Hak Asasi Research Papers - Academia.edu (original) (raw)

3,410 Followers

Most cited papers in Hak Asasi

Isu keluar agama atau murtad dalam Islam mempunyai hubungan dengan hak kebebasan beragama. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti kefahaman belia Muslim terhadap definisi dan konsep kebebasan beragama, mengenal pasti kefahaman mereka... more

Isu keluar agama atau murtad dalam Islam mempunyai hubungan dengan hak kebebasan beragama. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti kefahaman belia Muslim terhadap definisi dan konsep kebebasan beragama, mengenal pasti kefahaman mereka tentang isu keluar agama serta hubungan antara kedua-duanya. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif deskriptif bagi mendapatkan respons daripada pelbagai latar belakang. Sebanyak 404 soal selidik diedarkan kepada mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi terpilih sekitar Selangor. Sampel dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan kefahaman belia Muslim tentang konsep kebebasan beragama adalah tinggi dengan skor min bernilai 4.33, kefahaman mereka tentang isu keluar agama juga tinggi dengan skor min bernilai 3.86. Seterusnya, hasil analisis Spearman menunjukkan terdapat perkaitan yang positif dan signifikan (p < .05) antara kefahaman responden terhadap konsep kebebasan beragama dengan isu keluar agama dalam Islam. Dapatan ini menunjukkan kepentingan penekanan serta pendedahan kepada belia Islam berkenaan kebebasan beragama menurut Islam.

Log In