Nazneen Ismail | Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (original) (raw)
Conference Presentations by Nazneen Ismail
PROSIDING PERSIDANGAN ANTARABANGSA SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN KALI KE-9, 2024
PEMBANGUNAN INSAN DALAM KONTEKS DAKWAH & USULUDDIN, 2023
5th International Research Management and Innovation Conference, 2018
ABSTRAK Kajian rintis ini dijalankan bagi menentukan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan. I... more ABSTRAK Kajian rintis ini dijalankan bagi menentukan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan. Ia telah dijalankan bermula 26 Mac sehingga 6 April 2018. Seramai 55 orang responden daripada mahasiswa UKM telah dipilih secara sampel rawak. Dalam kajian ini, nilai pekali Alpha Cronbach adalah berdasarkan kepada klasifikasi indeks kebolehpercayaan yang dikemukakan oleh Babbie (1992). Nilai pekali yang dikemukakan oleh Babbie (1992) adalah lebih jelas dan menggunakan skala yang lebih kecil untuk penentuan bagi setiap indikator sama ada rendah, sederhana, tinggi dan sangat tinggi. Tiga bahagian instrumen dalam soal selidik iaitu bahagian A pengetahuan tentang ilmu perbandingan agama, bahagian B kefahaman mahasiswa berkaitan isu-isu perbandingan agama dan bahagian C iaitu penghayatan mahasiswa berkaitan ilmu perbandingan agama. Hasil analisis nilai kebolehpercayaan instrumen yang digunakan dalam kajian ini mendapati pengetahuan ilmu perbandingan agama, Alpha Cronbach ialah 0.9. Ini bermakna interprestasinya adalah sangat tinggi. Bahagian B pula iaitu mengenai kefahaman mahasiswa juga Alpha Cronbach ialah 0.9. Ini bermakna interprestasinya juga adalah sangat tinggi. Terakhir pada bahagian C pula mengenai penghayatan mahasiswa. Alpha Cronbach ialah 0.889. Ini bermakna interprestasinya adalah tinggi. Kesimpulan dari kajian rintis ini, instrument soal selidik ini boleh dijalankan untuk kajian lapangan iaitu ke tiga-tiga universiti awam di Selangor. Kata kunci: Kefahaman, ilmu perbandingan agama, mahasiswa IPTA, Selangor.
Proceeding of 8th International Research Management and Innovation Conference( 8th IRMIC 2021), 2021
This paper aims to analyse methods of deliverance and approaches employed in mantik Malay referen... more This paper aims to analyse methods of deliverance and approaches employed in mantik Malay reference books. This study is conducted qualitatively with six books chosen as samples namely
PROCEEDING THE 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE OF ISLAMIC THOUGHTS 2021 (PEMIKIR 2), 2021
is prohibited. Any negotiations are subjected to calculations of royalty and honorarium.
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-5 (PASAK5 2020) – Dalam Talian, 2020
7th International Research Management and Innovation Conference, 2020
6th International Research Management and Innovation Conference 2019, 2019
Dewasa ini, ibubapa menghadapi cabaran dari segi menentukan keseimbangan antara kerjaya dan kelua... more Dewasa ini, ibubapa menghadapi cabaran dari segi menentukan keseimbangan antara kerjaya dan keluarga. Tambahan pula dengan kewujudan keluarga komuter dan keluarga sandwich memerlukan persefahaman antara pasangan suami isteri dan pengurusan anak-anak yang efektif. Keterhadan masa bersama anak-anak merupakan antara faktor kepada masalah hubungan dalam keluarga. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pendekatan komunikasi ibubapa menurut al-Quran. Metodologi kajian berbentuk kualitatif menggunakan kaedah analisis ayat al-Quran secara khusus kepada kisah Nabi Ya’qub AS dalam berhadapan dengan karenah anak-anaknya. Hasil kajian merumuskan walaupun Nabi Ya’qub AS seorang rasul, baginda tidak terlepas daripada diuji dengan pelbagai ragam anaknya terutama pemisahan dirinya dengan anak yang paling dikasihi, Nabi Yusuf AS. Baginda didapati menggunakan kedua-dua bentuk komunikasi lisan dan bukan lisan. Kajian ini juga menemukan pendekatan komunikasi yang diamalkan oleh Nabi Ya’qub terhadap anak-anaknya iaitu berkasih sayang, memelihara rahsia, menyampaikan mesej dengan jelas, menggunakan bahasa yang baik, bersikap sabar dan optimis, menganjurkan diskusi, memberikan tanggungjawab, memohon keampunan untuk anak dan berwasiat dengan tauhid. Contoh yang ditunjukkan oleh Nabi Ya’qub ini perlu dijadikan motivasi bagi ibubapa bekerja khususnya yang berhadapan dengan konflik menguruskan masa antara kerja dan keluarga.
