PENGGUNAAN PETA BUIH MENINGKATKAN KEMAHIRAN BACAAN DAN (original) (raw)

PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh mana keberkesanan kaedah peta minda dalam meningkatkan kefahaman murid tentang konsep sains "Methods of Dispersal of Seeds and Fruits". Responden dalam kajian ini terdiri daripada lapan orang murid Tahun Lima. Data dikumpulkan melalui pemerhatian dan catatan nota lapangan, ujian Pra dan ujian Pasca, temu bual, borang soal selidik, hasil kerja murid, dan gambar. Hasil analisis data mendapati bahawa kelapan-lapan responden telah mendapat kemajuan. Penganalisisan data menunjukkan bahawa kaedah peta minda sangat berkesan dalam meningkatkan kefahaman murid tentang konsep sains "Methods of Dispersal of Seeds and Fruits". Kata kunci: Peta minda, konsep sains, "Methods of Dispersal of Seeds and Fruits", meningkatkan kefahaman, kemajuan ABSTRCT The purpose of the study was to determine the effect of mind map in enhancing the science concept for Methods of Dispersal of Seeds and Fruits. The respondents consisted of 8 pupils from Primary 5 who are weak. The data for this study was collected using observations and notes, pre and post-tests, interview, questionnaire, pupils' works and photos. The results showed that all the 8 pupils had improved. The results of the study showed that the mind mapping is effective to the pupils in enhancing the science concept for Methods of Dispersal of Seeds and Fruits.

PENGGUNAAN PETA ALIR I-THINK DAN KIT "PAT-PAT KUP" DALAM MEMBANTU MURID MENGUASAI KEMAHIRAN MENGUKUR PERIMETER GABUNGAN BENTUK DUA DIMENSI

Hasil refleksi proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) semasa praktikum, pengkaji mendapati bahawa tahap pencapaian matematik sebahagian murid agak rendah, terutama dalam tajuk perimeter gabungan bentuk dua dimensi. Melalui pemerhatian dan analisis dokumen, seperti buku latihan dan lembaran kerja, didapati beberapa bentuk kesilapan sering dilakukan oleh murid, selain daripada gagal memberi jawapan betul. Oleh itu, kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu murid lemah Tahun 5 meningkatkan kemahiran mengukur perimeter gabungan bentuk dua dimensi dengan menggunakan Peta Alir i-THINK dan Kit "Pat-Pat KuP". Peserta kajian terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan seorang murid perempuan yang dipilih berdasarkan ujian diagnostik. Pengumpulan data menggunakan instrumen ujian, analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa intervensi yang digunakan berjaya membantu semua peserta kajian memahami dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan perimeter gabungan bentuk dua dimensi. Antara kekuatan penggunaan Peta Alir i-THINK adalah dapat membantu menjana pemikiran kreatif di samping menggalakkan pembelajaran matematik yang bermakna. Alat ini perlu ditambah baik supaya boleh diguna pakai untuk tajuk-tajuk lain.

PENGGUNAAN ICT DAN PETA MINDA BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS

Abstrak Penggunaan ICT yang sesuai membantu meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran. Oleh itu, Kajian Pengajaran dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menulis murid dengan menggunakan ICT. Murid diharapkan dapat menjelaskan dan mengembangkan sesuatu watak secara kreatif dengan menggunakan alat asas Microsoft PowerPoint. Kajian Pengajaran ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid berkomunikasi secara lisan, selain membimbing dan menggalakkan murid untuk belajar secara yakin dan kendiri. Rangsangan visual digunakan agar murid dapat menulis karangan dengan lebih kreatif melalui. Alat asas Shapes daripada Microsoft PowerPoint digunakan untuk mencipta watak-watak. Kaedah peta minda juga turut digunakan bagi merangsang daya kreatif murid. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dari segi mutu karangan yang ditulis oleh murid, dengan hampir 80% murid telah menunjukkan peningkatan dalam markah karangan mereka. Peningkatan yang amat ketara adalah dari segi isi dan bahasa. Mutu karangan murid didapati lebih padat dengan penggunaan bahasa yang lebih baik.

