, Adult education can stimulate and assist rural communities especially young adult to improve their knowledge as equal as urban communities.
Dasar Buku Negara telah disusun beberapa tahun yang lalu dan ka li ini diterbitkan untuk diedarka... more Dasar Buku Negara telah disusun beberapa tahun yang lalu dan ka li ini diterbitkan untuk diedarkan kepada orang ramai, khususnya mereka yang berkecimpung di dalam bidang perbukuan. (ni adalah suatu usaha yang baik supaya tujuan Dasar Buku Negara ini dapat didedahkan dengan meluasnya dan difahami oleh masya rakat umum. Antara matlamat utama Dasar Buku Negara ialah untuk meningkatkan taraf profesionali sme di dalam industri perbukuan. Seiain itu ialah untuk mewujudkan masyarakat yang berbudaya membaca dan bermaklumat. Kedua-dua matlamat ini sekiranya tercapai bermakna kita bukan sahaja mampu meningkatkan mutu penerbitan buku, tetapi juga dapat memperkaya fikiran masyarakat kita. Kadar celik huruf yang agak tinggi di negara ini perlu dipupuk dengan tabiat suka membaca. Tetapi itu sahaja beluml ah memadai kalau bahan bacaan yang dibaca itu kurang bermutu dan kurang mencabar. Kanak-kanak seharusnyalah didedahkan kepada bahanbahan bacaan ya ng boleh memperka ya akal, ak hlak dan fikiran rakyat jelata. Saya berha rap dengan tersebar luasnya Dasa r Buku Negara ini usaha ke arah mencapai matlam atnya akan dapat bersamasama dilaksanakan segera oleh be rbagai-bagai pihak sepe rti penerbit, pencetak, penterjemah, editor, pengarang dan juga pengedar buku.
Dasar Galakan Membaca telah dibuat bagi tujuan pelaksanaan fungsi Perpustakaan Negara Malaysia se... more Dasar Galakan Membaca telah dibuat bagi tujuan pelaksanaan fungsi Perpustakaan Negara Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 (Akta A667) Bahagian II Seksyen 4(2)m iaitu : "menggalakkan dan memudahkan penanaman sifat gemar membaca".
Highlight ethical issues in leadership using examples like Volkswagen Dieselgate scandal and expl... more Highlight ethical issues in leadership using examples like Volkswagen Dieselgate scandal and exploitation of migrant workers in Australia.
Buku ini mempunyai sebanyak 306 muka surat yang mengandungi enam bab.
Sari Pustaka, 2020
Kedah: Changlun Brilliant Centre, 2020. ISBN 9789671715413 ULASAN Buku bertajuk "Patriotisme Nord... more Kedah: Changlun Brilliant Centre, 2020. ISBN 9789671715413 ULASAN Buku bertajuk "Patriotisme Nordin Kardi" ini disusun oleh Dr. Zainuddin Arif dan Kori Arif. Buku ini mengandungi sebanyak lima bab yang secara khususnya menghimpunkan perihal artikel-artikel Tan Sri Dr. Nordin Kardi juga dikenali sebagai Pak Din mendefinisikan patriotisme beliau kepada negara melalui penulisan dan ucapan beliau. Bagaimana Dr. Nordin menjelaskan dari bab ke bab berkaitan tulisan beliau dengan erti nasionalisme dan patriotisme yang perlu didalami oleh setiap pembaca. Bagaimana beliau melihat semangat nasionalisme dan patriotisme dari sudut pandang beliau melalui tulisan-tulisan di surat khabar, ucapan beliau dan di tulisan laman sosial. Buku ini merupakan sebuah koleksi tulisan, ucapan, temu bual dan ceramah yang diambil dari pelbagai sumber yang menyentuh empat komponen negara termasuk hal berkaitan wilayah, rakyat, pemerintah dan kedudukan. Buku ini dibahagikan kepada lima bab yang dimuatkan dengan bab pertama yang menyentuh teori patriotisme, nasionalisme dan kaitan dengan negara. Dalam bab ini menjelaskan apa itu nasionalisme, demokrasi dan nilai
• Mengenal pasti perkaitan yang signifikan antara kepuasan kerjaya, hubungan di tempat kerja, hub... more • Mengenal pasti perkaitan yang signifikan antara kepuasan kerjaya, hubungan di tempat kerja, hubungan dengan pengurusan tertinggi, hubungan dengan penyelia/ketua, kemudahan, serta ganjaran & pengiktirafan dengan kepuasan bekerja. • Mengenal pasti tahap kepuasan bekerja warga PNM berdasarkan faktor kepuasan kerjaya, hubungan di tempat kerja, hubungan dengan pengurusan tertinggi, hubungan dengan penyelia/ketua, kemudahan, dan ganjaran & pengiktirafan. • Mengenal pasti tahap kepuasan bekerja warga PNM berdasarkan faktor demografi responden.