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (PASAK 2017), 2017
Taubat merupakan perintah Allah SWT kepada hamba-Nya yang melakukan khilaf. Namun begitu proses i... more Taubat merupakan perintah Allah SWT kepada hamba-Nya yang melakukan khilaf. Namun begitu proses ini memerlukan kepada sokongan luaran dan dalaman. Ketiadaan sokongan menyebabkan individu yang ingin berubah terdedah kepada mengulangi kesilapan yang sama. Tambahan pula antara faktor utama gejala sosial pengaruh negatif rakan sebaya dan ketiadaan suasana sosial yang kondusif. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk menghuraikan peranan suhbah dalam motivasi taubat merangkumi syarat taubat iaitu penyesalan (al-Nadmu), meninggalkan maksiat (al-Iqla’ ‘an al-Zanbin) dan pemulihan (al-Islah). Kajian menggunakan kaedah konseptual kualitatif dengan merujuk khusus kepada karya tasawuf. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan langsung antara suhbah dengan motivasi taubat. Ini dibuktikan melalui peranan suhbah dalam membantu individu untuk istiqamah melakukan amal soleh seperti amalan ahli tasawuf. Maka, kertas kerja ini mencadangkan agar konsep suhbah dan taubat dalam tasawuf disesuaikan dengan konteks semasa dan diaplikasikan untuk memperbaiki diri individu ke arah lebih baik.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON LAW AND ISLAMIC JURISPRUDENCE (ICLIJ 2017), 2017
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016, 2016
Pemodenan telah menjadikan matlamat asal universiti sebagai pendukung tradisi intelektual beralih... more Pemodenan telah menjadikan matlamat asal universiti sebagai pendukung tradisi intelektual beralih arah kepada menyediakan kelompok inteligensia bagi memenuhi keperluan pasaran kerja. Secara tidak langsung, ia telah menghakis budaya cinta ilmu dalam masyarakat khususnya warga universiti yang terlibat secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran. Sedangkan, mereka adalah tunjang utama dalam menggerakkan usaha mempertahankan tamadun dan membawa masyarakat ke arah cara hidup yang lebih maju dan berakhlak. Untuk itu, penulisan kertas kerja ini bertujuan untuk mengemukakan kepentingan cinta ilmu dan hubungannya dengan transformasi modal insan dalam memastikan kelestarian tamadun Islam. Pendekatan kajian adalah berbentuk konseptual kualitatif dengan merujuk secara khusus kepada amalan para sarjana Muslim terdahulu dan dapatan temu bual bagi melihat amalannya dalam konteks semasa. Kajian mendapati adanya hubungan positif antara cinta ilmu dengan transformasi modal insan. Ini bermakna wujudnya keperluan untuk mencambahkan dan menyemarakkan lagi budaya cinta ilmu dalam kalangan masyarakat khususnya warga universiti agar pembangunan negara berlaku secara seimbang rohani dan jasmani berikutan adanya modal insan yang telah melalui fasa transformasi. Justeru, penulisan ini juga mencadangkan agar pemerkasaan budaya ilmu digiatkan secara mendasar ke akar umbi dan tidak lagi berkisar kepada perbincangan dalam kalangan para sarjana semata-mata.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016), 2016
Statistik jenayah dalam kalangan pelajar di Selangor pada tahun 2013 mencatat jumlah 873 ( berumu... more Statistik jenayah dalam kalangan pelajar di Selangor pada tahun 2013 mencatat jumlah 873 ( berumur 7 hingga 18) dan sehingga Mac 2014 ia mencatat 135 orang (www.sinarharian.com.my) Jumlah kes narkotik sehingga Oktober 2013 sebanyak 18,063(http://www.mykmu.net). Bagi membantu pihak berkuasa menyelesaikan masalah tersebut, pelbagai kaedah alternatif telah dilaksanakan termasuk pendekatan pemulihan di pusat-pusat perlindungan akhlak persendirian di negeri Selangor. Kajian ini bertujuan meninjau persepsi pelatih terhadap kaedah pemulihan yang dijalankan di salah sebuah pusat perlindungan wanita di Selangor. Kajian dijalankan ke atas dua orang pelatih remaja yang sedang menjalani pemulihan atas perintah mahkamah antara empat hingga enam bulan. Keputusan menunjukkan kedua-dua pelatih mempunyai persepsi positif terhadap kaedah pemulihan yang dijalankan dan percaya ia boleh membantu dalam memperbaiki diri serta akhlak ke arah lebih baik selepas tamat tempoh. Namun, mereka tetap mempunyai rasa bimbang terhadap suasana di luar pusat yang berkemungkinan mendedahkan mereka kepada pengaruh negatif. Implikasi dan beberapa cadangan untuk penambah baikan kaedah pemulihan juga diberikan.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun Dan Warisan Islam 2016, 2016
Masalah sosial adalah suatu keadaan penyimpangan perilaku atau akhlak yang bertentangan dari norm... more Masalah sosial adalah suatu keadaan penyimpangan perilaku atau akhlak yang bertentangan dari norma kehidupan masyarakat. Lazimnya, golongan remaja yang terlibat dalam kegiatan ini lahir kesan daripada keadaan yang kurang kondusif dan sifat keperibadian yang kurang baik. Mereka juga dilabel negatif dan dianggap tidak akan mampu menyumbang kepada masyarakat. Sedangkan terdapat sejumlah mereka yang berusaha untuk berhijrah dengan bantuan pusat-pusat perlindungan selain daripada individu-individu seperti guru, kaunselor dan rakan sebaya. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengetengahkan pendekatan cinta sebagai kaedah menangani masalah sosial. Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif kualitatif yang menyatakan gambaran secara menyeluruh menggunakan data dalam bentuk kata atau gambaran. Dapatan kajian menemui kaedah cinta melibatkan sentuhan hati dua pihak sehinggakan kedua-duanya saling menerima hasil daripada rasa cinta itu iaitu untuk berubah kepada sikap yang lebih baik. Tambahan pula, pendekatan cinta ini adalah sunnah Rasulullah SAW dalam meladeni para sahabat meskipun mereka ternyata melakukan kesalahan. Untuk itu, penulisan ini menekankan bahawa pendekatan cinta perlu dipraktikkan apabila berhadapan dengan golongan yang terjebak dalam masalah sosial ini.