PERAN PERPUSTAKAAN DALAM MENINGKATKAN MINAT BACA SISWA

Muhammad Sidik Fitra Bakri, 2021

Hasil penelitian menunjukan bahwa yang diperoleh Untuk meningkatkan minat baca siswa dan kegemaran membaca siswa di SMP Negeri 37 Kecamatan Kaliabang Tengah Bekasi diperlukan langkah-langkah yang nyata, dalam hal ini khususnya sikap pimpinan dan guru-guru yang lebih peduli dengan perpustakaan. Peran perpustakaan dalam meningkatkan minat baca

PENGGUNAAN TEKNIK SELTITU MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS AYAT TUNGGAL MURID TAHUN TIGA

ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi mengkaji penggunaan teknik " SelTiTU " dalam mengatasi masalah menulis dan membina ayat tunggal mengikut pola ayat yang betul dalam kalangan murid Tahun tiga. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di daerah Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Kajian ini melibatkan empat orang peserta kajian. Kajian ini berbentuk kajian tindakan dan menggunakan model penyelidikan tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Data dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pos, pemerhatian berstruktur dan temu bual berstruktur. Hasil analisis mendapati telah berlaku peningkatan pencapaian antara 13% hingga 22% dalam kalangan peserta kajian. Seorang peserta kajian telah mendapat skor cemerlang sementara tiga orang lagi mendapat skor baik dalam ujian akhir selepas tindakan dijalankan. Hal ini menunjukkan berlakunya peningkatan daripada ujian awal. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa teknik " SelTiTU " dapat meningkatkan kemahiran menulis dan membina ayat tunggal mengikut pola yang betul dalam kalangan murid Tahun tiga. Kata kunci : ayat tunggal, Tahun Tiga, teknik " SelTiTu " ABSTRACT This research is conducted to study the use of " SelTiTu " technique in overcoming the writing problem and to construct single sentence using the correct sentence structure among Year Three pupils. This research was conducted in one of the schools in Petaling Jaya District, Selangor Darul Ehsan. This research involved 4 participants. It is an action research that use Lewin (1946) Model and Laidlaw (1992) Model. The data collected were based on the pre-test and post-test, structured observation and structured interview. From the analysis result, the participants showed an achievement between 13% to 22%. One of the participants scored excellent, while the other three participants scored good result in the post-test after the research was conducted. This shows that there was an achievement compared to the pre-test. The research findings show that the " SelTiTu " technique could improve the writing skills and single sentence construction using the correct word structure among Year Three pupils.

MENINGKATKAN MINAT BELAJAR SISWA PADA MATERI PENGOLAHAN LIMBAH KULIT dan BIJI BUAH UNTUK PEMBUATAN PRODUK HERBAL

Explore, 2022

Indonesia merupakan daerah tropis yang memiliki beraneka ragam jenis buah-buahan. Pada umumnya masyarakat hanya memanfaatkan daging buahnya saja, misalnya dibuat jus, selai, salad, sirup, dll. Sedangkan kulit dan biji buahnya hanya dibuang dan menjadi limbah. Padahal dari kulit dan biji buah tersebut memiliki kandungan zat yang bermanfaat untuk kesehatan tubuh. Penelitian ini bertujuan untuk mencari alternatif pemanfaatan limbah kulit dan biji buah-buahan, untuk meningkatkan nilai tambah kulit dan biji buah, dimana kulit dan biji buah dapat diolah menjadi produk makanan olahan (seperti selai,biskuit, dll), masker wajah,pewarna bibir, shampo, sabun, serum dan berbagai jenis olahan produk yang baik untuk kesehatan dan memiliki nilai manfaat untuk kehidupan sehari-hari.

PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN INGATAN MURID TAHUN 4 DALAM SUBJEK SAINS