Pembangunan modul pembelajaran dewasa dalam konteks komuniti luar bandar di Malaysia perlu bagi p... more Pembangunan modul pembelajaran dewasa dalam konteks komuniti luar bandar di Malaysia perlu bagi pembentukan pendidikan menyeluruh terutama komuniti setempat. Peranan Perpustakaan Desa (PD) sebagai institusi pelaksanaan pembelajaran dewasa dapat dipertingkatkan dengan adanya modul pembelajaran dewasa yang efektif untuk memenuhi keperluan penduduk dewasa di luar bandar. Beberapa modul dicadangkan sesuai untuk digunakan dan relevan serta memberi impak yang positif kepada pembangunan komuniti luar bandar.
Pembelajaran sepanjang hayat menjadi semakin penting dalam menangani cabaran dan peluang dalam du... more Pembelajaran sepanjang hayat menjadi semakin penting dalam menangani cabaran dan peluang dalam dunia yang sentiasa berubah. Dalam artikel ini, peranan penting Perpustakaan Desa dalam membudayakan pembelajaran sepanjang hayat melalui penyediaan kemudahan pembelajaran dewasa. Keperluan pembelajaran dewasa, cabaran yang dihadapi, dan strategi untuk mengatasi halangan-halangan tersebut serta manfaat pembelajaran sepanjang hayat dan seruan untuk tindakan yang diperlukan dari semua pihak berkepentingan dihuraikan. Dengan penekanan pada kerjasama, kesedaran, dan komitmen berterusan, masyarakat dapat memastikan pembelajaran sepanjang hayat menjadi satu norma, membolehkan setiap individu untuk terus berkembang dan memperkukuhkan diri mereka dalam era global yang dinamik.
Perpustakaan diwujudkan bagi memenuhi keperluan masyarakat yang ingin membaca. Kita sering lupa b... more Perpustakaan diwujudkan bagi memenuhi keperluan masyarakat yang ingin membaca. Kita sering lupa bahawa perpustakaan adalah sebuah tempat yang boleh menyemai perpaduan masyarakat berbilang kaum. Perpustakaan diwujudkan bagi menyediakan perkhidmatan kepada semua kelompok masyarakat tanpa mengira kaum, umur serta jantina. Ini sudah jelas menunjukkan perpustakaan secara tidak langsung menyokong konsep perpaduan dari dahulu lagi. Selain daripada memupuk budaya membaca, perpustakaan juga mempunyai pelbagai fungsi yang dapat digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Berhadapan dengan cabaran getir masa kini, peranan perpustakaan dilihat semakin signifikan dalam menyokong konsep perpaduan yang dibawa oleh kerajaan. Aspek perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum adalah satu perkara yang amat penting bagi mewujudkan keharmonian dalam kehidupan. Tanpa perpaduan yang kukuh, perbalahan, permusuhan dan berpuak-puak akan wujud menyebabkan ketidak seimbangan sosial yang parah dalam masyarakat majmuk.
Perkembangan perpustakaan di Malaysia boleh dibanggakan dan berupaya untuk menyediakan keperluan ... more Perkembangan perpustakaan di Malaysia boleh dibanggakan dan berupaya untuk menyediakan keperluan bahan maklumat kepada rakyat Malaysia sama ada di bandar mahupun di luar bandar. Pertumbuhan pesat dapat dilihat dengan jumlah perpustakaan dalam pelbagai kategori di seluruh Malaysia mencapai jumlah yang tinggi iaitu sebanyak 13,000 lebih buah perpustakaan. Kepentingan perpustakaan tidak dapat disangkal lagi sejak zaman dahulu lagi. Bermula dari awal 1956, apabila Malayan Library Group (MLG) menghantar memorandum untuk menyediakan perkhidmatan Perpustakaan Negara. Memorandum tersebut adalah Public Library Service for the Federation of Malaya. Usaha ini dapat mewujudkan sebuah Perpustakaan Negara bagi Malaya pada ketika itu dan berterusan sehingga kini dalam memperkembangkan lagi perkhidmatan ke taraf antarabangsa selaras dengan Malaysia sebagai negara maju. Secara asasnya semua perpustakaan mempunyai fungsi yang sama iaitu perpustakaan sebagai tempat untuk menyimpan, pendidikan, rujukan, kelestarian khazanah bangsa, penyediaan maklumat dahulu dan kini dan sebagai tempat riadah atau rekreasi (bersosial).