Kata kunci: Cinta, bentuk cinta, kesan cinta, cinta Allah SWT. PENDAHULUAN Menurut Lumbard (2003)... more Kata kunci: Cinta, bentuk cinta, kesan cinta, cinta Allah SWT. PENDAHULUAN Menurut Lumbard (2003), karya sufi terawal membicarakan tentang cinta ialah Adab alc Ibadat yang dikarang oleh Syaqiq al-Balkhi (m. 194/180). Antara lain ialah karya ahli sufi yang mengungkapkan cinta kepada Allah SWT seperti al-Nuri (m. 295/927-8), Rabi c at alc Adawiyyah (m. 185/801), al-Bistami dan al-Syibli Ia diikuti oleh al-Qushayri dalam karyanya al-Risalah al-Qushayriyyah, al-Sarraj (m. 378/988) dalam kitab al-Luma c dan al-Kalabadhi (m. 380/990) dalam al-Ta c arruf. Terdapat juga sebilangan penulisan menghuraikan konsep cinta dalam Islam secara umum (Mahmud al-Syarif 1983; Ghazi 2010; al-Jauziyyah 1997) di samping kajian bersifat cinta Islami dalam konteks hubungan antara lelaki dan wanita (Umi Nadzrah 2012; Syaidatun Nazirah 2012). Namun demikian, masalah timbul apabila konsep cinta disalah ertikan oleh masyarakat. Chaton (2007) menyatakan salah faham konsep ini disebabkan oleh pengaruh media dalam kehidupan. Kefahaman cinta dalam kalangan kanak-kanak hanya tertumpu kepada konteks keinginan seksual dan hubungan antara jantina. Malah mereka mempunyai tanggapan yang tidak realistik berhubung maksud cinta. Ini adalah kesan langsung daripada
3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, 2016
Perbincangan tentang ilmu telah dijadikan konsep asas dalam falsafah Islam. Ia kerana ilmu dan pr... more Perbincangan tentang ilmu telah dijadikan konsep asas dalam falsafah Islam. Ia kerana ilmu dan proses keilmuan menjadi perkara yang melatari kehidupan seorang Muslim. Buktinya para ulama silam begitu bermotivasi dalam mengkaji dan menuntut ilmu kerana kedudukan ilmu yang tinggi dalam Islam di samping ia sebagai wasilah dalam mengenal Allah SWT. Kecintaan terhadap ilmu begitu tinggi menjadikan keilmuan mereka diiktiraf tanpa ragu. Berbeza dengan hari ini di mana rasa cinta itu mula dihakis dengan penafsiran bersifat sempit terhadap ilmu, tujuan sistem pendidikan yang diubah kepada pengejaran sijil dan peperiksaan dan pandangan umum adanya nilai ekonomi dan martabat sosial mengiringi sijil tersebut. Kebekuan ini menjadikan lahir generasi berpendidikan tetapi lemah dalam melakukan analisis yang kritis terhadap isu semasa. Fenomena ini menjadikan usaha penyelewengan pemikiran semakin menular dalam masyarakat termasuk pemikiran liberal. Pemikiran yang berslogan kebebasan ini dilihat begitu menarik dan seolah-olah benar. Meskipun pada awalnya ia ditolak dan ditentang keras oleh ilmuwan Muslim, namun pada hari ini kemunculan sebahagian golongan Muslim yang memperjuangkan kebebasan pemikiran seperti Jaringan Islam Liberal (JIL) menjadikan sebahagian umat Islam begitu mudah untuk dipengaruhi. Maka, penulisan ini bakal mengetengahkan kepentingan cinta ilmu dalam membentengi Muslim daripada penyelewengan pemikiran ini. Kajian dilakukan menggunakan kaedah analisis dokumen berdasarkan al-Quran, sunnah dan pandangan para ilmuwan Muslim. Hasil kajian mendapati kecintaan kepada ilmu didasari cinta kepada Tuhan menjana pemikiran yang bersih dan berdaya tahan.
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015),, 2015
ABSTRAK Kesempurnaan akhlak adalah tujuan utama perutusan baginda Rasulullah SAW. Akhlak yang sem... more ABSTRAK Kesempurnaan akhlak adalah tujuan utama perutusan baginda Rasulullah SAW. Akhlak yang sempurna gambaran kepada ketulusan akidah yang dimiliki individu. Maka, penekanan untuk berakhlak mulia melibatkan tiga dimensi iaitu hubungan manusia dengan Allah SWT dan hubungan sesama manusia. Penulisan ini bakal mengupas berkenaan perspektif Islam dalam pembentukan akhlak masyarakat berdasarkan surah al-Hujurat. Surah madaniyyah ini terdiri daripada 18 ayat dan membicarakan soal tatacara sebuah masyarakat itu berakhlak. Dapatan kajian mendapati surah ini menyentuh beberapa aspek tunjang dalam hidup bermasyarakat mencakupi akhlak orang beriman dengan Rasulullah SAW, kepentingan meneliti kesahihan berita, mendamaikan antara saudara seagama, larangan bersikap angkuh, prasangka dan mengumpat, ketinggian taqwa sebagai nilai dan pengukuhan iman. Kesemua aspek ini perlu diambil berat oleh masyarakat kini yang menjadikan teknologi dan komunikasi sebagai rutin harian mereka. Kata kunci: masyarakat berakhlak, al-Hujurat, akhlak Islam
ABSTRAK Nusantara merupakan satu rantau yang luas yang didiami oleh bangsa yang serumpun, iaitu h... more ABSTRAK Nusantara merupakan satu rantau yang luas yang didiami oleh bangsa yang serumpun, iaitu hampir sama dari segi rupa paras, budaya dan bahasa. Islam pula merupakan agama yang menjadi pegangan sebahagian daripada penduduk di sini, selain dari Buddha dan Hindu. Kedatangan Islam ke sana telah menukar strukrur masyarakatnya secara besar-besaran dan ilmu sudah mula menjadi satu budaya yang kian menyebati dalam kehidupan mereka. Anak-anak kecil sudah mula diperkenalkan dengan pendidikan dan pondok-pondok atau madrasah menjadi tempat mengaji yang terpilih pada waktu itu. Teks bacaan yang yang dikenali sebagai "kitab kuning" telah dibawa masuk dari Timur Tengah, Mekah khususnya serta tempat-tempat lain. Penulisan ini akan menyorot sejarah perkembangan karya-karya Islam ini bermula dari kurun ke 12 sehingga kurun ke 21, serta secara ringkasnya pada karya hadis bermula dari bentuknya yang ringkas dan minimal kepada bentuk kemasan yang bercetak dan tebal; bermula dengan bahasa asing kepada terjemahan dan akhirnya dalam bahasa ibunda sendiri yang membanggakan. Kata kunci : HADIS, KITAB KUNING, KARYA ISLAM. PENGENALAN Sejarah kemasukan Islam ke Nusantara 1 atau Alam Melayu yang direkodkan oleh sejarawan adalah melalui dua tahap; tahap kedatangan dan tahap perkembangan 2. Perbincangan
Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2014), 2014
ABSTRAK Institusi masjid dalam Islam memainkan peranan dalam membangunkan masyarakat setempat sej... more ABSTRAK Institusi masjid dalam Islam memainkan peranan dalam membangunkan masyarakat setempat sejak daripada zaman Rasulullah SAW. Masjid tidak hanya menjadi pusat peribadatan umat Islam, bahkan menjadi pusat komuniti yang menyediakan pelbagai keperluan masyarakat. Amalan ini dibawa ke serata dunia termasuk Tanah Melayu seiring dengan perkembangan dakwah Islam kepada masyarakat. Sehubungan itu, Masjid As-Salam yang terletak di Puchong Perdana dilihat begitu aktif menjalankan misinya untuk memasyarakatkan masjid dan memasjidkan masyarakat menerusi pelbagai aktiviti. Masjid tersebut telah terpilih sebagai masjid terbaik 2011 peringkat daerah Petaling dan yang kedua terbaik peringkat Negeri Selangor pada tahun 2009. Pemilihan ini dibuat berdasarkan sejumlah kriteria yang ditetapkan antaranya pengurusan masjid yang cekap dan efisyen, mempunyai ahli jawatankuasa yang komitmen dan gerakkerja yang teratur, menyediakan prasarana yang lengkap, menyediakan sesi kelas dan kuliah, bekerjasama dengan ahli kariah dalam kerja amal serta membentuk syakhsiah ahli kariah (http://masjidas-salam.blogspot.com 6 Mac 2010) Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti peranan Masjid As-Salam dalam pembangunan masyarakat Islam Puchong dan meneroka sumbangannya terhadap masyarakat setempat. Keseluruhan kajian menggunakan pendekatan kaedah kualitatif menerusi instrumen kajian kepustakaan, analisisdokumen, temubual dan observasi. Kajian ini menghujahkan bahawa Masjid As-Salam berjaya membangunkan masyarakat Islam Puchong. Selain itu, masyarakat Islam setempat juga
