Teori Pengurusan Dan Pentadbiran Research Papers (original) (raw)
Abstrak Perbincangan mengenai perancangan strategik telah lama diperkatakan dalam sistem pentadbiran moden sejak tahun 1960 lagi. Namun masih belum terdapat perbincangan secara terperinci berkenaan perancangan strategik Islam. Oleh itu,... more
Abstrak Perbincangan mengenai perancangan strategik telah lama diperkatakan dalam sistem pentadbiran moden sejak tahun 1960 lagi. Namun masih belum terdapat perbincangan secara terperinci berkenaan perancangan strategik Islam. Oleh itu, kertas kerja ini akan mengemukakan beberapa elemen perancangan strategik Islam yang dianggap penting berdasarkan Al-Quran, sunah dan lipatan sejarah Islam. Selain itu, kertas kerja ini juga akan menyentuh aspek pengamalan usaha perancangan pembangunan dalam pendidikan tinggi di Malaysia. Dalam bidang pengajian tinggi, pihak Kementerian Pengajian Tinggi telah memperkenalkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Nasional (PSPTN) yang bertujuan untuk mentransformasikan pengajian tinggi dalam konteks menjadikan Malaysia sebagai hub kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. Penekanan utama dari aspek amalan tersebut ditumpukan kepada elemen perancangan strategik Islam yang kurang diberi penekanan dalam proses pelaksanaannya. Elemen-elemen ini dilihat sebagai mekanisme ke arah perancangan pembangunan selari dengan tuntutan Islam. Abstract Topics on strategic planning have long been discussed in modern administrative studies since the 1960s. However, there is still a detailed and developing discussion that makes strategic planning a new terminology later in used. Elements discussed in the topic are also very much similar and indeed encouraged in Islamic viewpoint. The various conceptual discussions on planning has stimulated this writing to analyze what the practicality in Malaysia are with special focus on high education learning. Therefore, this paper will put forward some strategic planning elements based on the al-Qur'an, al-Sunnah and Islamic history.In addition, this paper will also touch on aspects of the practice of planning efforts in the development
TADBIR URUS BANDAR YANG BAIK 1) Tadbir urus merupakan satu proses pembuatan keputusan dan proses pelaksanaan atau tiada pelaksanaan di dalam sesebuah sistem pentadbiran yang melibatkan pihak kerajaan, pihak swasta dan masyarakat awam.... more
TADBIR URUS BANDAR YANG BAIK 1) Tadbir urus merupakan satu proses pembuatan keputusan dan proses pelaksanaan atau tiada pelaksanaan di dalam sesebuah sistem pentadbiran yang melibatkan pihak kerajaan, pihak swasta dan masyarakat awam. Tadbir urus yang baik dapat mengelakkan timbulnya masalah seperti kemerosotan kualiti alam sekitar, kemiskinan bandar, pembangunan bandar tidak seimbang, ketidakpatuhan terhadap undang-undang, jenayah dan sebagainya. Terdapat sembilan ciri-ciri tadbir urus bandar yang baik yang telah digariskan oleh Program Pambangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP). Antaranya ialah penyertaan, mematuhi undang-undang, efektif dan efisien, kesaksamaan dan keterlibatan, responsif, telus, akauntabiliti atau bertanggungjawab, berorientasikan kesepakatan dan berwawasan strategik. Menurut Professor Madya Dr. Nor Malina Malek, penyertaan dapat didefinisikan sebagai penglibatan kesemua pihak yang berkepentingan di sesebuah kawasan bandar. Antara pihak yang perlu terlibat bersama-sama kerajaan dalam membangunkan bandar ialah masyarakat awam, sektor swasta, sektor industri dan badan bukan kerajaan (NGO). Dengan adanya penglibatan daripada kesemua pihak, pembangunan yang dirancang akan lebih berupaya untuk memenuhi keperluan masyarakat bandar. Ciri yang kedua iaitu mematuhi undang-undang bermaksud kesemua pihak masyarakat, termasuklah pihak berkuasa mahupun kerajaan perlu mematuhi peraturan dan undang-undang bagi memastikan pengurusan dan pentadbiran sesebuah kawasan dapat dijalankan dengan lancar. Penguatkuasaan undang-undang pula perlu dilakukan dengan tegas dan adil tanpa mengira pangkat atau kuasa yang dimiliki seseorang semasa melakukan kesalahan melanggar undang-undang dan peraturan. Ciri tadbir urus yang baik seterusnya ialah efektif dan efisien. Ciri ini dimaksudkan sebagai pentadbiran dan pengurusan yang cekap, optimum dan berkesan. Pihak berkuasa tempatan perlu bergerak selari dengan perubahan yang berlaku. Mereka juga perlu menyelesaikan masalah yang timbul di bandar secara efektif dan efisien dengan menggunakan
soalan peperiksaan akhir. bab2 yang ditanya.