Kesihatan mental merupakan satu perkara yang perlu diambil perhatian sewajarnya bagi membina satu... more Kesihatan mental merupakan satu perkara yang perlu diambil perhatian sewajarnya bagi membina satu masyarakat yang sihat. Merujuk kepada risalah yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kesihatan mental adalah situasi dimana seorang individu menyedari potensinya boleh berdaya tindak terhadap tekanan kehidupan, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat. Kesihatan mental boleh ditakrifkan dalam istilah awam ialah tahap kesejahteraan psikologi seseorang atau tidak mempunyai gangguan mental (Singh & Walia, 2004). Kesihatan mental yang baik dan sihat dapat melahirkan minda masyarakat yang cergas dan bertenaga serta boleh berfikir secara waras dan positif.
Matlamat Pembangunan Mampan/Lestari atau ‘Sustainable Development Goals’ (SDGs) merupakan kesepak... more Matlamat Pembangunan Mampan/Lestari atau ‘Sustainable Development Goals’ (SDGs) merupakan kesepakatan global dalam pembangunan berterusan untuk memastikan tiada satupun yang tertinggal (no one left behind) mula diperkenalkan pada tahun 2015. Kesepakatan global ini mendukung prinsip sejagat, intergrasi dan inklusif untuk semua. SDGs mempunyai 17 matlamat atau agenda yang digariskan bagi mencapai 169 sasaran khusus dan 241 indikator yang perlu dicapai bertujuan untuk menangani masalah yang pelbagai dan kompleks yang dihadapi oleh masyarakat seluruh dunia menjelang tahun 2030. SDGs merupakan pendekatan Pembangunan Lestari (SD) sebagai triple bottom line untuk dunia yang aman (Sachs, 2012). Justeru, Malaysia menekankan kepentingan pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) pada peringkat tempatan ke arah mencapai Agenda Pembangunan Mampan menjelang 2030 (Agenda 2030).
Malaysia kini menuju ke arah negara membangun berasaskan digital. Banyak inisiatif yang telah di... more Malaysia kini menuju ke arah negara membangun berasaskan digital. Banyak inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi mewujudkan negara berteraskan digital dalam pelbagai perkhidmatan untuk masyarakat. Antara inisiatif tersebutadalah Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025 bertujuan untuk menyokong beberapa aspirasi kerajaan seperti untuk mencapai Wawasan Kemakmuran Negara 2030, Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan Rancangan Malaysia ke-12 2021-2025. Pelan ini juga bertujuan untuk menyokong penerimagunaan kemunculan teknologi baharu dan pelaksanaan pendigitalan agensi bagi menyokong kepada ekonomi digital sebagai transformasi digital sektor awam.
Bila kita membincangkan mengenai perpustakaan, ramai dalam kalangan kita akan berfikir apa sebena... more Bila kita membincangkan mengenai perpustakaan, ramai dalam kalangan kita akan berfikir apa sebenarnya tugas-tugas perpustakaan. Perpustakaan hanya buku sahaja ke? Adakah petugas perpustakaan hanya datang ke perpustakaan dan menjaga buku. Menunggu orang untuk membaca dan meminjam buku? (pemikiran dahulu tetapi masih lagi didendangkan). Amat sedikit yang akan membicarakan bahawa perpustakaan adalah satu tempat yang memberi pelbagai perkhidmatan. Tempat menimba ilmu dunia dan akhirat. Khazanah yang ada di perpustakaan begitu bernilai kerana bukan sahaja percuma malah boleh dirujuk setiap hari. Kini bahan-bahan yang ada di perpustakaan boleh didapati di internet. Cepat dan mudah. Bagi yang masih tidak jelas dan mengatakan adakah perpustakaan semakin pupus. Akan ditelan arus pemodenan. Akan hilang fungsi kerana perpustakaan tidak diperlukan lagi. Jawapannya, tidak. Perpustakaan sentiasa revelan sepanjang masa dan sentiasa berevolusi mengikut persekitaran.
Nota tulisan tangan semasa menghadiri Persidangan Tahunan Perpustakawan Malaysia 2024 pada 5-8 Og... more Nota tulisan tangan semasa menghadiri Persidangan Tahunan Perpustakawan Malaysia 2024 pada 5-8 Ogos 2024 di Albughary International University