International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014), 2014
ABSTRAK Muslim hari ini mengalami serangan ideologi yang didasari oleh dominasi pola kehidupan mo... more ABSTRAK Muslim hari ini mengalami serangan ideologi yang didasari oleh dominasi pola kehidupan moden yang materialistik, egoistik dan hedonistik. Kesemuanya merupakan kesan daripada sekularisasi gaya hidup lalu menghakis nilai fitrah insan yang pada asalnya berada atas tauhid. Untuk kembali semula kepada fitrah, individu Muslim perlu menajam kembali iman dan amal seperti yang dinyatakan dalam al-Quran dan Sunnah. Maka, pendekatan uzlah adalah salah satu daripada kaedah yang diformulasikan oleh para ulama tasawuf dengan berpaksikan kepada dua sumber utama Islam. Sehubungan itu, penulisan ini bertujuan menjelaskan hubungan di antara uzlah dengan rawatan jiwa Muslim hari ini dengan mengambil kira situasi semasa. Ia dilakukan dengan meneliti karya ilmuwan Islam di samping menyesuaikannya dengan pandangan ahli psikologi semasa. Tuntasnya, penulisan ini mendapati uzlah berperanan dalam merawat penyakit rohani Muslim kerana ia melibatkan hubungan dengan Allah SWT (Habl min Allah) dan hubungan dengan manusia (Habl min al-Nas). PENDAHULUAN Suasana dunia hari ini banyak mempengaruhi jiwa individu. Di mana iklimnya telah mengalami proses pengasingan (alienation) dan serangan ideologi yang didasari oleh dominasi pola kehidupan moden yang materialistik, egoistik dan hedonistik. Sehinggakan perkara penting dalam kehidupan psikologi manusia banyak diabaikan bahkan dilupakan. Unsur-unsur moral dan rohani (spiritual) yang merupakan unsur terpenting menjadi satu bahagian yang terpisah dari kehidupan psikologi manusia. Suasana ini berkembang hasil daripada pengaruh pemahaman sekularisme. Sulaiman Noordin (2010) menyatakan fahaman sekularisme menghasilkan pelbagai pemikiran-pemikiran yang membawa kesesatan, pemisahan antara roh dan jasad, dunia dan akhirat atau sains dan agama. Ideologi sekularisme (sosialisme) memisahkan peranan pencipta daripada bidang ilmu pengetahuan sehingga menurut pandangan mereka agama adalah candu untuk masyarakat. Ideologi tersebut juga telah memberi kesan kepada hati atau jiwa manusia sehingga tanpa disedari ataupun disedari manusia semakin beransur-ansur menjauhi Allah SWT seterusnya melupakan-Nya. Hati dan jiwa yang tidak tenang lebih mudah diresapi oleh unsur-unsur negatif seperti tingkah laku delinkuen iaitu sikap melanggar undang
Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia, 2011
Abstrak Tafsir Sufi merupakan salah satu daripada bentuk-bentuk tafsir yang dihasilkan oleh para ... more Abstrak Tafsir Sufi merupakan salah satu daripada bentuk-bentuk tafsir yang dihasilkan oleh para ulama dari dahulu sehingga sekarang. Namun, begitu, tafsir bentuk ini jarang sekali diberi perhatian oleh para pengkaji dan penuntut khususnya mereka yang mendalami bidang tafsir sendiri. Tafsir bentuk ini terbahagi kepada dua; Tafsir Sufi Nazari dan Tafsir Sufi Isyari. Tafsir Sufi Nazari dihasilkan oleh golongan ahli falsafah yang sama sekali berbeza dengan Tafsir Sufi Isyari yang dihasilkan oleh golongan ahli tasawuf. Di antara Tafsir Sufi Isyari ialah Haqa'iq al-Tafsir karya Imam al-Sulami (m. 412 H). Meskipun karya ini mendapat kritikan daripada sebilangan ulama, namun ia tetap dikategorikan sebagai Tafsir Sufi Isyari dan tidak pula termasuk di antara Tafsir Sufi Nazari. Kajian berbentuk deskriptif dijalankan bagi mengenalpasti metodologi tafsir sufi yang digunakan oleh Imam al-Sulami menerusi karya tafsirnya ini. Beberapa item yang dijadikan fokus perbincangan ialah pendirian mengenai tafsir zahir, rangkuman ayat tafsiran dan huruf muqatta c ah, petikan ayat al-Qur"an dan hadis sebagai penguat (syahid) dan pernyataan asbab al-nuzul. Hasil kajian mendapati karya ini mempersembahkan tafsir dari sisi batin tanpa menafikan tafsir bentuk zahir yang biasa dihasilkan oleh para ulama. PENDAHULUAN Konsep tafsir sufi isyari jarang sekali diberi perhatian oleh masyarakat Islam hari ini rentetan daripada permasalahan yang berlaku di antara ahli sufi dan ulama satu masa dahulu. Permasalahan mulai timbul apabila munculnya praktis dan ucapan-ucapan

Human Sustainable Procedia, 2024
Al-Hikmah: Journal of Islamic Dakwah, 2024
Counseling is a systematic helping relationship based on psychological principles conducted by pr... more Counseling is a systematic helping relationship based on psychological principles conducted by professional counselors. Broadly, there are two forms of counseling approaches: contemporary counseling and religious perspective counseling. Although the religious counseling approach receives less attention compared to contemporary counseling, studies and research related to the integration of religion in counseling continue to this day due to its recognized role in human spirituality. Therefore, this study aims to examine the Islamic counseling approach applied in universities to ensure the emotional well-being of students is maintained. The study is conducted qualitatively using a phenomenological research design. Four Islamic universities were selected as samples through purposive sampling. Accordingly, four counselors and psychology officers were chosen as research participants. The study was conducted using an interview protocol validated by experts. Interviews were conducted face-to-face and online, depending on the agreement of all parties. The interview data were then transcribed and analyzed thematically to identify themes related to the objectives of this study. The findings summarize that university counselors use seven approaches focusing on spiritual aspects to develop the soul and enhance the emotional well-being of students, which are musyaratah (self-accountability), muraqabah (self-awareness), muhasabah (self-reflection), mujahadah (striving), and riyadah (training). This finding is expected to assist researchers in developing an Islamic counseling model that can be integrated at the university level to help students confront emotional conflicts.