Penyelidikan tindakan ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan peta minda ke atas tiga orang murid Empat Intan SK Cemerlang dalam meningkatkan kefahaman dan ingatan di samping meningkatkan minat dan motivasi mereka dalam belajar Sains. Penyelidikan ini turut memberi peluang kepada saya untuk menambah baik amalan mengajar saya dalam subjek Sains. Peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini ialah saya dan tiga orang murid Tahun Empat Intan. Data telah dikumpul dengan menggunakan kaedah pemerhatian, soal selidik, temu bual, ujian pra dan ujian pos dan analisis dokumen. Data dianalisis dengan menggunakan analisis kandungan. Triangulasi kaedah dan triangulasi penyelidik digunakan untuk menyemak data yang telah dikumpul. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah penggunaan peta minda berjaya membantu ketiga-tiga responden dalam meningkatkan kefahaman dan ingatan di samping meningkatkan minat dan motivasi mereka dalam belajar Sains. Ia juga membantu saya sebagai penyelidik dan pendidik dalam menambah baik amalan mengajar saya dalam mata pelajaran Sains. Kata kunci: Kesan penggunaan peta minda, murid tahun empat, kefahaman dan ingatan, minat dan motivasi, amalan mengajar ABSTRACT The purpose of this study was to investigate the effect of mind-mapping on three Year Four Intan, SK Cemerlang pupils to increase their understanding and memorization other than increase their interest and motivation in learning Science. This research provided me the opportunity to improve my teaching practice in Science. The participants of this research consisted of the researcher and three pupils from Year Four Intan. Data was collected through observation, questionnaires, pre-tests and post-tests and document analysis. Data was analyzed by using content analysis. Method and persons' triangulation were used to check data. The findings showed that mind-mapping helps the three Year Four pupils to increase their understanding and memorization in Science other than increase their interest and motivation in learning Science. It also helping me as a researcher and educator in improving my teaching practice.

MENINGKATKAN MINAT BACA DENGAN MEMAHAMI ASPEK ASPEK DALAM KEGIATAN MEMBACA (READING)

ABSTRAK Penilaian (assesment) adalah penerapan berbagai cara dan penggunaan beragam alat penilaian untuk memperoleh informasi tentang sejauh mana hasil belajar siswa atau ketercapaian kompetensi (rangkaian kemampuan) siswa. Penilaian menjawab pertanyaan tentang sebaik apa hasil atau prestasi belajar seorang siswa (Djuanda, 2010). Guru memberikan penilaian terhadap siswa tidak hanya satu kriteria yang dinilai, tetapi ada beberapa kriteria seperti kemampuan siswa dalam berbicara, mendengarkan (menyimak), menulis dan membaca. Mendengarkan adalah proses penyerapan ilmu yang didapat oleh siswa sedangkan berbicara adalah hasil dari apa yang telah disimak. sama halnya dengan menulis dan membaca, keduanya pun saling berkaitan.Namun, dari ke empat kritria tersebut membaca adalah salah satu kriteria yang kurang diminati oleh masyarakat khususnya siswa.Badan Pusat Statistik (BPS) tahun 2012 menunjukkan prosentase angka 91,68% penduduk usia 10 tahun keatas lebih menyukai menonton tv dan hanya sekitar 17,66% penduduk yang menyukai membaca dari berbagai sumber seperti surat kabar, buku, dan majalah (Arendra, 2016). Kata kunci: Penilaian, membaca, aspek-aspek membaca, minat baca

KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA PEMIKITAN i-THINK MEMBERI KESAN TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR

TAJUK KAJIAN : KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA PEMIKITAN i-THINK MEMBERI KESAN TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR BAGI TEMA BUMI DAN ALAM SEMESTA TAHUN 5 1.0 PENGENALAN : Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) digubal untuk meningkatkan kemampuan intelek pelajar berfikir secara kritis dan kreatif dan ianya adalah selari dengan penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Penghasilan ideaidea baru oleh pelajar dapat dilakukan apabila pelajar dapat berfikir secara kritis dan kreatif dengan mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) yang diterapkan oleh guru di dalam proses pengajaran mereka. Proses ini dapat dijalankan dengan menerapkan kepada pelajar-pelajar melalui soalan-soalan beraras tinggi dan kaedah penyelesaian masalah serta kaedah-kaedah pengajaran yang berkesan. Jenis-jenis kemahiran berfikir terdapat dalam pelbagai aliran pemikiran dan pandangan. Kemahiran berfikir ini dapat dibahagikan kepada dua jenis secara amnya iaitu KBKK. Di dalam mata pelajaran Sains Sekolah Rendah, terdapat banyak kemahiran-kemahiran berfikir yang telah disenaraikan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dilaksanakan di dalam proses pengajaran guru di dalam atau luar kelas bagi meningkatkan kemahiran berfikir pelajar.