International journal of academic research in business & social sciences, Mar 21, 2024
The increasing instances of concerns related to religious sensitivity across diverse ethnic group... more The increasing instances of concerns related to religious sensitivity across diverse ethnic groups are causing significant unease in Malaysia. The possibility of conflicts or challenges to the sanctity of religion, particularly Islam, has the potential to escalate into disputes, posing a matter of considerable concern. Therefore, it is essential in identifying the factors in handling issues related to religious sensitivities. This paper aims to explore the multifaceted factors contributing to the emergence of religious sensitivity issues by conducting interviews with religious leaders in Malaysia actively involved in interfaith dialogue activities. The study identifies five main factors influencing religious sensitivity issues, including misunderstandings of other religions, social media manipulation, emotional approaches, the attitude of non-Muslims towards Muslims' rights, and a demeaning attitude towards various religions. Despite these challenges, the research unveils a prevailing atmosphere of harmony and positive interaction within Malaysia's diverse communities. This is characterized by mutual respect, mutual assistance, and a notable level of tolerance among followers of different religions. These findings suggest that areas for improvement in fostering ethical interaction must be further explored in enhancing understanding and empathy among religious communities.
International Journal of Mosque Zakat And Waqaf Management (Al-Mimbar), Dec 30, 2023
Masjid merupakan pusat aktiviti bagi masyarakat Muslim. Konsep masjid yang seimbang dan holistik ... more Masjid merupakan pusat aktiviti bagi masyarakat Muslim. Konsep masjid yang seimbang dan holistik memainkan peranan yang kritikal dalam membentuk masyarakat Islam yang harmoni, berakhlak dan berdaya saing di dunia moden ini. Fungsi besar masjid memerlukan tenaga dan komitmen daripada kaum lelaki dan wanita dalam merencanakannya. Namun demikian, penglibatan muslimat dalam pengimarahan masjid sangat sedikit berbanding dengan muslimin sedangkan sumbangan muslimat juga sangat diperlukan dalam pengimarahan masjid. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis cabaran muslimat dalam mengimarahkan masjid. Kajian dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Sebanyak tiga buah masjid dan tiga buah surau di kawasan Bandar ilmu Putra mahkota dijadikan sebagai sampel kajian. Informan kajian dipilih dalam kalangan ahli jawatankuasa muslimat masjid bagi memastikan objektif kajian dicapai sebaiknya. Kajian ini menggunakan instrumen protokol temubual perbincangan kumpulan terfokus (focus group discussion). Data perbincangan ditranskrip dan dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik dengan perisian Atlas.ti. Hasil kajian menunjukkan muslimat berhadapan dengan cabaran dari aspek diri sendiri, ilmu dan pengurusan masa bagi terlibat dalam pengimarahan masjid. Daripada ini diharapkan dapat memberikan panduan kepada pihak berkepentingan dalam memberikan sokongan kepada Muslimah untuk terlibat dalam pengimarahan masjid.
e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi
Masjid ialah sebuah institusi yang berperanan penting dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pengim... more Masjid ialah sebuah institusi yang berperanan penting dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pengimarahan kepada masyarakat Islam. Semua aktiviti anjuran masjid didokong oleh ahli jawatankuasa yang dilantik sama ada dalam kalangan muslimin ataupun muslimat. Justeru, golongan muslimat turut berperanan dalam aktiviti-aktiviti pengimarahan masjid. Namun demikian, golongan muslimat ini mempunyai cabaran dalam penglibatan aktiviti-aktiviti anjuran masjid walaupun aktiviti-aktiviti tersebut turut melibatkan golongan ini. Kajian ini bertujan untuk membincangkan peranan muslimat dalam pengimarahan masjid dan mengenalpasti cabaran-cabaran mereka dalam penglibatan aktiviti-aktiviti di masjid. Kajian ini menggunakan rekabentuk kualitatif dan sumber dokumen sebagai kaedah pengumpulan data. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati golongan muslimat berperanan dalam aktiviti berkaitan ibadah, pendidikan, dakwah, sosial dan ekonomi. Cabaran yang dihadapai mereka ...
e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi
Pembentukan peribadi Muslim terdiri di atas tiga asas Islam iaitu akidah, ibadah dan akhlak. Perb... more Pembentukan peribadi Muslim terdiri di atas tiga asas Islam iaitu akidah, ibadah dan akhlak. Perbincangan berkaitan keperibadian dan pembentukannya bersifat holistik dengan mengambil kira aspek rohani dan jasmani serta mengambil kira hubungan manusia dengan Allah SWT dan sesama manusia. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kaedah pembentukan peribadi Muslim menurut Syeikh Abd al-Qadir al-Jailani berdasarkan karyanya Futuh al-Ghayb. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk analisis dokumen. Kajian dilakukan dengan meneliti 80 wasiat Syeikh Abd al-Qadir al-Jailani dalam kitab ini dan mengklasifikasikannya mengikut tema-tema tasawuf. Hasil kajian menunjukkan Syeikh Abd al-Qadir menekankan aspek ikhlas, zuhud dan tawakkal dalam memastikan pembentukan peribadi Muslim yang seimbang dunia juga akhirat.
HTS Teologiese Studies / Theological Studies
The existence of ‘human-like’ attributes and actions in the Qur’an and Hebrew Bible entails to va... more The existence of ‘human-like’ attributes and actions in the Qur’an and Hebrew Bible entails to various interpretations towards anthropomorphic verses among the Muslim and Jewish counterparts. Al-Ghazali and Maimonides in their discourses strongly affirmed the unity of God and refuted anthropomorphism. Therefore, this study expounded al-Ghazali and Maimonides’ methods in affirming the incorporeality of God through outlining the similarities and differences in their interpretation. This study was qualitative in nature which analyses writings of al-Ghazali and Maimonides in encountering anthropomorphism. It can be deduced that both scholars were found to be employing allegorical interpretation with different level of interpretations in their attempts to repudiate the corporeal form of God. Alternatively, they both agree on the literalist’s approach with conditions that one must not perceive God’s essence in a bodily figure. Consequently, believing so will lead one to heresy. In sum, th...
International Journal of Mosque Zakat And Waqaf Management (Al-Mimbar), Dec 30, 2023
The mosque has been a spiritual and social centre for the Muslim community since the time of Prop... more The mosque has been a spiritual and social centre for the Muslim community since the time of Prophet Muhammad (PBUH). Although mosques are generally managed by men, this does not negate the contributions of Muslim women (Muslimat) in enriching the mosque environment. This study aims to analyze the role of Muslim women in making the mosque a hub for social services. The study adopts a qualitative approach with a case study design. Three mosques and three small prayer halls (surau) from nearby locations were selected as the study samples. Study participants consist of active Muslim women committee members appointed. The study employs a focused group discussion protocol as the interview instrument. Data is transcribed and analyzed using the thematic analysis method with the Atlas.ti software. The study findings indicate that women also play a role in mosque enlivening (imarah), particularly in the realm of social services. The social services carried out aim to assist community members facing social, economic, health, and other issues, while also maintaining the well-being of women in the community. Activities undertaken include charitable sales, foster care programs, financial aid for chronic patients, recreational activities, charitable visits, grant (hibah) management, and collaborations with non-governmental organizations. The contributions of Muslim women through these social service activities benefit the overall community, strengthen social ties, and foster a harmonious environment within the mosque community. This illustrates that Muslim women also possess the potential to empower themselves and Muslim women in general through involvement in programs beyond the mosque environment. Therefore, both the community members and mosque administration should provide support and acknowledge the contributions of Muslimat in mosque enlivening, particularly concerning matters related to Muslim women.
Al-Banjari : Jurnal Ilmiah Ilmu-Ilmu Keislaman, 2019
The field of Comparative Religion is getting more attention from most scholars in the world, incl... more The field of Comparative Religion is getting more attention from most scholars in the world, including Malaysia. This is parallel with the nature of the Malaysian community which is diverse. The more one knows of the knowledge in comparative religion, the more one is sensitive when interacting with the people of other religions. Hence, in the context of university students in Malaysia, how far is their level of knowledge in comparative religion? This study is going to analyse on the level of knowledge among public university students in Selangor towards the field of comparative religion. This is based on the respondents’ demography which are gender, age, state originality, secondary education, department of study and the phase of the study in university. The method employed is quantitative which used the Statistical Packages for the Social Science (SPSS) For Windows (version 22.0) and the findings are analysed descriptively. The result shows that Min distribution is a high 4.04 Over...
Al-Mimbar: International Journal of Mosque, Zakat And Waqaf Managemen, 2023
The mosque has been a spiritual and social centre for the Muslim community since the time of Prop... more The mosque has been a spiritual and social centre for the Muslim community since the time of Prophet Muhammad (PBUH). Although mosques are generally managed by men, this does not negate the contributions of Muslim women (Muslimat) in enriching the mosque environment. This study aims to analyze the role of Muslim women in making the mosque a hub for social services. The study adopts a qualitative approach with a case study design. Three mosques and three small prayer halls (surau) from nearby locations were selected as the study samples. Study participants consist of active Muslim women committee members appointed. The study employs a focused group discussion protocol as the interview instrument. Data is transcribed and analyzed using the thematic analysis method with the Atlas.ti software. The study findings indicate that women also play a role in mosque enlivening (imarah), particularly in the realm of social services. The social services carried out aim to assist community members facing social, economic, health, and other issues, while also maintaining the well-being of women in the community. Activities undertaken include charitable sales, foster care programs, financial aid for chronic patients, recreational activities, charitable visits, grant (hibah) management, and collaborations with non-governmental organizations. The contributions of Muslim women through these social service activities benefit the overall community, strengthen social ties, and foster a harmonious environment within the mosque community. This illustrates that Muslim women also possess the potential to empower themselves and Muslim women in general through involvement in programs beyond the mosque environment. Therefore, both the community members and mosque administration should provide support and acknowledge the contributions of Muslimat in mosque enlivening, particularly concerning matters related to Muslim women.
JURNAL YADIM : International Journal Of Islam And Contemporary Affairs , 2023
Kedudukan wanita dalam Islam tidak hanya berperanan dalam hal ehwal rumahtangga sahaja bahkan mel... more Kedudukan wanita dalam Islam tidak hanya berperanan dalam hal ehwal rumahtangga sahaja bahkan meliputi aspek spiritual, sosial dan ekonomi. Tanggungjawab yang dipikul mereka tidak mudah dan boleh menjejaskan kesejahteraan diri mereka jika tidak ditangani dengan baik. Sedangkan, mereka juga mempunyai hak untuk mendapat kesejahteraan diri baik dari segi jasmani mahupun rohani. Kertas kerja ini membentangkan asas-asas kesejahteraan rohani bagi wanita berdasarkan kitab As'ad Imra'ah fi al-'Alam karya Dr Aid Abdullah al-Qarni. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian analisis kandungan. Data dikumpul berdasarkan petikan daripada kitab dan dianalisis secara tematik. Hasil penelitian mendapati karya ini bertujuan untuk memberi motivasi kepada wanita khususnya yang sedang dalam kesedihan. Antara kaedah mengatasi masalah tersebut ialah melazimi amal soleh, mengisi masa dengan aktiviti bermanfaat, meningkatkan rasa syukur, bersederhana dalam kehidupan, berdoa kepada Allah SWT, menjadikan wanita solehah sebagai teladan, beristighfar, memelihara lisan dan bersikap tenang. Justeru, kajian ini diharapkan dapat menjadi asas kepada pembangunan model kesejahteraan rohani wanita di Malaysia.
E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi,, 2023
Pembentukan peribadi Muslim terdiri di atas tiga asas Islam iaitu akidah, ibadah dan akhlak. Perb... more Pembentukan peribadi Muslim terdiri di atas tiga asas Islam iaitu akidah, ibadah dan akhlak. Perbincangan berkaitan keperibadian dan pembentukannya bersifat holistik dengan mengambil kira aspek rohani dan jasmani serta mengambil kira hubungan manusia dengan Allah SWT dan sesama manusia. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kaedah pembentukan peribadi Muslim menurut Syeikh Abd al-Qadir al-Jailani berdasarkan karyanya Futuh al-Ghayb. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk analisis dokumen. Kajian dilakukan dengan meneliti 80 wasiat Syeikh Abd al-Qadir al-Jailani dalam kitab ini dan mengklasifikasikannya mengikut tema-tema tasawuf. Hasil kajian menunjukkan Syeikh Abd al-Qadir menekankan aspek ikhlas, zuhud dan tawakkal dalam memastikan pembentukan peribadi Muslim yang seimbang dunia juga akhirat.
E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 2023
Masjid ialah sebuah institusi yang berperanan penting dalam melaksanakan aktivitiaktiviti pengima... more Masjid ialah sebuah institusi yang berperanan penting dalam melaksanakan aktivitiaktiviti pengimarahan kepada masyarakat Islam. Semua aktiviti anjuran masjid didokong oleh ahli jawatankuasa yang dilantik sama ada dalam kalangan muslimin ataupun muslimat. Justeru, golongan muslimat turut berperanan dalam aktivitiaktiviti pengimarahan masjid. Namun demikian, golongan muslimat ini mempunyai cabaran dalam penglibatan aktiviti-aktiviti anjuran masjid walaupun aktiviti-aktiviti tersebut turut melibatkan golongan ini. Kajian ini bertujan untuk membincangkan peranan muslimat dalam pengimarahan masjid dan mengenalpasti cabaran-cabaran mereka dalam penglibatan aktiviti-aktiviti di masjid. Kajian ini menggunakan rekabentuk kualitatif dan sumber dokumen sebagai kaedah pengumpulan data. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati golongan muslimat berperanan dalam aktiviti berkaitan ibadah, pendidikan, dakwah, sosial dan ekonomi. Cabaran yang dihadapai mereka adalah dari aspek kecapaian ruang masjid bagi wanita, fasiliti, kelas-kelas khas untuk wanita dan dana. Kajian ini memberikan implikasi terhadap keterlibatan golongan muslimat dalam pengimarahan masjid dan Pembangunan sosio agama.
ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education
Ilmu mantik merupakan ilmu yang membahaskan kaedah berfikir secara benar bagi seorang manusia. Il... more Ilmu mantik merupakan ilmu yang membahaskan kaedah berfikir secara benar bagi seorang manusia. Ilmu ini merupakan mukadimah kepada semua disiplin ilmu kerana setiap ilmu terbina di atas premis yang benar bagi mendapatkan kesimpulan yang benar. Dalam sejarah Islam, ilmu ini banyak digunakan dalam bidang ilmu Kalam dan usul fiqh. Ini kerana kedua-dua ilmu ini memerlukan penggunaan akal dalam membuat pertimbangan berdasarkan nas syarak. Hari ini, ilmu mantik masih diajarkan di sekolah-sekolah dan juga universiti khususnya bagi pelajar jurusan Usuluddin. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti strategi pengajaran yang digunakan oleh para pensyarah mantik di universiti. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Sampel kajian diambil daripada tiga buah universiti yang menawarkan kursus mantik sekitar Lembah Klang. Temubual separa berstruktur telah dijalankan secara atas talian bagi mendapatkan data. Dapatan temubual kemudiannya dianalisis secara analisis tem...
ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education
The rapid development in this country has opened many opportunities for secondary school leavers ... more The rapid development in this country has opened many opportunities for secondary school leavers to pursue their study at a higher level. The selection process of place and course of study has also become more challenging as higher learning intuitions offer variety of quality and competitive programs. The study is quantitative in nature which focussed on the questionnaire instrument. The core objective of this study is to identify the pull factors among the students in selecting first degree study program in Islamic studies field in the Faculty of Islamic Civilization Studies as well as analysing the students‟ perception after the enrolling in the studies. The study involved 145 students of the Faculty of Islamic Civilization Studies, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). The study findings showed the main pulling factor among the students in selecting Islamic studies field was because the study program offers the integration between the worldly knowledge and the here...
Pluralisme agama merupakan satu ancaman besar dalam masyarakat Islam. Ia perlu diselesaikan denga... more Pluralisme agama merupakan satu ancaman besar dalam masyarakat Islam. Ia perlu diselesaikan dengan kadar segera agar tidak terus merebak dalam setiap lapisan masyarakat. Asas utama Pluralisme agama adalah semua agama adalah sama daripada aspek ketuhanan. Sedangkan hakikat sebenar adalah Islam satu-satunya agama yang benar dan Allah s.w.t satu-satunya yang diimani. Walaupun demikian Islam tidak menghalang hak-hak agama lain untuk mengamalkan agama mereka, yang menjadi kesalahan ialah menyamakan Islam dengan agama-agama lain. Penularan ideologi Pluralisme agama ini semakin serius apabila ia turut mempengaruhi pelajar- pelajar terutama pelajar peringkat menengah dan institusi pengajian tinggi. Dengan itu kertas kerja ini cuba mengupas jihad dalam bidang pendidikan dalam menangani masalah pluralisme agama di kalangan pelajar dan memberi beberapa resolusi dalam menghadapi perkara tersebut. Ini berikutan institusi pengajian dilihat sebagai medan terbaik dalam memberi faham berkenaan isu i...
Al-Irsyad, Dec 20, 2022
Logic (Manṭiq) began to appear and has developed in Islamic society through the translation of Gr... more Logic (Manṭiq) began to appear and has developed in Islamic society through the translation of Greek works into Arabic. This discipline which was considered as the basis of philosophy was also used by Islamic scholars in developing knowledge. Today, logic is offered as one of the courses for Usuluddin studies in the Institute of Higher Education (IHE). Based on previous studies, it was found that the students were still unable to understand and master this field of knowledge. Although some of them understand the theory, but their level of mastery needs to be improved. Thus, this study aims to identify the challenges faced by lecturers in the process of teaching and learning logic. In this study, the researcher used a qualitative approach by presenting a case study as a research design. Purposive sampling was used involving the university lecturers who teach Logic located in the Klang Valley. Data was obtained through semi-structured interviews and then analyzed using a thematic approach (thematic analysis). The results of the study show that the challenges faced by lecturers in teaching logic are more focused on the theoretical nature and difficulty to understand them. At the same time, lecturers need to be creative in presenting examples and addressing the issue of students’ limitations in understanding the relationship between logic and other sciences. This study also identified the need to diversify teaching methods among lecturers such as a blended learning approach as an effort to attract and encourage students to master the subject.
[
Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 2022
Logic (Manṭiq) began to appear and has developed in Islamic society through the translation of Gr... more Logic (Manṭiq) began to appear and has developed in Islamic
society through the translation of Greek works into Arabic. This
discipline which was considered as the basis of philosophy was also
used by Islamic scholars in developing knowledge. Today, logic is
offered as one of the courses for Usuluddin studies in the Institute
of Higher Education (IHE). Based on previous studies, it was found
that the students were still unable to understand and master this
field of knowledge. Although some of them understand the theory,
but their level of mastery needs to be improved. Thus, this study
aims to identify the challenges faced by lecturers in the process of
teaching and learning logic. In this study, the researcher used a
qualitative approach by presenting a case study as a research
design. Purposive sampling was used involving the university
lecturers who teach Logic located in the Klang Valley. Data was
obtained through semi-structured interviews and then analyzed
using a thematic approach (thematic analysis). The results of the
study show that the challenges faced by lecturers in teaching logic
are more focused on the theoretical nature and difficulty to
understand them. At the same time, lecturers need to be creative in
presenting examples and addressing the issue of students’
limitations in understanding the relationship between logic and
other sciences. This study also identified the need to diversify
teaching methods among lecturers such as a blended learning
approach as an effort to attract and encourage students to master
the subject.
Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education, 2022
Ilmu mantik merupakan ilmu yang membahaskan kaedah berfikir secara benar bagi seorang manusia. Il... more Ilmu mantik merupakan ilmu yang membahaskan kaedah berfikir secara benar bagi seorang manusia. Ilmu ini merupakan mukadimah kepada semua disiplin ilmu kerana setiap ilmu terbina di atas premis yang benar bagi mendapatkan kesimpulan yang benar. Dalam sejarah Islam, ilmu ini banyak digunakan dalam bidang ilmu Kalam dan usul fiqh. Ini kerana kedua-dua ilmu ini memerlukan penggunaan akal dalam membuat pertimbangan berdasarkan nas syarak. Hari ini, ilmu mantik masih diajarkan di sekolah-sekolah dan juga universiti khususnya bagi pelajar jurusan Usuluddin. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti strategi pengajaran yang digunakan oleh para pensyarah mantik di universiti. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Sampel kajian diambil daripada tiga buah universiti yang menawarkan kursus mantik Sekitar Lembah Klang. Tiga orang peserta kajian dipilih dalam kalangan para pensyarah kursus mantik pada tahun semasa. Temubual separa berstruktur telah dijalankan secara atas talian bagi mendapatkan data. Dapatan temubual kemudiannya dianalisis secara analisis tematik. Hasil kajian dibincangkan berdasarkan enam aspek iaitu objektif dan hasil pengajaran, silibus pengajian, strategi yang digunakan, penggunaan bahan bantu mengajar, maklum balas pelajar dan kaedah penilaian yang dijalankan. Rumusan kajian ini ialah para pensyarah mempunyai matlamat pembelajaran yang sama dengan kepelbagaian strategi diaplikasikan bagi memastikan matlamat tercapai. Walaupun begitu, kajian ini mencadangkan agar para pensyarah memanfaatkan juga teknologi dan gajet untuk memperkasakan lagi strategi pengajaran sedia ada. Para pelajar juga perlu terus didorong untuk mengaplikasikan kaedah mantik khususnya qiyas melalui pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah. Kajian ini boleh menjadi titik tolak kepada pembentukan model pengajian mantik dengan penggunaan teknologi supaya sesuai dengan keperluan semasa.
Jurnal Pengajian Islam, May 25, 2021
TRANSFORMASI DIGITAL INOVASI DALAM PERKEMBANGAN PROFESIONAL, 2024
ISU-ISU PENGAJIAN PERADABAN ISLAM KONTEMPORARI, 2024
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM DAKWAH DAN USULUDDIN, 2024
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENGAJIAN DAKWAH DAN USULUDDIN (SIRI 2) , 2021
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENGAJIAN DAKWAH DAN USULUDDIN (SIRI 2), 2021
WACANA TOKOH & KEMASYARAKATAN DALAM PENGAJIAN ISLAM, 2020
Integrasi Ilmu Usuluddin dan Dakwah: Teori dan Praktikal, 2020
Jurnal al-Turath, 2020
ULASAN BUKU: Arkeologi Tasawuf Buku ini ditulis oleh Dr. Abdul Kadir Riyadi, salah seorang pens... more ULASAN BUKU: Arkeologi Tasawuf Buku ini ditulis oleh Dr. Abdul Kadir Riyadi, salah seorang pensyarah di Universiti Islam Negeri Sunan Ampel Indonesia. Fokus penulisan beliau ialah dalam bidang falsafah dan tasawuf. Buku ini merupakan usaha beliau untuk memberi gambaran secara keseluruhan tentang idea tasawuf dari satu fasa ke fasa yang lain. Dari segi turutan penulisan, karya bertajuk Arkeologi Tasawuf ini merupakan kesinambungan daripada penulisan beliau sebelum ini bertajuk Antropologi Tasawuf . Penulis berpandangan bahawa tasawuf perlu difahami berdasarkan zaman perkembangannya kerana matlamat tasawuf hanya satu walaupun ia muncul dalam pelbagai rupa. Malah, ilmu ini bersifat fleksibel dan boleh disesuaikan dengan pelbagai bidang ilmu termasuk sosiologi, antropologi dan falsafah. Justeru, perbezaan sisi pandang atau perbincangan utama di dalamnya hanya berupa wajah baru yang dikemas kini daripada asas tasawuf yang sebenar iaitu al-Quran, hadis dan juga ijtihad para ulama. BOOK...